. . .
“AWAK tahu tak awak dah berikan harapan palsu pada saya.
Saya tahu saya bodoh sebab jatuh cinta dekat lelaki macam awak, tapi tak boleh ke kalau awak tunjukkan yang awak sayangkan saya walaupun sekecil ni?”
Hannah menunjukkan jarinya yang menunjukkan lambang secubit kepada gambar Yoongi yang terpampang di skrin telefonnya.
Air matanya kembali mengalir, bibirnya muncung persis seperti kanak- kanak yang kehilangan ibu di shopping mall.
“Hiks...”
“Apalah yang ada dekat Minju tu sampai awak tak nak cuba cintakan saya langsung?” soal Hannah lagi.
“Saya pun cantiklah Yoongi!”
“Saya pun pandi masak!”
“Tapi itulah... saya tak pandai dalam bab goda menggoda ni. Hurm...”
Hannah mengesat air matanya, sudu dicapai lalu dia menyudu aiskrim yang mula cair didalam kontena kerana telah lama dibiarkan diluar freezer.
Inilah rutin Jieun kalau dia dah sedih, tak kiralah sebesar manapun kesedihan dia. Dia lebih memilih untuk menjamah makanan manis berbanding alkohol.
“Alkohol tak baik untuk kesihatan.” itu pesan Taehyung ketika dia masih lagi bersama dengan lelaki itu dulu. Bibir Hannah menjadi muncung bila teringat si bekas kekasih yang kini menjadi suami orang itu.
“Saya dah mula sayangkan awak...”
“Tapi bila awak buat macam ni kan, saya dah mula bencikan awak! Sekarang pergilah dating jauh- jauh dengan Minju kesayangan awak tu!”
Wajah si lelaki beku yang terpapar dalam skrin telefonnya itu ditekan- tekannya geram.
“Argh aiskrim tumpah!”
Min Yoongi cuma memandang kelibat isterinya yang sedang bersedih itu dari tangga. Dalam hatinya sudah penuh dengan rasa bersalah, namun ego lelakinya masih begitu tinggi untuk tunduk kepada Hannah.
Dia akui dia lelaki yang bodoh.
Bodoh sebab tak cintakan isteri sendiri?
Langkah kaki dibawa menuruni anak tangga, bila dirinya betul- betul berada dihadapan Hannah untuk menegur gadis itu, lidahnya menjadi kelu sebaik dia bertentang mata dengan mata bening gadis itu.
“Ha- Hannah...”
“Siapa awak? Saya tak kenal.”
Sekali lagi Yoongi tersentak. Ucapan Hannah itu buatkan dia tercabar sedikit.
“Aku tak pernah minta kau untuk jatuh cinta pada aku. Now, bila kau dah mula kemaruk cinta dekat aku, kau salah aku pula?”
“Oh ya? Kenapa buat apa lagi awak simpan saya? Kenapa awak tak nak ucapkan je perkataan 'aku ceraikan kau' bila saya minta awak ceraikan saya?”
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
Fiksi PenggemarSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...