Part 30: Jeda/Intermission

1.7K 42 15
                                    

Bukit Ampang, beberapa hari kemudian...

Aku dan Zul keluar dari kereta. Dari kejauhan, kelihatan Lembah Klang yang bangunan melata sambil dilatari 3 bangunan tinggi, Menara Petronas, Menara KL dan Menara TRX. Kereta diparkir agak jauh dari tempat tumpuan ramai.

"Jom, duduk atas kereta aku." ajak Zul.
"Eh, tak jahanam ke?"
"Takpe, lagipun kau ringan," katanya. Dia naik ke atas keretanya dan membantu aku naik ke atas. Aku duduk di sebelahnya, menatap pemandangan Lembah Klang di waktu malam.

"Aku ingatkan kau cuti 3 bulan. Kenapa tiba2 balik sini?" aku bertanya.
"Aku cakap kat Mama aku yang aku tertinggal barang," jawab Zul.

Jeda.

"Jauh ajak lepak kali ni?" aku menegur.
"Saja.... Sini tak ramai orang. Boleh sembang banyak sikit dengan adik angkat. Hehe," Zul mengusik.
"Aikk... Bila masa aku jadi 'adik' kau? Perasan je."
"Alaaa.... Adik la tu. Aku 19,kau 18. Kau pun takde abang kan? Apa salahnya," Zul meramas rambutku. Aku menggeleng tak selesa.

"Ada apa sebenarnya ni?"
"Haritu Zack bagitau aku. Semua pasal kau, Safiq, Zuki dan Daniel."

Aku menunduk.
"Kau nak marah aku ke?"
"Kenapa pulak nak marah? Aku, Zack, tak marah pun. Kami cuma risau kat kau je. Jangan bertindak sendirian lagi lepas ni, ok?"
"Zul..."
"Yup?"
"Kau rasa patut ke tindakan kami lepaskan Safiq?"

Zul jeda sebentar.

"Aku rasa itulah yang terbaik."
"Tapi.....Safiq punca kita jadi macamni kan, Zul?" tanyaku.
"Benda dah jadi, Mir. Lagipun, Joe sendiri yang larikan dia dan buat perjanjian dengan pokok tu. Kalau Safiq seorang, dia tak mampu buat semua tu."

"Kalau kita serah Safiq balik ke kampung tu, agak2 habis tak cerita ni?" getusku tiba2. Zul terdiam.
"Kau sanggup?" duga Zul.
"Sanggup in term of?" aku saja2 bertanya.
"Both, mentally and physically."

Kalau soalan itu ditanyakan sebelum aku bertemu Safiq hari tu, ya, aku sanggup. Tapi Safiq sendiri dah menjelaskan bahawa dia sendiri tak bersetuju dan dipaksa Beringin Tua. Dia sendiri ditipu kononnya boleh bebas kalau 70 teruna jadi galang ganti, tanpa dia sedar dia sendiri pun menjadi sebahagian dari nombor itu.

"Kenapa diam?" Zul bertanya. Kali ini serius, bukannya joke 'besar la tu' lagi.
"Entahlah Zul. Aku... Betul2 tak tahu."
"Hulu Langat belakang bukit ni je kalau2 kau nak try idea gila kau tu," Zul sinis.
"Amboiii, dah tak sabar nak sumbat buah dalam bontot ke?" aku menyindirnya pula. Zul tergelak. Aku ikut sama selepas itu.

"We shouldnt laugh. Boleh jadi ramai lagi orang yang teraniaya kena macamtu," aku cepat2 mengingatkan selepas habis gelak.

"Aku tak gelak pasal diorang, aku cuma tergelak bayangkan kalau kau terlebih berani, ikut style Detective Conan kau tu. Nasib baik kau takde kereta, silap2 kau dah terjah masuk kampung tu gara2 nak cari SK Ulu Binjai," kata Zul.

"Maybe. Aku pun macam terlalu ikut perasaan aku, gara2 nak cari Safiq punya pasal."

"So, buah apa yang kau pilih kalau kau termasuk situ? Yang aku tau, kalau aku termasuk situ dengan kau, aku cepat2 petik ceri ke tomato ceri ke, lepastu aku campak buah jambu banyak2 kat kau. Ahahahhahaha," Zul tergelak.

"Zulllllll!!!! Sampai hati kau!" aku mendengus.

"Alo lo merajuk dah budak ni,"dia meramas rambutku lagi. 

"Enough pasal cerita lucah tu. Kau sekarang camne?" tanya Zul.
"Camne apa?" aku tak faham.
"Ada apa2 planning lepas ni? Kerja? Belajar? Something..."
"Ouh..... Hmm. Sebenarnya, lepas je aku balik rumah, ummi dengan abah happy. Aku dapat tawaran belajar lagi,"
"Really?" Zul membulatkan matanya. "Tahniah, Mirrr! Sambung mana?"

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now