RAQIB ISA | LILY HANA "Terima kasih." ㅡ Raqib Isa "Untuk apa? Bukan saya yang jumpa barang awak tu pun. Kucing saya yang curi, tahu?" ㅡ Lily Hana Raqib dan Lily. Mereka berjumpa dan berkenalan buat kali pertama semasa Tabby, si bulus kesayangan Lily mencuri sesuatu milik Raqib untuk diberikan kepada si tuan. Dan detik itu menjadi detik yang paling memalukan dalam hidup Raqib dan Lily. Namun, mereka tidak boleh mengelak daripada bertembung dan berjumpa kerana mereka hidup berjiran! Apatah lagi, 'kapal' mereka sudah selamat berlayar dengan ibu Raqib sebagai nakhodanya. "Aku dah cakap yang dia bukan awek abang Is, tapi kau orang tak percaya." ㅡ Najwa "Bukan tak nak percaya, tapi dia orang pakai baju sama kut! Orang yang dah couple aje buat macam tu." ㅡ Hadi "Hadi betul. Kau ada nampak tak abang Is buat macam tu dengan kak Hanis? Tak ada, kan? Dengan kak Lily aje abang Is matching-matching." ㅡ Puteri Bagaimana pula jika 'badai' yang telah berlalu kembali melanda mereka untuk kali kedua? Masih teguhkah kapal itu untuk terus berlayar? Atau yang sebaliknya akan berlaku? 🖇️ neighbors to lovers trope 💌 fluffy romance 🎀 embarrassing meet cute 🍭 heroin baker x hero pilot