Our Faith
❝I can hear you.❞
___________________
"PUAN Hannah perlukan apa- apa?" soal Ahjumma Han.
Setelah membantu Hannah duduk di posisi yang betul, selimut putih yang tebal itu dia gunakan untuk menyelimuti gadis itu.
"Saya dah cakap yang saya tak nak ahjumma panggil saya Puan, panggil je saya Hannah. Okay?" ujar Hannah buatkan wanita itu mengangguk kecil.
"Ahjumma dah berapa lama kerja kat sini?" soal Hannah.
"Em, nak dekat 5 tahun. Kenapa Puan- err Hannah?" soal wanita itu. Sikit lagi dia terlepas memanggil gadis itu dengan panggilan Puan Hannah.
Hannah ketawa kecil, rambutnya yang agak panjang dan hampir menutupi wajah itu dia selitkan pada telinga.
"Saya nak tahu je. Em... Ahjumma tahu tak pasal swap body ni- eh maksud saya. Ahjumma tahu tak pasal roh yang tertukar badan ni? Pernah dengar?" soal Hannah.
Seperti yang Jieun duga, dahi wanita paruh baya itu berkerut tanda dia pelik dengan soalan gadis itu.
Lama wanita itu berdiam diri sebelum dia menggeleng sebagai jawapan untuk soalan gadis itu.
Hannah melepaskan keluhan berat.
Kalau dia nak ceritakan perkara yang sebenarnya pada wanita itu, dia sendiri pun tak pasti kenapa dan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.
Yalah, dia buka je mata, dia sudah berada didalam tubuh wanita lain. Tanpa sebab yang tertentu, dia seakan terperangkap didalam tubuh Hannah tanpa sebarang klu.
"Ahjumma percaya tak kalau saya cakap saya bukan Hannah?" soal Jieun buatkan wanita itu sedikit gelabah lalu cepat- cepat dia mengatur segala peralatan makan yang dia bawa kedalam bilik majikannya itu.
"Eh Ahjumma!"
"Err Puan Hannah perlukan ubat ke? Saya boleh ambilkan. Tunggu sini, ya?" laju saja Ahjumma Han mengorak langkah keluar dari bilik tersebut kerana dia berkira yang Hannah sudah gila.
Mana mungkin ada roh yang termasuk kedalam tubuh orang lain, kan?
Mungkin sebab sering kali diseksa suaminya, Puan Hannah mengalami gangguan mental yang menyebabkan dia berkata yang bukan-bukan?
Kalau betul, kesian Puan Hannah. Muda- muda dah gila.
Jieun mengetap bibirnya, sedikit terasa dengan kelakuan pembantu rumah tersebut. Tubuhnya disandarkan di kepala katil.
Duduk didalam bilik tanpa berbuat apa- apa buatkan jiwa sosialnya meronta- ronta.
Ketika itu fikirannya melayang ke kedai bunga serta teman lelakinya. Hatinya mula berbisik kata rindu.
Sudah hampir 2 minggu dia tak bertemu dengan si kekasih hati, rindunya mula berbuak- buak.
Apa khabar lelaki itu?
Dia rindukan senyuman kotak lelaki itu. Wajah kacaknya dan dia rindukan saat dia berpura- pura datang ke kedai bunga mahu membeli bunga walhal dia sengaja mahu bertemu dengan dirinya.
"Hah..."
Jieun melepakan keluhan berat. Dia berharap yang semua yang berlaku sekarang akan cepat- cepat selesai.
Dia tak mahu hidup berpura- pura sebagai orang lain dan hidup didalam tubuh orang lain.
Dia mahu kehidupannya semula. Menjaga kedai bunga dan bergurau senda dengan teman lelakinya.
Bukan duduk terperap didalam rumah seperti patung cendana.
Argh!
Klek!
"Puan Hannah, kawan Puan datang nak melawat Puan." ucap seorang pembantu rumah lagi seraya mempersilahkan seorang gadis masuk kedalam bilik.
Sebaik bertentangan mata dengan Hannah, senyuman gadis itu menjadi lebar.
"Ahh Hannah! Kau okay tak? Maaflah tak dapat datang nak melawat kau kat hospital. Aku busy dengan modeling. Kau pun tahukan betapa sibuknya aku." ujar gadis cantik tersebut seraya menepuk bahu Hannah.
"Errr ni siapa eh?" soal Hannah dengan dahi yang berkerut.
"Eo? Ni akulah! Seohyun! Kenapa? Yoongi seksa kau teruk sangat ke sampai kau lupa aku?" soalnya sedikit memerli sebelum ketawa kecil.
Hannah cuma tersengih.
"Ohh Seohyun ke? Lah baru ingat, otak aku senget sikit tadi. Haha" balas Hannah lalu ketawa hambar. Entah kenapa, dia rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan gadis bernama Seohyun itu.
Bukan apa, dari muka je Jieun dah dapat agak yang dia ni jenis yang backstabber.
"Pasal yang hari tu, aku minta maaf tau sebab tinggalkan kau kat kelab sampai suami kau pukul kau teruk. Sorry..." ucapnya lalu senyum.
Hannah cuma mengangguk kecil.
Memang aku sengaja, padan muka kau ganggu rancangan aku nak goda suami kau.
Hannah mengerutkan dahinya.
"Hum? Kau cakap apa tadi?" soal Hannah, Seohyun menggeleng kecil tanda tak ada- apa.
Hannah mengerutkan dahinya.
Perempuan bodoh.
Saat itu Hannah mula sedar yang dia dapat mendengar isi hati seseorang.
Tapi isi hati Yoongi? Kenapa tak boleh?
"Boleh kau keluar tak?"
"Eo?"
.
Cerita ni makin bosan sha rasa😩
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanfictionSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...