Our Faith
____________________
“TAE- Taehyung-ssi...”
“Cik Hannah buat apa dekat sini?” soalnya sambil melabuhkan punggung diatas ruang kosong di perhentian bas itu.
“Cik Hannah sakit?” soalnya tanpa sempat aku menjawab soalannya yang pertama tadi.
Hannah cuma mengangguk, mengiyakan tekaan lelaki itu walaupun ianya bertentangan dengan hal yang sebenarnya.
Hey, takkanlah nak cakap juga yang dia ke hospital sebab nak buat IVF?
“Boleh saya tahu, Cik Hannah sakit apa?”
“Sakit hati.” jawab Hannah sarkastik, langsung saja dia teringat akan sikap Yoongi yang buatkan dia terasa hati pagi tadi. Eiii, pedih dia tu. Tak boleh nak diterangkan!
“Em, awak buat apa kat sini?” soal Hannah pula.
“Oh, saya temankan isteri saya check up tadi. Dia tunggu depan pintu utama, tapi bila saya nampak Cik Hannah kat sini. Saya singgah kejap.” terangnya sambil tersenyum.
Hannah terkebil- kebil. Dua patah perkataan yang membuatkan jiwanya bagai direntap saat itu juga.
“C- check up?”
“Yup. Tapi tak ada rezeki lagi.” katanya dalam nada kecewa sebelum tunduk memainkan jari jemarinya.
Hannah cuma diam saja. Kalau boleh, mahu saja dia meluahkan isi hatinya saat itu juga. Dia mahu berterus terang bahawa dia adalah Park Jieun yang sebenarnya.
Tapi dia tak punya bukti dan keberanian untuk mengucapkannya.
“Boleh saya tanya sesuatu?” tanya lelaki itu.
“Apa dia?” soal Hannah. Keningnya dijongket satu.
“Cik Hannah ni-”
“Jeon Hannah.” panggil satu suara serentak kedua mereka mendongak memandang ke satu arah.
Wajah dingin Yoongi yang sedang berdiri di tepi kereta itu hanya dipandang kosong oleh Hannah.
“Jom balik.” ajaknya seraya melangkah merapati mereka berdua. Hannah terkebil- kebil. Sedikit pelik dengan perlawaan lelaki itu.
Yalah, bukan Yoongi ni tak suka ke dekat dia? Habis tu kenapa tak ada angin tak ada ribut dia tiba- tiba je ajak balik?
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanficSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...