Part 24: Pesta Budaya UTOJ

1.3K 35 1
                                    

Seminggu kemudian...

~toot toot~
"Hello sayang~~"
"Sapa sayang kau cetan?!"
"Ahahhahahaha ala gurau pun tak boleh."
"Hishhh. Kenapa ni Zul? Kepala aku tengah pening ni."
"Kau sakit ke?"
"Ntahla, aku just pening2. Lepas aku stay rumah kau haritu aku mimpi pelik2"
"Mimpi aku ke?"
"....."
"Kenapa diam? Besar la tu!"
"Zul, stop lawak lucah tu....."
"Yela yela, kau ok tak. Nak aku datang tak?"
"Haa? Takpe ke?"
"Takpe, aku dah habis kelas pagi"
"Oh yeke? Ok je.... Hmm call lah kalau dah sampai"

Aku terbaring atas katil semula. Phone diletak di tepi bantal. Sejak Selasa lepas, aku mengalami 2 kali mimpi selang sehari berturut2, iaitu malam Selasa dan Khamis. Hari ini Jumaat. Aku nak turun solat Jumaat tapi Ummi tak membenarkan aku ke sana dalam keadaan pening sebegini, lagi2 masjid itu berhampiran jalan utama. Pening ni hanya terjadi bila aku mimpi pelik pada malam sebelumnya. Entah kenapa aku rasa aku akan mendapat mimpi pelik Sabtu esok.

Mimpi pada malam Khamis agak berlainan. Aku bermimpi aku berjalan ke dalam sebuah hutan yang sepenuhnya pokok beringin. Tiada sebatang pokok lain pun di dalam hutan aneh itu, melainkan lumut2, paku pakis dan rumput2. Di atas pokok itu tergantung beberapa banner oren dan putih dengan logo tatu itu.

Cuma mimpi kali ini tidak seseram mimpi pertama. Kabus mula tersebar bak karpet, menyelimuti tanah hutan itu. Lembaga2 menyerupai lelaki2, ada yang berupa Zul, Zack, Ariz, Khai dan Man serta mereka yang tak pernah aku temui,tanpa seurat benang, tiba2 muncul di hutan itu. Mereka melihatku sugul, membisu, dengan tubuh mereka dilitupi lumpur kering seakan2 berkubang seharian. Tiba2 burung2 mulai terbang memecah kesunyian.

Aku yang tadi pelik melihat mereka berbogel, kini tiba2 turut berbogel dan dilitupi lumpur kering di dalam hutan aneh itu. Lelaki2 yang tadi membisu tiba2 menggelabah, cuba bersuara padaku dengan suara tidak lepas keluar, seakan2 mereka yang takde suara akibat banyak gelak, hanya keluar bunyi, "arhh ... arwww....aukkk." Juntaian akar beringin tiba2 meliliti tubuh kami, mengikat ketat sebelum bah berwarna kuning susu membanjiri hutan itu. Entah dari mana batang2 pisang dibawa air banjir itu sebelum kami semua dicampak dan dipaksa duduk di atas batang pisang itu. Apa yang aku tau, aku terus terbangun selepas itu.

Tokk tokk tokk! Pintu diketuk.

Aku menunggu sebentar. Masih takde sapa membuka pintu. Mesti Ummi keluar kejap. Aku dengan malasnya menuju ke pintu. Zul terpacak di depan muka pintu, menggalas beg.

"Hey, kau sihat?" dia menyapa.
"Tak berapa. Masuklah."
"Mana Ummi kau?" Zul berjalan ke ruang tamu.
"Entahlah, maybe kat rumah Kak Sonah la kot."
"Kau sorang je?" Zul meletakkan tapak tangan pada dahiku. "Panasnya! Amir, kau dah pergi klinik, belum?"
"Belum lagi Zul, sebab dia on off. Kejap demam kejap tak," balasku.
"Hish, bahayala. Jom turun. Aku bawak kau gi klinik," ajaknya.
"Tapi rumah aku camna?"
"Ala, kau kunci dulu. Bawak kunci sekali. Lepas tu call mak kau bagitau."

---------------------------------------------------------

Klinik Kesihatan Taman Ophir

"Oh awak ni mungkin demam sebab kurang rehat ni. Pergi kat katil tu," kata doktor lelaki itu.

Aku sekadar membaringkan diri.

"Pusing." arah doktor.

"Doktor nak bagi injection ke?"

"Tak perlu. Suppository dah cukup."

Aku terkejut. "Hah, suppository bukan untuk sunat je ke?" Doktor tersengih.

"Ada banyak fungsi. Ada yang painkiller , ada laxative, yang awak kena ambik ni untuk demam."

"Oh," kataku lalu tertiarap awkward di atas katil sambil tangan diletak di bawah bantal. Seorang nurse datang membawa glove dan sepaket suppository. Seluar dibuka sikit bahagian belakang.

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now