Our Faith
❝Go away!❞
____________________
"SELAMAT PAGI!"
Sapa Hannah dengan nada ceria pada pembantu rumahnya. Mereka hanya menundukkan badannya seraya berpandangan sesama sendiri.
Mungkin mereka pelik dengan perangai majikannya yang satu itu. Dulu bukan main laser lagi mulut, sekarang lemah lembut dan ceria pula.
Kena jampi kot?
"Em, Puan nak buat breakfast lagi untuk Tuan Min ke? Saya boleh tolong sediakan bahan." kata gadis itu seraya tersenyum kecil.
Em, dulu majikannya itu mana pernah sekalipun masuk dapur untuk memasak, yang pernah sekali bila dia cuba masak telur tapi hangus.
Habis kena bahan dengan Tuan Min. Lepas tu dia dah trauma tak nak masuk dapur dah.
"Tak apalah, awak sediakan Tuan Min sarapan, kalau saya masak bukannya dia nak makan pun." balas Hannah buatkan kedua pembantu rumah tersebut tersengih- sengih.
Tahu pun, yang beria nak masakkan Tuan Min tu dah kenapa?
Suami sendiri pun tak hamak nak makan masakan dia, huh. Kesian pula.
"Atleast, saya cuba nak tarik perhatian suami saya. Awak berdua tahu mengata saya je, awak tak tahu yang saya lalui. Hati saya sakit tahu!"
Kata Hannah seraya bercekak pinggang buatkan kedua pembantu rumah tersebut terkebil- kebil.
"Ma-maafkan kami Puan kalau kami ada buat salah dan menyinggung perasaan Puan. Sekali lagi maafkan kami." ucap pembantu rumah tersebut seraya menundukkan badannya.
Sedikit gerun dengan reaksi Hannah yang seperti dapat mendengar cemuhan didalam hati mereka itu.
Jieun mendiamkan diri, dia melepaskan keluhan kecil seraya menggeleng.
"Tak apalah, saya yang sepatutnya minta maaf. Awak berdua teruskan buat kerja. Saya naik dulu." kata Jieun lalu beredar keluar dari dapur.
Mood dia yang happy terus down bila dengar benda macam tu.
"Kenapa ni?" soal Yoongi yang baru melangkah turun dari tingkat atas itu.
"Tak ada apa- apa..."
"Kalau tak ada apa- apa kenapa bibir tu muncung? Gaduh dengan maid lagi?" soalnya, Jieun cuma menggeleng kecil.
Kolar baju Yoongi yang sedikit tak terurus itu dia betulkan buatkan Yoongi sedikit terpana.
"Nak pergi kerja dah ke? Tak nak sarapan?"
"Ke- kenapa? Kau ada masak ke?" soal Yoongi, tergagap. Kekok yang dirasainya dia hilangkan dengan pura- pura batuk.
"Kalau saya masak bukannya awak makan pun, kan encik suami?" soalnya seraya mengelip- ngelipkan matanya.
Yoongi terdiam, encik suami...
Ini kali pertama Hannah memanggilnya dengan panggilan Encik Suami dan dia sedikit menyukainya.
"Leher dah okay?" soal Yoongi merujuk kepada leher Hannah yang dicakar perempuan tua itu kelmarin.
"Eum, okay dah. Luka sikit je." jawab Hannah seraya menyentuh lehernya yang bertampal plaster itu.
Dia tersenyum kecil, suasana kekok mula terhasil diantara mereka buatkan Yoongi menggosok lehernya.
"A- aku nak pergi dah ni."
"Okay, saya hantar awak keluar rumah." ujar Hannah seraya mengekori langkah kaki Yoongi keluar. Bila lelaki itu memakai kasutnya, dia setia memerhati dihadapan pintu.
"Siapa tu?" soal Hannah bila ada sebuah kereta berhenti dihadapan pintu pagar rumah.
Sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam kemudian seorang gadis keluar dari situ sambil memakai kaca mata hitam.
Tapak tangan dilambai ke arah Hannah dengan penuh teruja sementara Hannah mula menggigit bawah bibirnya. Dilihatnya wanita itu mula melangkah masuk kedalam halaman rumah.
Aduh nak apa pulak Seohyun ni?
Terus saja briefcase Yoongi diambil lalu dia campak masuk kedalam kereta lelaki itu. Baru saja Yoongi mahu membuka mulut mahu memarahi Hannah, tubuhnya ikut ditarik masuk kedalam kereta.
"Kau dah kenapa?"
"Bye Encik suami! Muah muah! Kerja elok- elok!" kata Hannah, pintu kereta ditutup lalu tapak tangan dilambai- lambaikan kearah Yoongi.
"Eh? Suami kau nak pergi dah?" soal Seohyun, polos.
"Haah, dia busy hari ni. Ada pesakit dia jatuh dari katil." bohong Hannah.
Aduh, melepas aku, bisik Seohyun.
Namun bibir dikekalkan untuk senyum sambil tapak tangannya dilambaikan kearah kereta Yoongi yang sudah dipandu keluar.
"Eo.. kalau macam tu aku pergi dululah. Bye." kata Seohyun seraya melangkah ke keretanya semula.
Hannah tersengih kecil, sudah mengangak tujuan gadis itu kesini.
.
Okay, mana yang still confuse pasal Hannah dah Jieun tu, sini sha terangkan sikit.
Waktu accident dulu, kereta Jieun yang langgar badan Hannah dan saat itu roh mereka berpindah tempat.
Roh Hannah yang sepatutnya hidup, mati didalam tubuh Jieun, dan roh Jieun yang sepatutnya mati, hidup di badan Hannah.
Sha tahu sedikit complicated, but thats how it works.
Sha akan ceritakan kisah hidup Hannah nanti, stay stuned, love❤
Apa yang anda nak tanya, saya jawab di sini👉
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanfictionSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...