Udai sampai pada kediaman orang tua Syahirah tepat pukul 10.30. Target dia nak sampai setengah jam lagi awal, tapi setengah jam terlewat pula. Ini semua disebabkan mamat ais dengan mayat hidup tu.
Kakinya mula melangkah turun dari kereta mewah miliknya itu. Dia tiba tiba terpandang rumah usang dihadapan rumah Syahirah. Dia memegang kepala yang mula terasa pening. Rasa ingin pitam pun ada. Mual-mual, loya semua datang. Dia mengagahkan kakinya untuk melangkah kerumah usang itu. Entah mengapa hatinya terdetik seperti ada sesuatu dengan rumah ini.
"Udai ke tu?"
Kaki Udai berhenti melangkah. Dia berpaling. Seulas senyuman akward dilemparkan ke arah syahirah. Mungkin disebabkan lama tidak berjumpa.
"Eh udai, tak sangka kau sudi datang, anisha mana?" Soal Syahirah. Dia juga cuba untuk menyesuaikan dirinya. Dadanya berdebar kuat. Mana tak takutnya orang yang diminati dan disegani ramai muncul dihadapannya sekarang.
"Dah lama aku tak jumpa kau, kau dah kurus eh,Anisha tak dapat datang. Dia suruh aku kirim salam dekat kau"tegur udai. Dia langsung tidak dapat menafikan bahawa perempuan di hadapannya memang sudah kurus.
"Hahah, biasa biasa je. Jemput laa masuk. Sebenarnya orang kat kampung ni tak ramai sangat, jadi aku nak minta tolong kau sikit boleh? Sebab tu aku suruh kau datang awal," syahirah tersengih.
"Eh, apa salahnya, takkan aku datang nak makan je kan,"
"Udai, cantik laa kau pakai tudung" puji Syahirah.
"Eh,eh bakal pengantin ni, jangan la puji macam tu malu kita" Syahirah, syahirah... kalau kau tak cakap pun aku dah tahu...
Tiba tiba dia ternampak sebuah kereta yang begitu familiar baginya tersadai elok . Dia segera mencari kesan calar di bahagian 'punggung' kereta tersebut. SAH! Memang kereta mamat ais tu!
"Mmmm, Syahirah.. ni kereta siapa? Abang kau eh?" Soal Syahirah sedikit gugup.
"Eh, tak laa. Ni kawan abang aku. Kenapa?"
"Takde pape, jom masuk. Mana mak kau?"
"Mak, ni Satu satunya kawan irah yang dpt datang tu,"
"Ouh, ni la... apa nama tu.. walimah? Deymah? Walimatul urus? Eh bukan.. apa nama eh? Makcik dah lupa" Puan Rogayah melayan mesra.
"Udaimutunnur Raisya Rihanna" udai bertutur sopan. Rasa meluat dengan diri sendiri pon ada akibat terlalu sopan.
"Sorry laa makcik tak ingat, panjang sangat nama budak budak sekarang."
"Makcik, daging ni nak letak mana eh?" Sapa satu suara. Semua berpaling serentak kearah empunya suara itu.
Mata Udai dengan mata Zhafran bertembung. Mereka lantas melarikan pandangan.
"Manusia ni lagi,"getus Zhafran.
"Tu bagi dekat Syahirah , eh tak payah laa... syahirah kau pergi bersiap siap tu, majlis dah nak dekat ni. Bagi kat apa name tu, udai eh? Ha , bagi dekat udai. Boleh kan udai?"
"Eh, boleh, boleh" sampuk udai cepat.
"Nah, " huluran Zhafran disambut.
"Eh zhaf, boleh kau tolong bawa kat situ tak? Berat," pinta udai separuh berbisik. Memang tak tahu malu sungguh Udai ni. Dah la buat salah dengan orang, boleh pula nak minta tolong?
"Hmmm, boleh pon cakap elok-elok,ingatkan kau memang low dalam bab bercakap sopan santun ni." Gumam Zharfan.
Hahahahaa, kau kutuk aku? Sabar, udai sabar. Lepas dia tolong aku ni kene laa kau.
Udai hanya tersengih memandang Zharfan. Tak berniat untuk membalas lagi.
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...