Epilogué

1K 213 56
                                    

2 minggu selepas itu,



Jieun merenung wajahnya yang sudah disolek dengan solekan tipis di cermin meja solek. Bibirnya menguntum senyum kecil.

Tak sangka, secepat itu hubungan biasa dia dengan Min Yoongi berakhir menjadi luar biasa apabila dia dan Yoongi memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Beberapa minit lagi dirinya akan sah menjadi isteri kepada lelaki itu. Hatinya berdebar tak tenteram, semalaman dia tak boleh tidur memikirkan hari perkahwinannya dilangsungkan hari ini.

Entahlah, semuanya terasa seperti mimpi. Yalah, bertunang dengan orang lain tapi berkahwin dengan orang lain. Benarlah orang kata, jodoh itu tiada siapa yang tahu melainkan yang diatas.

KLEK!

Fiwit!” Bora bersiul lagak seperti perempuan nakal nak mengorat. Bila Jieun hadiahkan jelingan kecil, Bora ketawa kecil. Dia menghampiri Jieun, bahu gadis itu ditepuknya perlahan.

“Nak kawen dah kawan aku ni! Huwaaaa lawalah kau ni. Aums!Tak sangka kau berjodoh dengan duda tu. Tip top, jadi isteri Doktor Min, doktor yang rawat kau dekat Hospital dulu. Omo!” Bora menekup mulutnya, bila dia teringat sesuatu.

“Kenapa?”

“Dia duda, kan? Weh hshshshs makin aumslah!” ucap Bora buatkan Jieun menepuk bahu gadis itu. Bora kau jangan buat aku malu tolonglah! Nasiblah mak andam dah keluar tadi.

Bora mengesat air matanya yang tiba- tiba saja mengalir keluar apabila terlalu asyik ketawakan Jieun.

“Tinggal aku jelah ni yang single.” bibir Bora pout. Giliran Jieun pula yang tertawa.

“Alololololo, nanti aku carikan kau juga eh? Nak suami doktor juga, kan?” dagu Bora diangkat lalu dielus perlahan, sempat lagi Bora memuncungkan bibir sebelum mereka kembali ketawa bersama.

“Dahlah jom. Bakal suami kau dah menunggu dekat bawah tu.” Bora mengangkat punggung, sejambak bunga rose putih yang diletakkan diatas katil itu dicapai sebelum dia membantu Jieun untuk berdiri. Gaun labuh panjang milik gadis itu dipegang agak tak terpijak.

Jieun melangkah keluar dari biliknya, sempat dia terpandangkan satu asap hitam yang sedang berdiri di hujung koridor sebelum hilang ketika dia mengelipkan mata.

Gadis itu mengetap bibir. Dia memohon agar majlis kahwinnya dipermudahkan hari ini tanpa adanya sebarang gangguan.

Cukuplah apa yang dia lalui untuk beberapa hari sebelum dia melangsungkan perkahwinan, dia tak mahu terus dibelengu rasa takut.

“Oit! Kau okay tak?” soalan dari Bora menyentakkan Jieun dari lamunan. Dia memberikan anggukan kecil sebagai jawapan. Sampai saja dihadapan dewan kahwin, Jieun menarik nafas lalu menghembusnya bertujuan untuk menenangkan diri.

Sejambak bunga rose putih dihulurkan Bora kepada Jieun. Bahu Jieun ditepuk sebelum dia berikan thumbs up kepada gadis itu. Senyuman bertukar senyuman, Bora melangkah ke sisi saat pintu dewan utama terbuka dan emcee mempersilahkan Jieun untuk masuk.

Perlahan- lahan Jieun melangkah masuk kedalam dewan kahwin. Dia berjalan diatas karpet merah dengan jantung yang berdebar kerana dia nervous. Min Yoongi yang sedang berada diatas altar tersenyum lebar.

Hatinya menjerit gembira melihat Jieun yang terlihat begitu cantik dengan gaun pengantin pilihannya.

Yoongi menghulurkan lengannya untuk Jieun dan gadis itu menyambutnya tanpa berlengah. Jantung kedua- duanya terasa bagai hendak tercabut saja ketika masing- masing berada dihadapan paderi. Tinggal menunggu masa untuk disatukan sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now