. . .
“That's what i said before and i really mean it...” bisik Yoongi. Tapak tangannya masih melekap di pipi Hannah manakala tapak tangannya yang satu lagi menyentuh tapak tangan Hannah.
“I love you, Hannah.” ucapnya.
Lidah Jieun kelu, tak pasti hendak menjawab apa. Dia risau yang lelaki itu cuba berlakon saja.
Dia Hannah yang berperibadian Jieun, dia tak dapat tafsir perilaku Yoongi seperti Hannah.
“Saya-”
“Annyeong? Ada orang kat atas tak?” ucap seseorang dibawah rumah pokok tersebut. Ucapan Hannah tergendala, terus fokusnya tertuju kepada gadis yang berada dibawah.
“Hai?”
“Hai...” jawab Hannah pelik. Yalah, mana tak peliknya bila hanya mereka berdua saja didalam hutan tersebut.
Tiba- tiba saja ada wanita lain yang berada disitu.
“Boleh saya cakap dengan Cik Jieun?” soal gadis itu buatkan kening Jieun makin berkerut.
“A- awak tahu siapa saya?”
“Ya. Em, boleh saya bercakap dengan awak? Em... maksud saya, opah saya. Dia nak jumpa awak. Dia nak cakap sesuatu.” kata gadis itu.
Yoongi menahan lengan Hannah bila gadis itu mahu berganjak dari posisi duduknya.
“Nak pergi mana?”
“Nak turun bawah. Jumpa dia.”
“Kalau dia jahat macam mana? Tak takut ke? Awak tu dahlah cantik.” sempat Yoongi memuji buatkan Hannah sedikit terdiam.
Lengan Yoongi dipukul sebelum dia melangkah turun ke bawah.
“Kenalkan, saya Heemin. Opah saya nak cakap sesuatu dengan awak.” ucap gadis itu sebelum menundingkan jarinya ke sebuah pokok. Disitu ada seorang wanita tua sedang duduk dibawah pokok tersebut.
Yoongi ikut sama turun dari rumah pokok, bimbang jika terjadi apa- apa pada isterinya itu.
“Eum.. annyeong?”
“Nak Jieun, nyak ku sangka ko teko posok tak diom badan nei tu. Alap kau?” soal wanita tua itu buatkan dahi Jieun berkerut seribu.
“Faham tak dia cakap apa?” soal Yoongi, Jieun menggeleng tanda tidak.
“Opah saya cakap, dia tak sangka awak boleh masuk dalam tubuh dia. Dia tanya sama ada awak okay ataupun tidak?” terang Heemin.
Jieun mengangguk kecil.
“Saya pun tak sangka saya boleh masuk dalam tubuh dia, opah. Saya baik- baik saja. Tapi saya rasa tak selesa.” luah Jieun. Yoongi yang sedang merenungnya disamping dibiarkan saja.
Tadi orang suruh percaya tak nak!
“Nginei? Amun kau jadi Hannah, sememon yang Hannah ampun, teruak tak kau. Nyak kau ingin ge eh?”
“Opah saya cakap, kenapa? Kalau awak jadi Hannah, semua yang dimiliki Hannah automatik akan jadi milik awak. Awak tak mahu?”
“Saya rasa semua ni salah. Saya rasa berdosa. Hannah dah bersuami, manakala saya bukan. Saya hanya Jieun, gadis yang tak punya apa- apa. Boleh saya tahu cara saya nak pulang semula ke badan saya?”
“Kau ngerati kok yang badanmu nyak no ruun. Amun ko tukar badan semula, ko nyak no elum. Ko matei, Hannah yang elum.”
Jieun memandang ke wajah Heemin, meminta gadis itu menterjemah ucapan wnaita tua itu kepadanya.
“Awak tahu apa yang berlaku kalau awak bertukar badan dengan Hannah semula, kan?” ucap Heemin serta merta buatkan Jieun membisu.
Gadis itu mengetap bibir, faham dengan keterangan tersebut.
“Tapi saya tetap nak kembali ke badan saya semula.”
Lengan Hannah ditarik Yoongi, buatkan dirinya tak semena- mena berhadapan dengan lelaki itu. Wajah lelaki itu serius saja.
“Kenapa nak kembali? Saya selesa dengan Hannah yang sekarang. Maksud saya, Jieun. Saya selesa dengan Jieun...”
“Saya bukan isteri awak.”
“Amun ko ingin peluak dari badan ea, ko mesti eluman hubungan ko berdua. Hubungan suami isteri, bagi keluarga Jeon ea anak.” ucap Opah buatkan Jieun dan Yoongi sama- sama terdiam.
Faham, dia faham benar dengan ucapan wanita tua itu.
“Sekarang awak dah faham kan, kenapa saya minta awak sentuh saya sebelum ni?” soal Jieun kepada Yoongi. Lelaki itu membisu.
“Saya tak nak faham. Saya tak nak terima. Saya tak akan sentuh awak kalau niat awak hanya untuk kembali.” tegas saja nada suara Yoongi sebelum dia meninggalkan Hannah disitu.
“Ela no lek jatuh cinta tak kau.” ucap Opah sebelum tersenyum.
.
Henlo, okay untuk pengetahuan anda semua, bahasa yang opah tu tuturkan ialah dialek bajau.
Ia adalah bahasa pertuturan dari bangsa bajau di Sabah.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
Fiksi PenggemarSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...