Part 17

39 11 0
                                    

"Otak kau memang tak boleh husnudzone erh? Cuba tengok diri kau sekarang depan cermin. Macam mana kalau lelaki lain masuk?"

Udai mengalihkan pandangannya ke cermin.

'Ya allah, tudung aku!'
"Kau pun pusing la sana!" Tengking Udai. Dia ni. Dia pun lelaki juga. Zhafran memalingkan muka.

Udai mula memakai tudungnya yang dari tadi hanya dibaluti scarff. Bawalnya dibelit seperti biasa.
'Aduh,masa ni la muka tak jadi.' Bebel udai perlahan sambil meniup nipu tudung dibahagian awning.
"Lama. Aku keluar dululah. Lepas aku keluar jgn lupa kunci pintu." Kata Zhafran tegas. Mana tak geramnya dari tadi lagi. Memang perempuan macam ni ke? Bersiap lama, shopping lama, semua benda lah dia buat lama.

Udai lantas menarik lengan Zhafran.
"Tunggu! Tadi sebelum saya tersalah masuk sini, ada orang ikut saya. Jadi saya takut. Boleh temankan saya pergi kat kawan saya?" Pinta udai.
"Jap, saya call diorang."sambungnya lagi sebelum tangannya laju menelan lunat telefon. Nombor telefon Anisha di dail.

"Anisha, kau kat mana?"
"Ni, aku kat bahagian bayi ni. Arsyad dengan Zafirah nak beli untuk anak dia lah. Kau datang lah sini. Kitorang baru je sampai ni."

"Ouh, okey." Pamit udai.

"Aku ingat kau sombong sangat. Rupa-rupanya boleh je nak minta tolong orang."
Udai menjeling.

"Haih, berapa lama lagi kau nak pegang lengan aku ni?"

"Ha? Eh, sorry. Jom lah."

Mereka beringan keluar dari tandas. Udai hanya membiarkan sahaja pandangan pandangan manusia disitu. Memanglah orang pandang kalau keluar dari tandas laki kan.



"Arsyad! Mana orang lain?" Soal udai apabila hanya arsyad yang duduk diatas kerusi di mall itu.
"Orang lain kat dalam sana. Jom lah. Diorang suruh aku tunggu kau kat sini. Nak buat cane sorang je lelaki. Memang kena buli lah dekat insan yang bergelar wanita ni." Ucap Arsyad pasrah.
Udai hanya ketawa.
"Anaqi?" Sapa Aunty Zara yang kelihatan menuju kearah mereka.

'Mama jangan tinggal anaqi mama. MAMA!' Bayangan masa lalu tiba-tiba muncul ditubir mata Zhafran.
"Arghhh, pergi kau. Aku taknak." Zhafran tiba-tiba menjerit sambil menutup dua belah telinganya. Dia persis dirasuk.

"Zhafran,kau okey ke?" Tanya Udai risau. Zhafran masih lagi sama. Seluruh badannya menggeletar. Tangannya masih lagi berada ditelinga. Dan dia terduduk di atas lantai.

"Janji dengan papa jangan benci mama ye." Suara itu datang lagi. Akhirnya Zhafran pengsan disitu.



Zhafran membuka matanya perlahan. Dia melihat sekeliling. Dia kat mana ni?

"Kau kat rumah mama kawan aku." Belum sempat Zhafran bertanya Udai dulu menjawab. Dia tahu soalan tu mesti keluar. Huh! Cliche. Bangun dari pengsan je aku kat mana aku kat mana. Soalan tu je. Dah jadi trend ke apa ni.

Pintu terkuak. Aunty Zara muncul sambil membawa mangkuk yang berisi bubur ditangan.

"Anaqi makan bubur ni." Sapa aunty zara lembut. Alahai Aunty Zara ni. Semua orang dia buat baik.

"Siapa suruh kau panggil aku Anaqi. Aku benci nama tu."herdik Zhafran.

"Zhaf! Apa masalah kau sebenarnya. Memang tak de adab ke macam mana. Orang buat baik, balas lah dengan baik. Dahlah orang  lebih tua dari kita pula tu." marah udai. Suka hati je marah Aunty Zara macam tu.

Zhafran terkedu.
"Aunty sorry. Tapi jangan panggil saya dengan panggilan tu. saya tak suka." Kata Zhafran lembut.

"Boleh aunty tahu kenapa Anaqi tak suka dengan panggilan tu?"

"Hanya sorang je pernah panggil saya anaqi sebelum ni. MAMA SAYA!. Tapi dia dah tak berguna sekarang. Entah hidup atau tak. Saya dah tak kesah. Masa saya kecil dia tinggal saya macam tu je." Luah Zhafran.

Udai hanya terdiam. Dia dah tahu kisah ini. Dan sebab itu jugalah dia sengsara sampai sekarang.

"Mama, Udai balik dulu ye." Pamit Udai.



Please comment and vote. Tq sudi baca.

Misteri CintaWhere stories live. Discover now