Bab 28🍁

1.2K 316 68
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

“EH, Ahjumma Ahn nak kemana? Kenapa kemas barang banyak- banyak ni? Nak pergi mana?soal Hannah pelik bila Ahjumma Ahn serta dua lagi pembantu rumahnya mula berkemas.

Wajah tua Ahjumma Ahn dipandang Hannah, wanita itu tersenyum kecil.

Tapak tangan Hannah dicapai sebelum Ahjumma Ahn mengusapnya perlahan.

“Puan, saya dapat rasakan yang Puan akan bahagia selepas ni.” ucapnya. Dahi Hannah yang sedia berkerut bertambah berkerut bila mendengarnya.

Tak faham.

Dia betul- betul tak faham.

“Maksud Ahjumma?” soal Hannah.

“Tuan Min dah pecat semua pembantu rumah atas alasan yang saya sendiri tak tahu. Tapi apa yang saya boleh tafsirkan, akan ada perubahan dalam kehidupan Tuan dan Puan selepas ini.” ucap Ahjumma Ahn.

Hannah sedikit terkejut.

Pecat semua pembantu rumah?

Dah kenapa?

“Kalau macam tu, saya tak boleh nak bantah. Ahjumma tak nak tunggu Tuan Min sampai dulu ke? Kejap lagikan dia nak balik?” soal Hannah. Ahjumma Ahn menggeleng kecil.

Beg- beg pakaian milik mereka bertiga diangkat keluar rumah, tepat ketika itu, kereta Yoongi dipandu masuk dihalaman rumah.

Enjin kereta dimatikan sebelum lelaki itu melangkah keluar dari perut kereta. Terus saja Hannah melangkah merapati lelaki itu. Bibirnya muncung sambil dirinya bercekak pinggang.

“Kenapa awak pecat Ahjumma Ahn?”

“Bukan urusan kau.”

“Lelaki jahat!”

“Ahjumma dah boleh pergi. Gaji saya dah bank in dalam bank masing- masing.” ucap Yoongi dengan wajah tanpa perasaannya. Hannah jadi bertambah geram.

Ahjumma Ahn dan kedua lagi pembantu rumah mereka meminta diri sebelum beredar dari kawasan rumah milik majikannya tersebut.

“Apa masalah awak ni?”

“Kenapa awak buat keputusan tanpa berbincang dengan saya, huh?” soal Hannah. Yoongi tidak membalas walaupun sepatah, briefcase yang berada didalam kereta diambilnya.

“Hei! Saya tengah cakap dengan awak ni!” ucap Hannah dengan nada geram. Langkah kaki dibawa untuk mengekori Yoongi masuk kedalam rumah.

Kalau boleh, mahu je dia smack down, kepala batu Yoongi ni. Biar puas hati dia. Argh! Geramnya!

“Yah! Awak tahu tak yang Ahjumma Ahn tu dah tua? Dia perlu bekerja untuk tampung hidup dia sendiri! Yang awak pecat dia dah kenapa!”

“Dia tak ada kena- mengena dengan hubungan kita.”

“Hubungan kita?” soal Hannah, dengan dahi yang berkerut.

Yoongi mencampakkan briefcasenya diatas sofa sebelum membalikkan tubuh hingga dia dan Hannh berpandangan sesama sendiri.

“Dah sedia nak hidup dengan aku, berdua?” soal Yoongi dengan kening yang terjongket satu.

Nae?”

“Aku bagi kau peluang untuk layan aku sebagai suami dan... aku akan cuba layan kau selayaknya seorang isteri.” ucap Yoongi lagi sebelum melangkah setapak hingga tubuhnya betul- betul dihadapan Hannah.

Gadis itu mendongak dan mereka bertentang mata buat seketika.

“Awak tak demam,kan?”

“Tak, sayang.” bisik Yoongi serentak buatkan Hannah tersenyum kecil.

AAAAAAAAAAAAAA!

Boleh tak awak ulang lagi, yang sayang tu? Saya rasa comel.”

“Simpan untuk malam nanti.”

“Okay... Hah?”

.

Okay-

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now