HANNAH melangkah cepat memasuki rumah usang tersebut. Fikirannya bercelaru memikirkan bahawa semua rancangannya mula hancur perlahan- lahan.
Kehadiran gadis bernama Jieun memporak- perandakan hidupnya yang sepatutnya berada dibawah kemewahan harta warisan Jeon itu.
Dia menyesal tidak menyelesaikan Jieun dari awal lagi. Sepatutnya gadis itu sudah lama mati terkubur bersama jasad adiknya didalam tanah. Sepatutnya Jieun sudah mati!
Disebabkan satu kesilapan, semua rancangannya hancur.
“Oh, Hannah Kim. Buat apa datang sini lagi?” soal seorang wanita cantik yang baru melangkah keluar dari satu ruangan dalam bilik tersebut. Hannah mengetap bibirnya.
“Aku nak kau hantar setan kau tu, hantui Jieun sampai dia mati!” ucap Hannah. Wanita itu terdiam buat seketika sebelum dia lepaskan tawa.
Tak ada yang lucu diucapan Hannah, namun hatinya bagaikan digeletek oleh sesuatu.
“Tenang. Aku tak boleh buat satu perkara dalam keadaan terburu-buru. Semuanya ambil masa yang lama dan memerlukan persediaan yang rapi.” ujar wanita itu. Kerusi dtarik sebelum punggungnya dilabuhkan diatas kerusi.
Hannah mengetap bibirnya. Sedikit geram dengan wanita itu yang seperti mahu melambat- lambatkan dirinya.
“Aku boleh bayar kau. Berapa yang kau nak? 2 juta? 3 juta?”
Wanita cantik itu melepaskan tawanya sekali lagi. Kipas cinanya dibuka sebelum wajahnya kembali berubah serius.
Hannah mendiamkan diri, menunggu respon dari wanita penyihir itu.
“Ini bukan soal bayaran, Hannah. Kau sudah minta aku hantar sihir kepada Jieun. Aku bagi, tapi macam mana kalau aku kata yang sihirnya gagal?”
“What?! Macam mana boleh gagal? Kau wanita penyihir yang paling handal pernah aku kenal. Kau masukkan roh Jieun kedalam tubuh aku dan sebagai gantinya roh adik lelakinya, Park Jihoon kau ambil.”
“Kau tak pernah lakukan kesilapan lagi. Kau kembalikan roh aku ke tubuh aku semula. Semuanya berjalan dengan teratur. Tapi sekarang, kau cuba cakap yang sihir mudah kau tu gagal?” soal Hannah agak emosi. Meja diruangan tersebut ditepuknya geram.
Wanita itu cuma tersenyum sinis. Dia sudah tahu lama, Hannah bukan gadis yang mudah menyerah. Hannah agak tamak dalam soal harta hingga sanggup menggunakan nyawa orang untuk mendapatkan segalanya.
“Hannah, kau dah lupa syarat sihir aku?”
“M-mwo? Syarat apa? Aku dah berikan kau semua yang kau nak. A- aku ada langgar apa- apa syarat ke?” soal Hannah. Jantungnya berdegup kencang mendengarkan ucapan wanita itu.
Entah kenapa perasaan takut mulai menguasai dirinya bila matanya menangkap sengihan kecil yang terbit di bibir wanita itu.
“Bukankah sudah aku katakan kepada kau yang sihir yang gagal akan kembali kepada tuannya?” ucap wanita cantik itu. Hannah tersentak hingga dia terundur beberapa tapak kebelakang.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanfictionSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...