Zhafran memandang udai terkejut.
"Abang takut sayang yang tak sudi." Kata Zhafran. Senyuman lebar terpancar dibibirnya.
"Tidur jelah kat atas. Biar saya tidur bawah. Ni bilik awak kan" Kata-kata Udai mematikan senyuman Zhafran.
"Takpe biar abang tidur bawah."putus Zhafran.
"Naik jelah. Sakit pinggang nanti."
"Habis tu sayang nak tidur mana?"
"Tidur atas ni lah."Zhafran lantas bangun memanjat katil. Dia berbaring di sebelah Udai.
Udai menukar posisi pembaringan mengadap ke arah Zhafran.
"Macam mana awak boleh tidur sini?" Soal Udai. Dari tadi lagi dia nak tahu.
Zhafran memandang Udai.
"Panjang cerita dia."
"Taknak cerita beritahu jelah." Ujar Udai dalam nada rajuk. Posisinya berubah semula
"Bukan taknak cerita. Abang dah taknak buka cerita lama."
"Okey." Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Udai.Zhafran mengengsot mendekati udai. Bahu Udai dipegang.
"Merajuk ke?"
"Takda masa nak merajuk."
"Oklah abang cerita." Zhafran mengalah.Udai kembali berpaling ke arah zhafran.
"Abang anisha dan Arsyad adik beradik."
Udai mengerutkan keningnya.
"Bukan mama awak dah takda ke? Sebab tu lah awak kawin dengan saya dulukan. Sebab nak balas dendam atas mama dengan papa awak."
Zhafran menggeleng.
"Tak, abang memang cintakan sayang. Memang abang ada niat nak kenakan sayang sebelum kahwin. Tapi lepas kita kahwin abang dah lupakan semua tu. Tapi silap abang juga masa tu ikut cakap pakngah."
"Tak perlu nak menipu lagi. Saya takkan percaya lagi cinta palsu awak tu."
"Sebab ni lah abang taknak cerita. Abang taknak hubungan mita semakin keruh. Berapa kali abang harus minta maaf?"
"Saya dah lama maafkan awak."
"Habis, kenapa sayang masih ungkit kisah lama?"
"Memaafkan dan melupakan mempunyai maksud yang berlainan. Memaafkan itu mudah. Melupakan itu payah. Dah saya nak balik." Ujar Udai sebelum kakinya melangkah ke arah pintu. Belum sempat Udai mencapai pintu, kakinya dipeluk.
"Abang betul -betul menyesal dengan apa yang abang dah buat. Tolonglah. Beri abang peluang kedua?" Air mata jantannya gugur jua. Orang cakap orang lelaki ni susah nak menangis. Kalau dia menangis tu maksudnya hatinya betul-betull sakit. Betul ke?
"Tak perlu datang melutut, sebagaimana kau buat anak aku mati, begitulah hati aku terhadap kau!" Tengking Udai.
"Sayang tak perlu keluar. Nanti mama fikir apa pula. Sayang tidurlah dulu." Lirih sahaja suara Zhafran. Dia menuju ke tandas.
Dia berdiri di hadapan cermin. Rambutnya dikusutkan. Teruknya dia dulu. Sampaikan anaknya sendiri dibunuh. Tanpai sedar dia menumbuk cermin itu hingga pecah. Darah yang mengalir di tangannya dibiarkan.
Udai yang baru ingin melelapkan mata terbangun semula. Bunyi gema seperti kaca pecah di bilik air mengejutkannya. Pantas kakinya melangkah ke bilik air. Pintu bilik air diketuk beberapa kali.
Zhafran lantas membuka pintu.
"Sorry abang bangunkan sayang." Ujarnya perlahan.
"Awak dah gila ke. Awak ingat kaca ni boleh buat main?" Tengking Udai. Jelas kerisauan terpancar di wajahnya.
"Takdalah sikit je. Sayang tidurlah dulu. Kaca ni biar abang kemaskan."
"Hish, mari sini." Udai menarik Zhafran ke katil. Ubat disapu sebelum membalut luka di tangan Zhafran. Zhafran hanya menurut. Dia menatap Udai lama. Dia yakin, Udai juga masih mencintainya.
Udai terasa diperhatikan. Dia memandang ke arah Zhafran yang juga sedang menatapnya. Pandangan mereka bertaut lama. Mereka seolah-olah sedang melepaskan rindu yang bersarang didada.
Udai tersedar apabila Zhafran seakan-akan ingin mencium bibirnya. Pantas tubuh itu ditolak.
"Sssaya pppergi kemas kaca jap." Ujar Udai gugup.
"Biar abang je kemaskan. Sayang tidurlah dulu."
Udai terjaga dari tidur . Udai memandang di tepinya. Kosong. Tiba-tiba dia mendengar tangisan. Dia melihat kearah itu. Dia terpaku apabila melihat suaminya sedang sujud di sejadah. Dia dapat melihat lelaki itu seolah-olah menggigil kerana menangis. Dia memandang jam di dinding. Baru pukul 3.30 pagi. Lama dia menatap suaminya yang membelakanginya. Hatinya terdetik sayu. Dia tahu suaminya betul-betul menyesal. Tapi susah untuk dia percayakan suaminya semula. Udai berpura-pura tidur apabila Zhafran sudah selesai solat.
Zhafran menyangkut sejadah di tempat yang telah disediakan. Dia menghampiri katil. Rambut Udai yang terjuntai di dahi di selit di teli telinga. Dia menundukkan wajah. Dahi udai dikucup lembut.
"I love you."
Bisiknya sebelum menutup mata."Zhafran mana?" Soal Puan Zara.
"Tidur lagi kut." Balas Udai pendek.
"Ya allah tidur? Ni mesti tidur lepas subuh ni. Jangan tidur lepas subuh. Nanti rezeki tak masuk. Dah pergi kejut dia. Sarapan."Udai serba salah. Kakinya diatur juga menuju ke bilik. Udai menjenguk ke arah zhafran. Lena lelaki itu tidur. Nampak kepenatan di mukanya. Semakin serba salah udai ingin membangunkan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu tidur lewat. Semakin hensem lah pula suaminya ni.
"Zhaf, bangunlah. Makan pagi." Kejut Udai.
Zhafran menggeliat malas sebelum menyambung tidur.
"Bangunlah."
"Sayang makan lah dulu. Abang ngantuklah."
"Abang, bangunlah. Nanti mama bising!" Udai menjerit geramMata Zhafran yang tertutup kemas kini terbuka luas. Dia memandang ke arah Udai.
"Apa? Cuba ulang balik"
"Bangunlah, nanti mama bising." Udai mengulang kembali.
"Tak, tadi sayang panggil abang apa?"
"Mana ada saya panggil awak apa-apa. Dah bangun." Udai terus melangkah keluar. Aduh, macam mana boleh tersasul pula ni."Amboi, senyum memanjang je along, ada apa-apa ke semalam."
Udai memandang Arsyad. Apa lagi perkakas ni. Tak habis habis nak kacau orang.
Zhafran memandang ke arah Udai sekilas."Tak da pape lah. Kan sayang." Udai hanya menjeling.
"Syad, cepat. Isteri kau dah nak bersalin!" Jerit Syafiq dari atas.
Tq baca. Jangan lupa untuk vote and comment. Hiraukan segala typo. Buat ii faham je lah.
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...