JIEUN melirik ke arah jam bulat besar yang melekat didinding, waktu sudah pun masuk jam 10 pagi, namun tak ada tanda- tanda Yoongi akan datang menemuinya sama sekali.
Pintu wad miliknya direnung seketika sebelum pandangannya kini teralih ke pada beg berisi pakaiannya.
Jieun melepaskan keluhan kecil, mungkin lelaki itu masih lagi mahu berkabung atas pemergian Puan Hannah. Mungkin Yoongi masih perlukan waktu untuk terima semua yang berlaku.
Walaupun Hannah bertindak kejam atas diri mereka berdua, gadis itu masih lagi memegang status isteri sah kepada lelaki itu. Jadi wajar, lelaki itu berasa sedih atas kehilangan Hannah.
KLEK!
Bunyi pintu bilik ditolak membuatkan Jieun serta merta mendongakkan wajahnya. Lain yang diharapkan datang, lain pula yang datang.
“Jieun!! Ya tuhan, weh kau masih hidup? Huwaaa aku baru dapat call dari Hospital weh!!” suara Bora, merangkap kepada kawan baik Jieun itu bingit memenuhi ruang bilik tersebut. Bora meluru memeluk tubuh Jieun.
“Kau okay tak? Masih sakit ke? Weh aku rindu kau! Rindu sangat- sangat!!!” ucap Bora dengan mata yang mulai berkaca- kaca.
Bora adalah orang yang paling sedih ketika mendapat tahu bahawa sahabat baiknya, Park Jieun disahkan meninggal dunia tempoh hari. Sampai berhingus dia jadinya.
Dan sekarang, bila pihak hospital menelefonnya dan mengatakan bahawa Park Jieun masih hidup, gembira bukan kepalang dia sampai terjerit di corong telefon kerana tak percaya.
“Alololo, aku okaylah. Park Jieun kawan kau ni kan seterong orangnya?” ucap Jieun, bahu Bora ditepuk- tepuknya. Bora memuncungkan bibirnya, tubuh Jieun kembali dipeluknya.
“Huwaaaaa kau tahu tak aku sunyi tanpa kau! Hari- hari aku pergi kedai bunga kau dengan harapan semua yang berlaku ni mimpi!
Aku jumpa bekas tunang kau dengan isteri dia je weh! Geram aku jadinya. Huwaaaa.” Bora mengadu lagi.
Jieun mendiamkan diri, sebut saja bekas tunang mengingatkan dia kenapa Taehyung. Heum, dah beristeri dah pun lelaki itu. Apalah agaknya reaksi dia kalau dia dapat tahu yang Jieun ni masih hidup.
“Aku rasa Taehyung tu mesti menyesal kahwin awal.”
“Alah biarlah dia. Dah dia tak berjodoh dengan aku, apa aku boleh buat? Dah tolong aku kemas barang ni. Nak balik! Rindu bilik!” Jieun memasukkan pakaiannya kedalam beg pakaian.
Tepat saat itu pintu wad ditolak dan kali ini Yoongi berdiri dihadapan pintu, sedikit bingung.
“Jieun?”
“Eo? Yoongi!” sapa Jieun.
“Nak pergi mana?” soal Yoongi dengan dahi berkerut. Matanya melirik kearah beg pakaian Jieun yang sedia diangkat turun itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
Fiksi PenggemarSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...