Bab 46🍁

1.1K 292 50
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



PAGI itu Jieun terbangun agak awal kerana lenanya terganggu dengan bunyi- bunyian yang membingitkan telinga. Mata yang masih lagi layu dia cuba untuk besarkan.

Jieun gagahkan diri untuk bangun dari tidurnya, langsir tingkap masih lagi tertutup, namun lampu di wadnya sudah menyala.

Adakah dia terlupa untuk mematikan lampu semalam?

Tidak juga.

Jieun cuma berfikir positif, mungkin ada nurse yang menghidupkan lampu di wadnya semalam.

“Heum...”

Kreak!

Pintu wad dibuka, kemudian seorang lelaki berpakaian doktor masuk kedalam wad Jieun. Mereka berpandangan seketika. Wajah yang agak familliar di mata Jieun.

“Se- Seokjin?” ucapnya teragak- agak.

Lelaki itu menurunkan mask mukanya sebelum tersenyum kecil.

“Macam mana boleh kenal saya?” soal lelaki itu seraya merapatkan dirinya dengan Jieun kemudian berhenti betul- betul dihadapan gadis itu.

“Err... awak tak kenal saya? Awak percaya tak kalau kita pernah kenal sebelum ni? Tapi saya bukan perempuan yang awak nampak sekarang.” ucap Jieun, sedikit teruja untuk menceritakan semuanya kepada lelaki itu.

Yalah, kalau nak cerita dekat Yoongi, memang dia kena cop gila.

“Saya kesini nak tolong Doktor Hwang check keadaan awak, but i'm free if you wanna share something.” ucap Doktor Seokjin diselangi dengan senyuman yang tersemat penuh makna.

“Tak apa ke?” soal Jieun dengan polosnya.

“Em..”

“Roh saya pernah masuk kedalam tubuh Hannah. Em, Hannah isteri kawan awak, Min Yoongi tu. Saya fikir saya tak boleh kembali ke badan saya semula, tapi dua minggu selepas tu. Hannah kembali ke badan dia, saya pun sama.” ucap Jieun bersungguh- sungguh.

Lelaki itu mendiamkan diri saja. Namun matanya langsung tak dilarikan dari memandang segenap wajah polos Park Jieun.

Gadis itu tak tahu bahawa ajalnya bakal tiba beberapa saat saja lagi.

“Saya gembira jumpa awak kat sini.”

“Eum... jadi kiranya awak dah berjaya buat Yoongi jatuh cinta pada Hannah yang berpersonalitikan awak.” ucap Seokjin dengan nada rendah. Sengaja mahu melihatkan yang dia tertarik dengan cerita gadis itu.

“Ya, kiranya macam tulah.”

“Awak tak ada perasaan dekat Yoongi?” soal Seokjin buatkan Jieun terjeda seketika.

“Tak mustahil awak tak ada perasaan cinta dengan Yoongi, kan?” provok Seokjin seraya tersengih kecil melihat Jieun yang tertunduk. Dia tahu Jieun sedang keliru dengan perasaannya.

Mustahil dia tak mempunyai perasaan cinta terhadap Yoongi? Namun apa yang boleh dia lakukan? Dia hanyalah 'orang asing' bagi Yoongi.

“Mustahil tak ada, kan?” jawab Jieun seraya ketawa kecil. Ketika dia mendongakkan wajahnya, Seokjin sudah berdiri dihadapannya.

Di tangan kirinya ada sebuah pisau kecil yang ditundingkan kearah Jieun.

And that's why i have kill you.

“Ta- tapi kenapa? Saya kenal Seokjin dan Seokjin seorang lelaki yang baik!” ujar Jieun bila kedua pergelangan tangannya dicengkam oleh lelaki itu. Pisau sudah dihunus dileher Jieun.

You don't know me well...” bisik Seokjin. Jieun meronta- ronta sebelum mendapat idea lalu dia menendang tubuh Seokjin hingga lelaki itu jatuh diatas lantai.

“S- saya tak sangka awak lelaki yang bertopengkan syaitan!” jerit Jieun, dia berlari keluar dari wad tersebut. Tepat ketika Yoongi sedang melalui koridor tersebut.

Tubuh Yoongi dipeluk erat, air matanya tumpah didada lelaki itu. Dia tak peduli berapa banyak mata yang melihatnya sekarang. Dia cuma merasakan yang dirinya selamat didalam pelukan Yoongi.

Lelaki yang menganggapnya orang asing itu.

“Apa ni?” terdengar suara dingin Yoongi menyoal sebelum dia menolak perlahan tubuh Jieun agar menjauh darinya, namun Yoongi sedikit tersentak bila melihat Jieun yang sedang menangis.

“Kenapa?” soal Yoongi lembut, kedua bahu Jieun disentuhnya. Gadis itu tidak menjawab, namun wajahnya dipalingkan kearah Seokjin yang baru melangkah keluar dari wad miliknya itu.

“D- dia lelaki jahat.” ucap Jieun.

Bila tangisnya sudah reda, tangan Yoongi yang berada dibahunya dilepaskan perlahan. Air matanya dikesat menggunakan jari.

“Dah okay sekarang?”

Jieun mengangguk kecil.

“Kenapa tadi?”

Jieun terdiam. Tak berani untuk menggungkap kebenaran namun yang pastinya dia takkan selamat jika berada di hospital itu.

“Saya nak discharge!”

Dahi Yoongi berkerut kecil.

“Luka awak belum sembuh. 2 minggu lagi baru awak boleh keluar dari hospital ni” ujar Yoongi lalu melangkah menjauhi Jieun.

“Tapi saya dah sembuh.”

“Masuk wad sekarang.”

“Tak nak!” ujar Jieun walaupun dia kelihatan sedikit terdesak, namun dia tak mahu berpisah dari lelaki itu.

“Dah tu nak apa?”

Jieun mengetap bibirnya. Mata dingin Yoongi yang merenungnya itu buatkan dirinya berasa gemuruh.

“Bo- boleh tak kalau awak jangan tinggalkan saya?”

Nae?

.

Nah double update❤❤

[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now