"Kurang asam boi betul. Ingatkan risau la aku tak balik balik asrama. Rupa rupanya nyenyak kau tido eh," bebel Udai. Anisha yang sudah berdengkur itu di pandang.
Kakinya mula melangkah ke arah katil. Badan di rebahkan. Sungguh nikmat.Kejadian tadi kembali terbayang di ruang mata. 'Hensem juga dia,' Tanpa disedari Udai telah memuji lelaki tersebut. Dia lantas menggeleng. Tak boleh! Jangan hanya disebabkan Zhafran sambut dia tadi dia terus lupa apa yang berlaku sebelumnya. Eh, udai, dia tu ais batu. Tak hensem, tak hensem!
"Ah, baik aku tidur." Putusnya.
...................................................................................................................................................
"Udai, aku minta maaf eh bagi pihak abang aku." Ujar Anisha takut takut.
"Takpe, lagipun kau dah bagi penampar dekat dia kan." Kata Udai seraya tersenyum.
"Patut dari dulu lagi aku bagi dia penampar. Walaupun dia abang aku tapi kitorang lewat 2 minit je." Suara Anisha berubah jadi suara upin ipin pula. Comel!
"Weh, kumpulan kita tak siap lagi kan assigment yang Prof Burn bagi?" Soal Udai.
"Aduh, stress betulla, banyak gila kut. Tarikh due dah minggu depan. Aku habuk pun tak ada lagi."
"Jom kita buat esok. Tak banyak kelas sangatkan," cadang udai.
"Jap, aku call wawa dan syaza, diorang free ke tak." Pelawa Anisha.
"Macam mana?" Soal Udai.
"Mmmmm, ada dua berita, satu berita baik dan satu lagi berita kurang baik. Aku bagitahu yang baik dulu eh .syaza cakap dia dah dapat persetujuan dari CEO ZNZ HOLDINGS untuk adakan temu janji esok dalam pukul 10.30 pagi esok." Kata Anisha.
"Wah, baguslah. Apa berita kurang baik?"
"Wawa cakap, dia nak keluar dari grup kita, sebab dia nak masuk grup lain. Dia cakap jugak kumpulan kita dapat tajuk yang susah. Jadi dia masuk grup adik kau senang ckit." Terang Anisha.
"Apa yang susahnya? Assigment kita kali ni tentang perfume je pun! Lain kali nak keluar cakap awal awal. Takpun dari awal jangan nak offer diri tu. Sekarang ni kita yang susah, satu grup wajib 4 orang, nak cari siapa?" Bebel udai tak puas hati.
"Tu la. Yang aku geramnya kenapa mesti masuk grup adik angkat kau tu? Kalau kau nak tahu, grup adik kau tu dia sorang je perempuan, 2 orang lagi lelaki. Tapi dah wawa masuk jadi 2 lelaki 2 perempuan la. Grup lain pun mesti ada lelaki . Grup kita je takda lelaki."kata Anisha.
"Habistu? Kau nak suruh aku ambil orang lelaki? Taknak aku. Rimas!"
"Aku pun rimas juga. Ye la diorang tu suka dekat kau, tapi disebabkan aku rapat dengan kau, orang pun sibuk nak rapat dengan aku jugak," kata Anisha mencebik.
"Eleh, yang terkejar-kejarkan kau tu memang minat kau, nak salah kan aku pula." Udai menjeling.
Kemudian sambungnya lagi, "aku rasa...."
"Apa yang kau rasa?" Soal Anisha apabila Udai kelihatan berhenti sejenak.
"Aku dah tahu aku nak ganti wawa dengan siapa," kata Udai sambil menjingketkan keningnya beberapa kali.
"Siapa?"
"Dia lelaki." Jawapan Udai menyebabkan mulut Anisha terlopong.
Biar betik?
"Siapa? Aku tak suke la main teka teki ni." Rungut Anisha. Perasaan ingin tahu membuak-buak bagai pasir dipantai bagai air dilautan bagai daun di pohon bagai sampah di apa-apa je lah.
"Jom, teman aku pergi jumpa dia. Kita cari 'dia' kat cafe dulu." Kata udai seraya menarik tangan Anisha.
"Jap, jap. Aku nak pakai tudung dulu."pamit Anisha.
Senyuman terukir di bibir apabila orang yang dicari berada di salah satu meja di cafe itu.
"Zaf," tegur Udai.
Dia berpaling. Sebelah keninnya terangkat.
"Wo, what the hell? Udai kau buat apa kat sini. Cari I ke? " soal seorang jejaka yang juga berada di meja itu. Anisha mencebik. Memang jenis perasan ke apa lelaki kat U ni sekiranya berhadapan dengan Udai.
"Tak dengar ke I panggil dia takdi." Balas Udai bersahaja.
"Weh, kau buat apa sampai hot girl cari kau? Laa, aku baru tahu you suka lelaki yang muka jambu."
"Zaf, ikut aku. Makin lama makin merepek la pula kawan kawan kau ni."
"Hah, kau nak minta tolong apa?"
"Macam ni................" Udai menerangkan segala galanya.
"Ouh, ok je. " pamit Zafirah.
"Weh, kawan kawan kau memang lelaki je eh?" Soal udai.
"Dah semua orang ingat aku ni lelaki nak buat cane?"
"Asal weh? Kau perempuan ke?" Soal anisha setelah sekian lama mendiam.
"Hah, see? Aku dah cakapkan semua orang ingat aku lelaki. "
"Eh, takdelah. Aku memang rasa memang kau nampak macam perempuan. Tapi dah orang cakap kau lelaki aku pun ingat kau lelaki la. Btw, bilik kau yang mana satu? Kau jangan cakap kau sebilik dengan lelaki," kata Anisha.
"Sebenarnya aku duduk asrama. Tapi bilik aku tu takda partner, aku sorang. Jadi aku ulang alik ke rumah."jelas Zafirah.
"Kalau cam tu kau boleh lepak bilik aku,kan udai" putus Anisha.
"Ha ah,"
"Tak boleh la macam tu. Nanti pompuan-pompuan lain menjerit bila nampak aku ."
"Bilik kitorang jauh dari bilik orang lain. Paling hujung sekali." Kata Udai bersungguh sungguh.
"Tapi..."
"Dah takda tapi tapi. Jom!" Ajak Anisha.
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...