"Woi!!"
"Opocot mak kau meletop,hishhh kau ni!" Terkejut beruk Udai apabila disergah begitu. Mukanya ditarik.
"Alaaa,sorry laa, dah kau mengelamun sangat." Anisha kecut perut. Sekiranya Udai dah tarik muka begitu , makanya kena pujuk la. Jarinya mula bermain baju dibahagian bahu Udai.
"Udai, jangan laaa marah. Aku janji aku tak buat lagi"
"Hmmm,kau bila sampai?" Soal Udai acuh tak acuh. Dia tahu dulu, dia tak macam ni. Dia bukan seorang yang mudah sentap. Tapi sejak dia putus dengan Arsyad, yakni kembar kepada minah ni layanan dia terhadap Anisha semakin dingin.
"Kau marah lagi pasal abang aku eh? Sorry laa aku tak tahu pun dia buat macam tu. Sumpah aku langsung takde niat nak bersubahat dengan dia!" Ujar Anisha bersungguh-sungguh.
"Takde lah, aku dah tak marah pasal tu. Cuma tolonglaa bagi aku masa. Aku tahu kau tersepit ibarat telan emak mati anak." Aik! Betul ke peribahasa tu. Ah lantak laa.
Tawa Anisha meledak dengan kuat. Udai memandangnya pelik.
"Asal kau gelak?" Soal udai pelik.
"Takde laa,x pernah pernah kau main peribahasa dengan aku, salah pula tu" pamit Anisha beserta dengan tawa yang masih tersisa.
"Eh, abang kau tak marah ke kau jumpa aku ni?" Soal Udai. Sebelah keningnya diangkat.
"Tak kut, lagipun dia tahu aku jumpa kau ni." Balas Anisha.kemudian sambungnya lagi. "Kau nak tahu tak kenapa abang aku nak jumpa aku semalam?"
"Tak nak,tak perlu dan tak penting untuk tahu." Balas Udai bersahaja."Takpe laa kau taknak tahu." Anisha mencebik. Macam laa dia tak tahu, mulut je kata tak nak.
"Hish kau ni, kenapa?" Desak Udai tiba tiba
"Dia dengan sofea dah putus." Segaris ayat keluar dengan laju dari mulut Anisha.
Udai tersentak! Tangan dan otak mula memainkan peranan untuk mengira."Mak aii, baru 3 minggu orang cakap the lovely couple dah putus? Apa sebabnya?" Udai mula berminat. Dalam hatinya bersorak, padam muka kau! Aku gembira bukan tak boleh move on eh!
"Entah, dia tak bagitahu aku pula,tapi aku memang dah agak dah hubungan diorang takkan lama mana pon." Anisha sekadar menjungkit bahu tanda tidak tahu.
"Erm, bia laa diorang, jom pergi makan, dari semalam aku x makan, takde orang teman" pelawa Udai.
"Boleh juga,"
Mereka beriringan menuju ke arah kereta. Mereka memang tak suka makan hanya di cafe,sesak! Sebaiknya makan di luar.
____________________________________________________________
"Tuan, itu dia perempuan yang tuan cari,"kata seseorang didalam kereta.
"Ekori dia! Cepat," gertak seseorang di bahagian belakang kereta pula.
"Ermm,sya. Kau perasan tak kereta kat belakang tu macam ikut kita?" Soal Udai gelisah. Bulu roma mula menegak! Sejak kebelangan ni dia sentiasa berasa seperti sedang diekori.
"Mana? Ha ah laa weh, kau takda buat salah apa apa kan? Kau takde langgar kereta orang lepas tu blah macam tu je kan? Kau takde buat vandalisme kan? Kau takda curi apa apa pun kan?" Soal Anisha sedikit merapu. Terlalu cemas barangkali.
"Hish, aku bukan nya miskin nak curi barang orang, mana tahu sebenarnya dia ikut kau, bukan aku," kata Udai sambil tangannya lurus kearah kawannya itu. Apalagi bertambah cemas laa Anisha.
"Aku sumpah x buat apa apa, kau jgn buat aku cuak, okey, kereta tu ikut kita ,deal?"
"Huh! Takpa kau jangan risau, aku akan buktikan pada kau kecekapan aku dalam bidang pemanduan, arghhhhhhhhhhhhh" Udai menjerit sekuat hatinya. Pedal kereta ditekan. Stereng digenggam kemas. Udai membelokkan kereta apabila terdapat selekoh di sebelah kanan. Mereka sekali lagi berteriak apabila kereta dibelakang juga membuat perkara yang sama.
"Kejar dia cepat! Jangan biar ter.." belum sempat orang itu menghabiskan arahannya, tiba ii telefonnya berdering kuat. Dengan malas dia mengangkat gagang tersebut.
Udai mula melihat kereta dibelakangnya mula perlahan dia lantas mengambil peluang keemasan ini utk melepaskan diri.
"Arghh, shit!" Zhafran mendengus geram. "Macam mana kau buat kerja hah? Tak malu ke ? Dengan perempuan pon boleh lagi lembab!" Bentaknya
"Maaf tuan, " hanya itu yang mampu ditutur apabila melihat kemarahan di wajah bosnya.
____________________________________________________________
"Arghhh, bapak rr kau udai" jerit Anisha apabila dapat melepasi daripada cengkaman kereta tadi.
"Ni Udai laaa... Tak pernah x menang" Perangai 'bajet' dia tu datang lagi. Hahah. Ada aku kesah. Mood ingin makan pun dah hilang. Jadi mereka mengambil keputusan untuk balik ke bilik.
"WEH UDAI!! "
Udai tersentak apabila dipanggil tiba ii, dia pantas menoleh diikuti oleh Anisha.
Senyuman sinis terukir dibibir. Hish minah ni tak habis habis!"Apa?" Soal udai kasar. Tak perlu berlembut dengan orang macam ni!
"Amboi amboi kau , makin berani nampak kau eh, kat rumah kemain pengecut." Sofea mula geram. Sakit pula hati dia!
"Aku bukan pengecut bila kat rumah, aku cuma hormat mama je.x macam kau sikit sikit mama,dah besar panjang pon masih duduk kat celah ketiak mak!" Bidas Udai.
"Kau?" Marah Sofea sambil tangannya menuding kearah Udai.
"Heh, apa kau kau, kan aku tumbuk kau kan baru kaw kaw, dia yang tiba tiba jerit nama orang sesuka hati! Aku pantang betulla, dah udai jom, jgn dilayan sangat perangai gila dia ni" bidas Anisha seraya menarik tangan Udai menuju ke bilik.
Please comment and vote!
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...