. . .
Malam itu Jieun sukar untuk terlena. Bila matanya terpejam, ada saja benda yang membuatkan dia terbangun dari tidurnya semula.
Jieun akhirnya mengalah, dia duduk di papan katil. Memandang ke penjuru bilik bila terasa dirinya diperhatikan.
Disitu dia lihat seorang wanita berpakaian serba putih sedang merenungnya dengan pandangan kosong. Jieun tahu itu Hannah.
Tapi... kenapa dia berada disini?
“Puan Hannah?” panggil Hannah ragu. Wanita itu melangkah setapak, sebuah senyuman dilemparkan ke Jieun.
Bibir wanita itu pucat begitu juga dengan wajahnya. Rambutnya panjang, namun kemas disikat.
Jieun mengetap bibir, perasaan takut mula menguasai dirinya.
Yalah, dia sekarang sedang berhadapan dengan roh pemilik badan yang sedang dia duduki dan juga roh isteri kepada lelaki yang sedang tidur disampingnya itu.
“P- Puan?”
“Boleh saya minta satu permintaan dari awak?” soal Hannah dengan nada suara yang renda dan hampir tidak didengari oleh Jieun.
Tanla banyak soal, Jieun mengangguk saja. Hannah tersenyum.
“Saya nak badan saya semula.”
Jieun sedikit tersentak. Dia terkebil- kebil manakala dahinya berkerut tak faham.
“Puan nak masuk badan Puan semula? Ba- bagaimana dengan saya?” soal Jieun, mula gusar dengan permintaan Hannah itu. Bukan dia tak mahu, dia cuma risau akan nasibnya selepas itu.
Adakah dia akan menjadi roh yang bergentayangan seperti Hannah juga?
Adakah dia kekal menjadi roh selama- lamanya?
Macam mana dengan Yoongi?
Ani- Yoongi milik Hannah. Jieun menggeleng kepalanya bila menyedari posisinya yang sebenar.
“Saya tak tahu, tapi yang penting saya nakkan badan saya semula.” ucap Hannah sedikit tegas dengan wajah yang berubah garang.
“Ba- Baik. Saya akan berikan badan Puan semula. Tapi, boleh saya berikan Yoongi kecupan selamat tinggal?” soal Jieun. Hannah mendiamkan diri buat seketika.
Anggukan dari Hannah melegakan perasaan Jieun. Dia melepaskan keluhan kecil, tak menyangka yang hubungannya akan berakhir sampai disini bersama lelaki itu.
Wajah tenang Yoongi yang sedang terlelap itu dipandangnya.
“Jaljayo...”
“Annyeong...” bisik Jieun seraya memberikan kecupan sekilas pada pipi Yoongi buatkan lelaki itu merengus kecil.
“Annyeong...” bisiknya.
Tanpa persediaan dari Jieun, Hannah sudah memasuki tubuhnya semula secara mengejut.
Cara putih keluar dari tubuh Hannah berserta dengan tangisan kecil.
“Annyeong, Yoongi-ah...” ucap Jieun yang kini menjadi roh. Dia melambaikan tangannya pada Hannah, namun gadis itu seperti tidak melihatnya.
Kenapa boleh jadi macam ni?
. . .
Yoongi mencelikkan matanya bila dia terasa kosong disampingnya. Dengan mamai, dia meraba- raba bahagian sampingnya, kosong. Hannah tidak ada disitu.Dia melirikkan matanya ke jam digital yang terletak diatas meja lampu, sudah masuk pukul 8 suku pagi.
Takkanlah Hannah tak bangunkan dia?
“Hannah, neo ediga?” soal Yoongi dengan suara serak- sersk basahnya.
Bingkas dia bangun dari baringnya sebelum rambutnya yang kusut diraup ke belakang menampakkan bahagian dahinya.
“Mana pulak Hannah ni-”
Kreak!
“Eo, dah bangun? Good morning shuben!” ucap Hannah yang baru melangkah keluar dari kamar mandi dengan memakai bathrobe.
Yoongi yang mamai terus segar melihat Hannah dalam keadaan begitu. I mean, ini kali pertama Hannah berani berpakaian begitu. Bathrobe pendek yang menutupi sebahagian tubuh hingga paras pahanya.
Yoongi menjadi tak tenteram.
“G- Good morning.” balas Yoongi seraya mengalihkan pandangan. Hannah tersenyum kecil, tali bathrobe diikatnya sebelum dia melangkah merapati lelaki itu.
Kedua tapak tangannya diletakkan diatas bahu lelaki itu. Dagu Yoongi disentuh agar Yoongi memandang tepat ke matanya.
“I miss you...” bisik Hannah, bawah bibirnya digit. Dia menjadikan bibir Yoongi sebagai sasaran ciuman namun sebelum smepat bibir mereka bertemu Yoongi sudah menjarakkan diri.
Dia merasa sedikit ganjil.
“Hannah, why are you acting like this?” soal Yoongi.
“Like what?”
“K- kau pelik.” ucap Yoongi.
“Pelik apanya? Ini sayalah. Hannah. I'm always like this and whats wrong with that?” soal Hannah seraya berpeluk tubuh. Yoongi menggeleng kecil. Dia terasa berlainan.
Seperti Hannah yang berada dihadapannya itu, bukanlah Hannah yang menghiasi harinya sebelum ini.
“You're different...”
“Kenapa tiba- tiba je Hannah?” soalnya.
.
This is what you want right?
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanfictionSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...