JIUEN mengiringkan tubuhnya ke samping, fikirannya bercelaru. Kejadian pagi tadi membuatkan dia berasa dirinya akan mati pada bila- bila masa saja.
Syarat wanita itu...
Patutkah dia turuti?
Berada dekat dengan Yoongi sepanjang masa memang menempah nahas bagi dirinya. Dia cuma takut untuk menyatakan hasratnya kepada Yoongi.
Lebih- lebih lagi bila lelaki itu tak menyukai kehadirannya sama sekali. Yoongi, kalau hatinya sudah jatuh kepada yang satu itu. Mustahil dia dapat pikat lelaki itu lagi.
Huh. Jieun mengeluh perlahan.
“Apa patut kau buat ni, Jieun?” soalnya pada dirinya sendiri.
Walaupun dia tahu yang dia takkan mendapat jawapan dengan cara itu, tapi dia masih meneruskannya agar hatinya yang gundah menjadi tenang.
“Huh...”
Perlahan- lahan air mata jatuh membasahi pipinya. Bila sudah tak mampu menghadapi dugaan, air mata akan menjadi saksi segala keperitan.
“Cik Jieun?” panggil seseorang namun Jieun tidak memberi sebarang respon. Dia hanya diam.
Dia tahu itu Yoongi.
Dia tahu lelaki itu datang untuk meminta maaf atas kesalahannya tadi. Tapi hatinya sudah tawar untuk menghadapi lelaki itu. Dia cuma tak mahu menangis seperti orang bodoh dihadapan Yoongi.
Dia tak mahu menatap mata lelaki itu kerana dia takut yang dia akan jatuh cinta lebih dalam lagi terhadap lelaki itu.
“Cik Jieun.” pangilnya lagi diselangi dengan keluhan kecil. Mata Yoongi menatap belakang tubuh Jieun yang sedang baring membelakanginya itu.
“I wanna talk to you. Pasal tadi.”
“Aku tahu ucapan aku agak kasar. Aku akuinya dan aku minta maaf selaku doktor dalam hospital ni.” ucap Yoongi.
Lelaki itu memberikan pandangan agak jengkel bila dia tak mendapat sebarang respon dari gadis itu.
“Jieun-”
“Saya nak tanya awak satu soalan...” soal Jieun seraya bangkit dari pembaringannya. Matanya redup memandang anak mata Yoongi.
Jantungnya kembali berdebar. Jieun mengetap bibirnya, sedikit tersentak dengan panahan mata dingin lelaki itu.
“Apa?”
“Awak tak kenal saya? Sa- saya Park Jieun. Roh gadis yang pernah masuk kedalam badan isteri awak, Jeon Hannah.” ucap Jieun seraya menggigit bawah bibirnya.
Dahi Yoongi berkerut, mungkin dia sedang cuba untuk mencerna kata- kata dari Jieun tadi. Beberapa detik kemudian lelaki itu ketawa kecil namun kedengaran agak sinis.
“Kau fikir aku akan percaya benda karut macam ni ke? Isteri aku elok je duduk dalam rumah. She can't be you and you can't never be her-”
“Awak pernah bawa saya ke rumah pokok waktu kita bertengkar dulu.”
Jieun mengepal tapak tangannya bila Yoongi memasang wajah tak percaya. Dia berharap benar lelaki itu mempercayainya, walaupun sedikit.
“Awak pecat semua pembantu rumah dalam rumah tu semata- mata nak... nak saya jadi isteri mithali awak.” ucap Jieun lagi.
“ 'Saya Park Jieun dan saya hanya seorang gadis penjual bunga dari Gangnam.' Awak pernah dengar ayat ni.”
Yoongi menggeleng kecil. Walaupun semua kata- kata gadis itu benar belaka, tapi dia tak mahu mempercayainya.
Dia tahu Hannah tak akan berubah.
“I didn't come here just to get troll by you-”
“Kalau awak tinggalkan saya, jangan panggil saya sayang lagi.”
Yoongi tersentak. Ayat itu...
Ayat yang pernah Hannah unggapkan ketika dia lebih memilih Minju dari Hannah. Bagaimana? Bagaimana gadis yang baru bangun dari koma itu tahu segalanya?
“Awak tahu apa yang berlaku selepas saya ucap perkataan tu? Awak tetap pergi tinggalkan saya dan pilih Minju. A- awak patahkan hati saya... bukan sekali. Bahkan berkali- kali.”
“Stop! A- aku tak nak dengar penipuan dari kau lagi. Kau bukan Hannah! Kau hanya perempuan jalanan yang mengaku pernah jadi isteri aku. Perempuan gila!” jerkah Yoongi sebelum melangkah keluar dari wad tersebut.
Jieun menangis teresak- esak. Sakit dihatinya semakin berganda- ganda.
Jantungnya bagaikan direntap.
Min Yoongi, please don't leave me...
.
Heol.
[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓
FanficSeason 1 : Dihidupkan semula didalam tubuh wanita yang mempunyai kehidupan lebih mewah dari dirinya buatkan kehidupan Jieun berubah seratus peratus. Lebih- lebih lagi bila wanita itu sudah mempunyai seorang suami, Min Yoongi namanya. Si lelaki beku...