Bab 39🍁

1.3K 308 59
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .


Yoongi duduk termenung didalam bilik kerjanya, hari ini tidak terasa seperti hari-harinya yang lain.

Hujung bibirnya ternaik mengukir senyum kecil bila wajah Hannah terlintas di fikirannya.

Tetikus yang berada diatas meja digerakkannya perlahan. Mencari- cari fail berisi maklumat untuk sesuatu penyakit.

“Haih, senangnya dalam hati...” nyanyi Yoongi perlahan sebelum tersengih- sengih seperti orang angau.

Kalau orang lain tengok, mesti kena cop gila. Doktor Min Yoongi dah gila disebabkan isteri sendiri!

“Yoongi?”

“Uhuk huk! A- apa?” soal Yoongi bila Hannah sudah berada disisinya tanpa dirinya sedari. Yoongi terbatuk kecil, palsu. Sengaja mahu menutup 'keangauan' dia tadi.

“Awak nak makan apa hari ni? Nak sesuatu yang berkuah ke... makan sesuatu yang bergoreng atau steam?” soal Hannah dengan senyuman kecil.

Yoongi terjeda seketika, dia perhatikan tubuh Hannah yang sedang mengenakan apron itu. Perkara yang agak rare bagi dia.

Yalah, Hannah yang dia kenal dulu bukanlah Hannah yang familiar dengan perkataan 'dapur'.

Hannah yang dulu lebih kepada seorang gadis yang agak liar dan pemabuk.

Syukurlah Tuhan menggantikan Hannah dengan Hannah yang bari untuk dirinya. Hannah yang dapat menjaga dia seumur hidup.

Bukan dia menyukai Hannah yang dahulu. Sikapnya yang agak arrogant itu buatkan sesiapa sahaja membencinya.

Termasuklah dirinya...

“Yoongi!”

Kening Yoongi terjongket satu, sedikit tersentak dengan panggilan gadis itu. Namun dia tetap kekalkan wajah cool dihadapan Hannah.

“Saya tanya awak ni, awak nak nak makan apa hari ini?” soal Hannah lagi, kedua keningnya terjongket kerana menanti respon dari lelaki itu.

Namun Yoongi diam saja. Perlahan- lahan tapak tangannya mencapai tapak tangan Hannah lalu mengenggamnya.

“Mian... untuk hal yang lalu.”

“Mian sebab layan kau teruk...”

“Mian... sebab tak bimbing kau jadi isteri yang baik dulu...”

Yoongi terjeda lagi. Bibirnya menggeletar, emosinya bercampur-baur. Entah kenapa, segala memorinya bersama Jeon Hannah yang sebenar kembali berputar di fikirannya.

Dia layan Hannah teruk.

Dia kerjakan Hannah hingga gadis itu nyawa- nyawa ikan.

Dia dayus.

Dia lelaki dayus.

Saya minta maaf Yo- Yoongi...

Ampunkan saya...

Kasihani saya...

Sa- saya sakit...

“Hey...” Hannah mendongakkan wajah Yoongi agar menghadapnya. Bibir gadis itu mengukir senyum manis.

“Saya yakin Puan Hannah maafkan awak.”

“Geure..?”

“Mestilah! Puan Hannah orangnya baik tau!” ucap Hannah dengan senyuman. Gundah didalam hati Yoongi pudar perlahan- lahan.

Gomawo...” bisik Yoongi. Tubuh Hannah ditarik perlahan agar rapat dengannya.

“Kalau Yoongi nak makan Hannah boleh?”

“Hish tak habis habis!” ucap Hannah seraya menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Merah mukanya. Yoongi cuma ketawa saja.

Drt drt!

Senyuman Yoongi mula pudar bila nama pemanggil tertera di skrin telefon pintarnya. Dia mencuri pandang kearah Hannah, mahu melihat reaksi gadis itu.

“Eum... tak nak jawab?”

“Sayang tak marah?”

Hannah menggeleng kecil.

“Saya tahu Minju salah satu nurse dalam hospital awak bekerja, Minju juga... pernah berada didalam hati awak. Tapi kalau itu atas alasan kerja, saya tak marah. Kalau perkara lain...”

“Saya ada hak untuk pertahankan awak.” ucap Hannah. Yoongi cuma mengangguk faham, tapak tangan Hannah yang masih dipegangnya ditarik lalu dicium.

Thank you, sayang.”

Hannah tersenyum. Hambar.

Saat Yoongi menggesel butang hijau dan melekapkan phone ke telinganya, hati Hannah sudah terasa lain macam.

Tapak tangannya dilepaskan perlahan-lahan oleh lelaki itu. Wajah Yoongi berubah serius serta- merta.

Senyuman Hannah memudar.

Tapi... Minju pernah berada didalam hati awak. Bahkan menjadi tunang awak.

Boleh ke saya percayakan awak?” bisik Hannah didalam hati.

“Awak dimana? Hantar alamat dekat saya sekarang!” ucap Yoongi seraya bangun dari duduknya.

“Yoongi...”

Yoongi berhenti melangkah.

“Awak masih cintakan Minju, kan?” soal Hannah seraya menggigit bawah bibirnya. Soalan yang begitu berat untuk bibirnya menyoal namun dia tetap kuatkan untuk mendapat kebenaran yang sebenar.

“Ini bukan waktu yang tepat untuk soal benda macam ni.” jawab Yoongi.

“Kalau awak keluar dari rumah ni...”

“Jangan panggil saya sayang lagi.”

Yoongi membisu. Dia menarik nafas sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut tanpa menghiraukan perasaan Hannah lagi.

“Fool..”

Jieun kau bodoh ke? Tak kira betapa gigihnya kau berusaha untuk tarik perhatian dia...

Yoongi akan tetap pilih Minju.

.

Ugh!

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now