Part 5

45 12 0
                                    

"Hello sya, kau ada idea tak nak bagi hadiah apa dekat syahirah?" Soal Udai dicorong telefon. Dia tidak tahu apa yang ingin diberikan. Sebolehnya tak nak laa sesuatu yang cliche.

"Hmm, klu gelas macam cliche kan, aku tahu sangat laa kau ni, tak suka mende mende cliche ni. Tah, aku pun tak tahu. Beli je laa apa apa pun, ni mak aku dah sampai ni, ermm , udai..."

"Apa?" Soal udai apabila anisha berhenti sejenak.

"Hati-hati" serentak itu telefon terus dimatikan.

"Hati-hati? Apasal minah ni suruh aku hati-hati pula? Arh lantak laa karang lambat pula sampai." Dia mengambil keputusan untuk tidak memikirkannya.

Langkahnya mula terhenti apabila ternampak satu set gelas kaca yang sangat cantik ukirannya. Lantaklah, cliche pon cliche laa, asalkan cantik. Tangannya lantas ingin mencapai gelas itu.

Pap!

"Sorry, I ambik dulu" ujar zhafran. Matanya mengalih kearah perempuan di hadapannya.

"Tapi saya yang nampak dulu, dari jauh saya dah chop dah. Encik, banyak lagi kan yang lain" desak Udai. Dia bukan taknak gelas lain tapi yang tu je cantik. Yang lain langsung tak menarik perhatiannya.

"Dah tahu banyak lagi yang kau nak rebut dengan aku kenapa? Dah terang lagi bersuluh yang aku dulu sambar gelas ni," ujar Zhafran geram. Kakinya mula melangkah kearah kaunter.

'Huh! Ni Udai laa, tak pernah kalah.' Kakinya pantas membuntuti langkah lelaki tadi.

"Encik, tolong laa, saya nak gelas kaca tu, saya rela bayar dua kali ganda"

"Yang kau nak sangat gelas ni kenapa? Aku tak hadap laa duit kau tu!" Tengking Zhafran geram apabila langkahnya disekat oleh minah gila otak senteng depan dia ni. Harap muka je cantik! 'Eh aku puji dia ke'

Udai mula rimas apabila dia dipandang lama oleh lelaki didepannya. 'Huh, nampak sangat jenis lelaki yang tak boleh tengok orang cantik, tambah lagi aku yang takde orang boleh lawan. Dia mula tersenyum. Mata dikerdipkan sengaja ingin mencairkan lelaki di depannya.

"Eh kau ingat kau cantik ke? Sorry, perempuan memang sama, harap je pakai tudung, kalau sudah miang tu miang je la, tak kira mak orang ke apa ke?" Bebel Zhafran.

"Aik, apa kaitan dengan mak orang sekarang ni, kenapa mak Encik macam tu ke," ujar Udai berani. Cakap muka dia tak cantik sangat kan.

"KAU DIAM!!" tengking zhafran kuat. Dia sangat sensitif dalam soal itu. Dia langsung tidak menghiraukan orang yang lalu lalang disitu.

Udai tersentak. Rasa nak menangis pon ada . Mana dia nak sorok muka cantik dia ni.

"Hey, dengan perempuan pun nak berkasar ke?" Soal satu suara.

Udai dan zhafran berpaling serentak. Bulat mata Udai melihat jejaka itu.

"Arsyad!! " nama itu keluar dari bibir Udai. "Kau buat apa kat sini. Bukan kau patut jemput  mama kau ke?"

"Alaaa, I ikut you laa. Kalau mama, adik I ada. Btw, ni sapa? Boyfriend baru eh? Bukan you tak boleh move on lagi dengan saya ke" Soal Arsyad.

'Dia cakap aku tak boleh move on dengan dia? Perasannya mamat ni,'dengus udai dalam hati. Mulutnya baru ingin membuka mulut ingin mengatakan bahawa dia dengan mamat panas baran ini sememangnya mempunyai  hubungan istimewa,namun  otaknya pantas menegah. Huh cliche. Tak payah la.

"Bagus laa kalau you tahu dia tak boleh move on lagi dengan kau, kau ambik laa minah ni, dari tadi kacau hidup aku. Aku tak hingin pon laa dekat girlfriend you ni" gertak Zhafran. Memang sesuai laa, boyfriend cemburu tak bertempat, girlfriend pula gila.

Misteri CintaWhere stories live. Discover now