JIEUN duduk termenung di balkoni biliknya, fikirannya melayang kearah perbualan diantara dia dan Taehyung tadi. Jieun melepaskan keluhan berat.
Kim Taehyung, bekas tunangnya yang sudah berkahwin dan hampir menimang cahaya mata yang pertama mahukan dirinya semula?
Hshshhsh gila ke?!
“Saya nak awak semula. Kita kahwin.”
“Awak dah berkahwin pun Taehyung. Ke- kenapa awak boleh cakap macam tu? Awak tak sayangkan isteri awak ke?” soal Jieun, sedikit terkejut dengan permintaan yang agak tak masuk akal dari lelaki itu.
Taehyung tersengih kecil, rambutnya diraup kebelakang sebelum dia menyandarkan tubuhnya di sofa.
“Saya dan dia tak ada perasaan cinta langsung. Kami kahwin atas permintaan keluarga bila dapat tahu awak terlibat dalam kemalangan. Saya tak ada pilihan selain terima.” ucap Taehyung.
“Isteri awak takkan mengandung kalau awak tak cintakan dia. Taehyung, anak pengikat kasih. Awak-”
“Jieun, saya lelaki dan dia perempuan. Takkan awak tak faham?”
Jieun mendiamkan diri, bibirnya diketap. Taehyung menjongketkan keningnya bila tak mendapat respon dari gadis itu.
“Saya dah ada lelaki lain-”
“How? Awak baru je balik dari hospital, tup tup awak cakap awak dah ada pengganti lain? Awak nak mengelak dari saya ke?”
“Taehyung awak kena sedar, awak tu suami orang. Isteri awak tengah sarat mengandung. Saya tak nak jadi punca hubungan awak berdua retak. Saya dah move on dan saya harap awak pun begitu.” ucap Jieun bersungguh- sungguh.
Taehyung tersengih kecil, rambutnya diraup agak kasar sebelum sekotak rotak dikeluarkan dari poket seluarnya. Pemetik api dikeluarkan lalu satu puntung rokok dibakar.
“Awak merokok...”
“My new habit lepas awak tinggalkan saya.” jawab Taehyung selamba sebelum melangkah keluar dari rumah bekas tunangnya itu.
Untuk kesekian kali Jieun melepaskan keluhan berat. Dia tak sangka yang lelaki itu masih mencari dirinya walaupun ketika dia sudah bergelar suami kepada seorang gadis.
Baginya perkara itu tak masuk akal dan tindakan lelaki itu seakan kejam bagi isterinya. Huwaaaa apa kau nak buat ni Jieun?
Drt drt!
Deringan telefon pintarnya membuatkan Jieun cepat- cepat melangkah masuk kedalam bilik. Panggilan dari nombor yang tak dikenali. Jieun cuma mengangkat bahu saja sebelum butang hijau digesel.
“Yeoboseyo?”
“Jieun... ini aku, Yoongi” jawab lelaki itu dihujung talian. Bibir Jieun menguntum senyum lebar bila mendengar suara husky milik lelaki itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanfictionSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...