Dia memang bukan lelaki yang romantik seperti Romeo. Dia kasar dan pandangannya matanya juga dingin sedingin ais batu. Itulah dia Eshan Hadid. Namun, setelah pertemuannya dengan Sara selepas mereka bertemu dalam dua tragedi membuatkan pandangan Eshan yang dingin bertukar kepada pandangan yang redup. Sikap kasarnya juga berubah menjadi lebih sopan apabila dia berdepan dengan Sara. Sara pula yang mengamalkan prinsip 'independent woman' sangat berhati-hati dengan setiap lelaki. Tidak terdetik untuk dia menjadi seorang isteri dalam masa terdekat, apatah lagi dia hanya berazam untuk membawa pulang segulung ijazah ke kampung untuk menutup mulut jahat orang kampung terhadapnya. "Kalau dah tak sayang nyawa sendiri, pergilah bunuh diri dekat tempat lain. Jangan libatkan orang lain. Nanti tak pasal-pasal bukannya kau yang mati, tapi orang lain yang mati hanya disebabkan nak mengelak kau. Fikir pakai otaklah." - Eshan Hadid "Bila saya melintas, awak tiba-tiba muncul. Kawasan kampus macam ni pun nak bawa laju ke? Dah tak tahan nak tercirit ke? Saya rasa, awak yang perlu berfikir pakai otak!" - Sara Khadija Perang dingin berubah menjadi sebuah taman yang berbunga selepas Eshan dan Sara bekerjasama dalam satu kumpulan yang sama untuk projek khas peperiksaan akhir mereka. Demi markah yang tinggi, mereka bekersama dan akhirnya perasaan suka dan sayang mula tumbuh di dalam hati. "Awak dah gila ke, Eshan? Kalau kita balik ke kampung saya sebagai suami isteri, kemarahan ayah dan abang saya makin menggunung. Silap-silap, saya boleh kena halau terus!" - Sara Khadija "Jangan risau, sayangku. Abang tak akan tinggalkan isteri abang walau apa pun yang terjadi. Dan, abang juga akan pastikan Sara tetap ada di sisi abang. Selamanya.." - Eshan Hadid