Part 14: Terbongkar

2.8K 38 2
                                    

Sejak Zul pulang, aku berasa bagaikan tak senang duduk. Lagi2 lepas dia mencium dahiku di lobi Lif petang tadi. Kenapa dia buat macam tu eh? Taktau kenapa asyik terbayang2, padahal aku takdela jatuh cinta ke apa. Mungkin sebab dia tua setahun kot, so aku rasa macam dia abang2 macamtu. Aku pun tak pernah merasa ada abang.

"Ni dah kenapa berguling2 atas katil ni," kata Ummi yang masuk tiba2, melihat aku berputar2 atas katil bagaikan Cheezy Twister Kombo KFC.

"Alaaa Ummi ni, nak guling2 pun tak oleyh," aku membalas dengan meniru suara budak kecik Insta yang famous tu.

"Dah solat Isyak, belum? Dah solat nanti kamu nak guling terus dengan selimut jadi Sushi King pun Ummi tak kisah," kata Ummi, mencekak pinggan lalu keluar dari bilikku.

Aku melangkah keluar mengambil wudhu. Sejadah dibentang. Aku mengangkat takbir menunaikan kewajipan pada Ilahi. Usai Bersolat, aku menadah tangan, memohon kepadaNya supaya diberikan keadilan dan ketabahan buatku, Zul dan siapa2  yang menjadi mangsa Abang Joe.

Ting! WhatsApp berbunyi. Aku menyapu mukaku selepas berdoa dan lipat sejadah. Telefon mula dibuka. Ianya Zul!

"Hey, Mir. Esok free?" tanya Zul.
"Esok Isnin kan? Free kot. Asal?," tanyaku.
"Jom turun Shah Alam," ajaknya.
"Jauh nau. Aku tak sure,kena tanya Ummi dulu," kataku ragu2. "BTW kenapa tiba2 je ni?"
"Oh takde. Semalam kan aku  kata cerita tak habis. Lagipun aku nak kenalkan kau kat seseorang," kata Zul.
"Siapa?" aku bertanya.
"Ala, nanti jumpa taula," kata Zul. Aku sekadar mendiamkan diri.
.
.
.
"Kenapa diam?" Zul bertanya. "Besar la tu," lalu disambung dengan punchline budak Twitter. Aku terus merah padam sebab paham reference ayat tu.
"Zulllllll!!!!" aku menaikkan suara, malu2. Dia hanya tergelak di corong phone.
"..... Tapi memang besar pun," aku mengusik.
"Well, hofkossss. Bukannya besar beluncas macam orang tu," dia semakin galak.
"Zulllllll!!!!" aku kembali marah.

---------------------------------------------------------

Aku menunggu di bawah flat. Ummi sudah ku beritahu tentang hasrat Zul bawaku ke Shah Alam. Dia membenarkan, dengan syarat jangan terlalu lama sehingga lewat malam. Dia juga memintaku nombor Zul untuk memudahkannya berhubung.

"Pin...pin",kereta Axia putih membunyikan hon ke arahku. Aku bangun. Zul memanggilku dari tingkap pemandu. Terdapat seorang lagi lelaki di dalam kereta itu di sebelahnya. Dia keluar dari kereta apabila melihatku.

"Kau budak haritu, kan?" kata lelaki itu. Aku mengangguk sedikit,waspada dengan lelaki itu.

"Ya Allah! Aku mintak maaf sangat2 apa yang aku buat haritu,"dia tiba2 meluahkan perasaannya sambil memeluk aku." Patutnya aku keluar lambat2 dari kerusi depan. Mungkin kau sempat lari waktu tu. "katanya lagi.

Lari? Where? Waktu tu aku dalam hutan kot,mana aku berani nak lari sembarangan, fikirku.

Zul keluar tersengih, dengan tangan diseluk dalam jacket joggingnya.          " So, Amir, ni Man, or nama panjangnya Azman, kawan baik aku dari sekolah sampai uni. Man, ni Amir." Aku masih terpegun dengan semua ini.

"Dahla, apa2 benda nak sembang, kita sembang dalam perjalanan. Kang geli pulak orang flat kau tengok drama ni," kata Zul, masuk ke perut kereta. Aku melangkah ke belakang kereta. "Eh ke mana pulak tu? Kau duduk depan. Tak ambik pengajaran lagi la tu." arah Zul. Aku pun menuju ke pintu depan, duduk bersebelahan Zul. Man duduk di bahagian belakang.

"Bila naik dengan strangers, mesti ingat. Kena duduk di kerusi yang kau boleh lepaskan diri. Jangan duduk di bahagian yang boleh terperangkap," Zul bebel lagi.

"So, mana kita nak pergi?" tanyaku. Zul memandu masuk ke Lebuhraya Persekutuan daripada Lebuhraya Pantai Baru.

"No idea actually. Lebih pada nak lepak dan....."

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now