"So, sambunglah lagi," kataku tiba2. Zul dan Man yang duduk di atas bahu jalan menoleh ke arahku. Aku dah bosan tecongok tepi jalan bersebelahan gebang Dataran Shah Alam. Jam putih tepi MBSA menemani kami.
"Cerita apa lagi?" kata Zul.
"Lerr, kan korang dah kena seksa tu. Pastu tetiba Bang Adam nangis la bagai. Bang Joe bagi syarat semua. Then, what, balik camtu je?"
"Ohh tu, lepastu takde apa pun. Diorang bawak keluar air, lepastu lap badan Man. Nasib baik soy candle, so cepat je lurut wax2 tu. Bang Adam bawak keluar minyak angin , sapu part mana kena rotan, kena libas. Bang Joe pulak tuam area mana lebam dengan ais," kata Zul.
"Lepas tu Bang Joe bawak kami balik dengan kereta dia. Sebab dia takut Zul jadi sewel lepastu buat gila pandu kereta masuk Sungai Klang ke. Kereta Zul, Bang Adam drive bawak balik flat. Minggu tu, diorang banyak rawat kami, urut, sapu minyak semua. Siap mandikan dengan air wangi lagi, " kata Man pula.
.
" Weird, "aku berkata.
" Yeah, memang pelik pun,"kata Zul.
" No, diorang punya attitude tu. Like, diorang macam abusive guardian, abusive parent. Layan korang baik, kemudian take advantage. Bila melawan, korang kena hukum tahap2 hardcore. Tau2 hujung2 diorang cuba beli jiwa korang balik. Like what de heck doh.
Kalau akulah kan, aku akan terus je petik jari, kendurikan semua. Aku tak tunggu nak ambik hati semua. Lepastu, kau nak marah aku ke nak depress ke, apa aku kisah. Dah tentu2 aku watak orang jahat. Boleh jadi aku boleh dapat yang lain kat luar sana, " kataku panjang lebar. Man dan Zul hanya mendengar, sambil termenung panjang.
"Entahlah,Mir,"Zul membalak, pendek.
Pin! Pin! Perodua Axia hitam menghon kami. Ada seorang lelaki seusia mereka di dalamnya.
" Oii. Sori, sori. Madam Athirah lepas lambat sikit. Ada kuiz Kahoot hape ntah, "lelaki itu memperkenalkan diri.
" Ayyy, Zack. Berjanggut tunggu kau sini, "kata Man. Dia hanya terkekeh.
Tiba2 dia terperasankan aku.
" Sapa tu? "tanyanya. Zul berbisik.
" Kau? Budak yang tu kan... "Zack memandang aku.
"Ye,akulah tu. Yang kau tolong pegang dalam van tu," aku tiba2 melenting.
Zul dan Man memandangku, berkerut. Zack turut terkedu bila aku menaikkan suara, tapi dia mengawal ekspresinya.
.
.
"So kereta kau takde minyak kan? Tu ambik tank kat belakang tu," Zack berbual dengan Zul pula, cuba mengubah suasana. Zul faham, lalu mengambil tank dari kerusi belakang. Dia membawanya ke tangki keretanya dan menuangkan minyak ke dalam tangki.
"Macamana minyak boleh habis ni Zul? Tak check meter ke?" tanya Zack lagi.
"Ntahla Zack. Aku rasa baru je isi minggu ni. Aku takut bocor la," kata Zul, mengelap peluh akibat cuaca petang yang lembap.
"Hmm, kalau camtu jomla gi bengkel dulu. Sempat lagi ni," cadang Zack.
Zul menerima cadangan Zack.
Kami bergerak pergi dari situ sambil diekori kereta Zack dari belakang. Aku sempat melihat bangunan jam putih tersergam indah berhampiran MBSA tempat kami menunggu tadi.
Sampai di bengkel, jam hampir 6.30. Zul cepat2 memarkir keretanya dan memaklumkan hal keretanya. Tapi tauke bengkel mengatakan dia terpaksa tinggalkan dulu kereta memandangkan kedai dah nak tutup. Mahu tak mahu, kami terpaksa menaiki kereta Zack.
"Adoi, laparla pulak. Bapak lama kuiz Madam tadi. Langit dah nak gelap dah ni. Kalau dia lepas pukul 7,aku taktau camne nak tolong korang. Silap2 dengan aku2 tido kat uni," kata Zack, sambil mengawal stereng.
"Kenapa kalau dah pukul 7?"aku tiba2 menyampuk.
" Zack rabun malam. Dia kalau malam je, mula la nampak lampu jalan jadi tajam macam durian, "jawab Man.
" Aik , alamak, habis saya ni macam mana? "aku tiba2 gelabah. Yelah ingatkan sekadar keluar saja2 je petang ni. Zul yang terlihatkanku, turut gelabah.
" Abang Zul tak boleh bawak kereta ni ke bawak saya balik? "tanyaku.
" Ermm, sori takleh la Mir. Zack ni bawak kereta manual. Aku tau auto je,"kata Zul, menggaru kepala.
" Aku pulak takde lesen kereta, "kata Man walaupun takde sapa tanya.
Aku dah mula gelabah beruk.
" Takpela, camni. Bagi aku nombor Umi kau. Aku try explain kat dia. "
Aku bersetuju lalu memberi nombor Umi. Zul menekan2 nombor pada skrin sesentuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
Amir (BxB) [COMPLETED]
General FictionDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...
![Amir (BxB) [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/245007332-64-k344143.jpg)