Our Faith
❝You wanna know the truth?❞
____________________“SAYA Park Jieun.”
Yoongi mengerutkan dahinya, keningnya terjongket satu. Seketika kemudian lelaki itu melepaskan tawa kecil.
“Do you expect me to believe your stupid lie?” soal Yoongi buatkan bibir Hannah mencebik.
Bantal peluk ditarik lalu dipeluknya, matanya dialihkan dari memandang mata sepet lelaki berkulit putih melepak itu.
Orang dah berikan kebenaran, dia cakap tipu?
“Tak nak percaya sudah.” balas Hannah, kotak tisu yang diletakkan diatas meja lampu itu dicapai lalu tisu ditarik satu dari situ.
Yoongi mengeluh perlahan. Penat nak hadap kebodohan gadis itu.
Rambutnya yang agak messy itu diraupnya kebelakang sebelum matanya kembali meneliti segenap wajah milik Jeon Hannah yang merah kerana menangis itu.
“Bagi aku bukti kalau kau nak aku percayakan kau.” ujar Yoongi.
Hannah menarik hingusnya. Tisu dibuang kedalam tong sampah. Posisi duduknya dibetulkan agar dia menjadi lebih selesa.
“Saya tak tahu nak terangkan macam mana, yang saya tahu, bila saya buka mata, saya bukan didalam tubuh saya melainkan tubuh Hannah. Isteri awak ni.”
“Park Jieun, itu nama penuh saya. Saya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya melanggar tubuh seseorang sebelum kereta kami hilang kawalan dan merempuh pokok sebelum meletup.”
“Kalau awak tak percaya, awak boleh check bilik mayat. Ada rekod kematian Park Jieun dan Park Jihoon disana.” terang Hannah.
Berlapis- lapis dahi Yoongi berkerut pelik, masih lagi tak mempercayai ucapan gadis itu.
“Awak tahu istilah split? Atau roh tertukar badan? That's what happen to me. Saya cuma nak awak percayakan saya yang saya bukan Jeon Hannah, isteri awak.
Saya cuma perempuan biasa yang bekerja sebagai penggubah bunga di jalan Gangnam.” bersungguh- sungguh Jieun menceritakan hal yang sebenarnya.
Dia betul- betul berharap yang lelaki dihadapannya itu mempercayainya kerana dia adalah satu- satu harapan yang Jieun ada saat ini.
“Kau tak bohong?” soal Yoongi, walaupun hatinya berbisik mahu mempercayakan gadis itu, namun jauh disudut hatinya mengatakan Hannah cuma berlakon.
Berlakon untuk meraih simpati agar dirinya lebih bebas dan mudah dipijak sesukati oleh gadis itu.
Tapi bila anak matanya bertatapan empat mata dengan anak mata redup milik Hannah, hatinya mula bergetar aneh.
Simpati?
Ra- rasa simpati?
“Buat apa saya nak berbohong Yoongi? Apa yang saya dapat?” soal Hannah, keras sungguh hati lelaki bernama Min Yoongi itu.
Susah sangat ke dia nak faham yang gadis dihadapannya bukan isterinya?
Susah sangat ke dia nak bezakan personaliti isterinya dengan wanita lain?
Susah sangat ke?
“Awak dah lama hidup dengan Hannah, takkan awak tak tahu perangai dia bertentangan dengan saya?” soal Jieun yang mula hilang sabar.
“Aku cuma pegang title sebagai suami atas kertas kau. Tak ada benda yang menarik pasal kau yang patut aku tahu. Did you expect me to notice a single change towards your behavior?” soalnya dingin.
Hannah mengetap bibir. Geram dengan perangai batu lelaki itu.
Dasar mayat hidup tak berhati perut!
“Kenapa kita tak tinggal asing je kalau duduk serumah pun macam orang asing?” soal Hannah, tubuhnya disandarkan pada kepala katil.
Hadap Yoongi ni buatkan kepala dia yang tak sakit jadi sakit.
“Aku mesti kekalkan imej menantu mithali dihadapan papa kau. Lagipun duduk serumah, senang untuk aku pantau kerja bodoh kau tu.” balas Yoongi seraya mengangkat punggung, berura- ura mahu melangkah keluar dari bilik gadis itu.
“Aku masuk sini sebab nak bagitau kau yang esok kita akan mulakan perbincangan mengenai IVF. Kau perlu datang ke hospital. Bangun awal.” pesan Yoongi.
Hannah mendiamkan diri, tak mahu membahas soal perkara itu lagi.
“Untuk terakhir kali saya cakap, touch me is easier than doing that IVF things. There's so much things to do. Why don't you just be a HUSBAND and treat me like a WIFE, nicely?” soal Hannah, sedikit memerli.
“cause i don't consider you as my WIFE. Please noted that, Park Jieun.” balas Yoongi, memerli gadis itu dengan memanggil nama 'buatan'-nya.
Yoongi tersengih kecil sebelum melangkah keluar dari bilik gadis itu.
.
[🐬]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🐳]
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanficSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...