Part 18

47 9 0
                                    

Throwback  ( rujuk part 12)

"Macam macam la kau ni. Permohonan dari sungai buloh tu. Aku nak pastikan aku sign ke belum je." Kata Zhafran.

"Oh, kebetulan.aku baru je tengok tadi. Kau tak sign lagi." Dalih danish.

"Oh ye ke? Nasib baik aku teringat. Aku nak masuk nak sign la."

"Eh, salah! Kau dah sign. Aku salah sebut. Sorry."

"Berbelit la kau ni. Biar aku masuk!" Bentak Zhafran .

"Tapi..nanti.. orang pejabat..ah, biarlah. Aku pergi dulu." Danish pergi acuh tak acuh lalu berlalu pergi.

"Tolong. Tolong." Udai menjerit sekuat hatinya.

Zhafran hairan. Kenapa ada perempuan dalam ni pula. Dia lantas menuju ke arah pemilik suara tadi.

" kau buat apa dalam ni." Soal Zhafran seraya membuka ikatan di tubuh Udai. Dari pengamatannya, tahulah dia Udai mungkin diculik. Tapi siapa? Takkan Danish?

Udai bangun lalu memeluk Zhafran erat.
"Aku takut." Bisik udai dengan berjuraian air mata.

"Shhhh, kau selamat sekarang."

Tok! Tok! Tok!

Mereka berpandangan sebelum menuju ke arah pintu.

Zhafran membuka pintu dengan marah. Pasti Danish! Dia ingin bertanya pada lelaki itu.

"Kenapa kau culik perempuan!" Marahnya.

Namun sangkaannya meleset sama sekali. Bukan Danish yang muncul. Yang muncul hanyalah tiga lelaki berpakaian putih dan berkopiah.
Zhafran berdebar-debar. Dia sudah dapat membayangkan apa yang akan terjadi.

Tangkap basah!




"Baba kecewa tau dengan Udai. Selama ini apa yang adik dengan mama kamu cakap pasal kamu baba tak percaya. Rupanya betul." Tengking  Dato' Shahrizal.

"Tak baba. Sumpah ! Ada orang perangkap Udai. Udai tak buat semua tu." jelas Udai. Namun dia tahu babanya takkan percayakannya lagi. Kenapa? Kenapa semua ni perlu berlaku? Dia taknak berkahwin. Dia muda lagi. Dia nak belajar untuk capai cita-citanya dahulu.

"Tak payah berdalih lah kak, bukan kau yang diperangkap, tapi kau yang perangkap orang sebenarnya. Kemain kau erh, perangkap orang kaya. Tak padan dengan diri tu anak yatim piatu!"hersik sofea.

Udai mengecilkan matanya memandang sofea. Eii, kecik besar kecik besar je dia tengok. Kemain lagi eeh menokok tambah cerita.

"Adik, kalau adik tak tahu pape better diam. Janganlah jadi nasi tambah pula kat sini." Kata udai geram.

"Kau nak marah adik pula kenapa? Kau yang buat salah nak salahkan adik pula. Sepatutnya dari kecil aku jaga pun kau. Merosakkan nama keluarga saja." Tambah Datin Suraya pula.

"Jadi semua tak percaya saya?" Soal Udai perlahan. Semestinya dia sedih. Siapa je tak sedihkan kalau keluarga yang diharapkan untuk membelanya tapi semakin menjatuhkannya.

"Baba nak kamu kahwin je dengan budak tu. Apa nama dia Zhafran?"

Udai menggelengkan kepala.
"No! Baba, mana boleh. " Pintas Sofea laju.
"Pastu Udai ingat baba boleh tanggung ke rasa malu ni?"

"Ok, kalau itu yang baba mahu." Udai akhirnya mengalah.


Hanya sekali lafaz sahaja, dia sekarang sudah menjadi isteri kepada Megat Zhafran Anaqi.  Majlisnya hanya kecil-kecilan. Hanya disambut oleh ahli keluarganya dan keluarga angkat Zhafran. Hanya ada majlis akad nikah sahaja.

Hatinya meronta-ronta sedih. Sedihnya hanya tuhan yang tahu. Ya allah, kuatkanlah aku untuk menempuhi segala dugaanmu. Dia menangis di birai katil. Tangannya yang sudah bersarungkan cincin dilihat.

Pintu bilik terkuak. Udai pantas menyeka air mata.

"Tak payah nak menangis sangat. Cepat kemas baju. Petang ni balik rumah aku." Kata Zhafran tegang.

"Taknak! Saya nak duduk sini."bentak udai.
"Aku dah beritahu family kau. Diorang dah setuju. Kemas cepat. Petang ni jangan lambat."

Nak taknak Udai terpaksa juga mengemas semua barang-barangnya.




Tq, please vote and comment

Misteri CintaWhere stories live. Discover now