Part 15

47 10 0
                                    

"Iza, kita tak ada masa banyak sangat untuk beli ni. Jadi awak beli bahagianbaju, saya beli bahagian pelamin. Saya dah hantar list barang yang perlu beli dekat whasapp. Ada apa-apa masalah just call me ok." Kata udai. Iza hanya mengangguk.

Udai melihat list di telefonnya.
PAKU TEKAN! Hatinya meronta sedih. Susahnya untuk melupakan lelaki itu. Udai menyabarkan hatinya. 'Jangan nangis udai. Kau kuat. Tak perlu nangis dengan orang macam tu.' Desis hatinya.

"Eh, tak sangka jumpa kat sini. Btw, kau beli barang kahwin ni kenapa? siapa nak kawin ni? Kau nak kahwin erh? Wow. Suprise!" Ujar Sofea.

Udai langsung tidak mengendahkan kata-kata sofea. Dia toleh sekilas untuk melihat gerangan di sebelah sofea. Ahh, dia dah agak. Kenapa mesti aku jumpa dia setelah berbulan bulan aku hidup tanpa tengok muka dia? Sabarlah wahai hati. Udai memujuk diri sendiri dalam hari.

"Woi, pekak ke? Aku tanya siapa nak kahwin?" Bentak Sofea. Geram betul orang buat bodoh je.

"Kalau aku nak kahwin sekalipun, ada masalah dengan kau ke?" Bidas Udai berani.
"Dengan siapa? Duda mana yang nak ambik kau sebagai isteri?" Semakin menjadi jadi sofea menyakitkan hati udai.

"Ikutlah siapa siapa pun. Yang penting dia pandai jaga aku, tak curang dan tak gunakan aku semata mata nak balas dendam keluarga!" Herdik Udai. Nafasnya turun naik. Matanya lurus melihat Zhafran yang sedari tadi hanya memerhati.

Zhafran mengerutkan dahinya. Perempuan ni cakap tentang aku ke? Dia lantas menoleh kearah sofea yang kelihatan resah.

"Apa perempuan ni cakap ni?" Soal Zhafran.

"Err, tah I pun tak tahu. Jom la balik." Kata Sofea seraya mengheret Zhafran ke kereta. Jika semua ini terbongkar. Habislah dia. Dia mesti jauhkan Udai dengan zhafran sebelum semuanya terbongkar.

"Cik Udai ok ke?" Sapa Iza tiba tiba dari belakang.
"Saya okey. Dah siap beli barang?"
"Dah."



Mata yang tadinya terpejam terbuka kembali. Sungguh dia tidak boleh tidur. Kata-kata perempuan tadi betul betul mengganggu tidurnya. Dia tahu, kata kata tadi ditujukan kepadanya. Tapi kenapa? Dia memusingkan badannya kekiri. Kemudian kekanan.
Arghhhh!

Kau siapa sebenarnya Udai dalam hidup aku? Apa kaitan aku dengan kau? Zhafran mengambil keputusan untuk berjaga. Nak tidur? Memang tak boleh. Dia melangkah menuju ke arah tandas. Air whudu' diambil untuk menunaikan solat tahajjud. Alang alang tak boleh tidur.

Zhafran menoleh kearah kanan sambil memberi salam kemudian diikuti dengan sebelah kiri. Fuh! Lega sikit bila lepas solat. Tiba-tiba matanya tertumpu di bahagian bawah katil. Terdapat satu kotak merah yang besar. Tangannya lantas mencapai kotak tersebut.

Habuk yang berada diatas kotak itu disapu kebawah. Zhafran membuat kelutusan untuk melihat isi kotak itu. Mana tahu ada jawapan yang dicarinya tadi. Dia membuka kotak itu dengan berhati hati.

Sebuah album setebal kamus dicapainya lalu dibuka. Terbeliak matanya melihat gambar yang tertera. Ada gambarnya bersama seorang perempuan cantik. Dan mereka saling berpandangan. Zhafran membuka helaian yang kedua. Tertera gambar perempuan tadi yang sedang nyenyak tidur. Tanpa disedari bibir zhafran menguntum senyuman. Comel je. Dia membuka helaian seterusnya. Semuanya gambar dia dengan perempuan tadi . Dan mereka kelihatan bahagia. Namun satu gambar yang amat menarik minat zhafran.

Gambar itu adalah gambarnya sedang memeluk perempuan tadi dari belakang manakala tangannya berada diperut perempuan itu yang kelihatan sedikit memboyot.
Dan perempuan itu adalah Udai! Perempuan yang baru sahaja menengkingnya tadi. Hatinya berdebar debar. Apa sebenarnya hubungan dia dengan udai? Kalau benar udai mengandung, mana anak tu sekarang?


Prak!
Bunyi kaca pecah dibahagian dapur mengejutkan Udai yang baru sahaja tertidur setelah usai solat zohor tadi. Rasa tidak sedap dihatinya membuatkan dia memberanikan diri untuk menjenguk ke arah dapur. Rumah sewanya sekarang tidak lah besar. Jadi jarak antara biliknya dengan dapur tidaklah begitu jauh. Penyapu di tangan digenggam erat.

Berderau darah Udai apabila melihat manusia berbaju hitam didalam rumahnya.
'Dalam kiraan tiga, aku kene pukul dia. Fuh! Udai boleh chaiyok!' Sempat lagi dia menyalurkan semangat.
'Satu, dua, tiga!'

"Arghhhhhhhhhhhhhh" Udai menghayunkan penyapu itu ke arah manusia tadi.

"Auchh, sakitlah." Zhafran mendengus sakit. Dia lantas mencapai penyapu itu.
"Ini aku lah."

Terbeliak udai melihat zhafran.

"Kau buat apa kat sini. Macam mana  boleh masuk?"

"Tu" selamba sahaja Zhafran menunjuk kearah jendela yang sudah pecah.
"Weh, kau ni. Perangai tak ubah ubah." Bebel Udai.
Zhafran menatap udai lama.
"Jadi betullah kaj kenal aku?"soal zhafran tiba tiba.
"Ha? Errr, ha,siapa je yang tak kenal kau kan. Kau kan orang yang terkaya lah kononnya." Jawab udai.

"Ni, sakit." Adu Zhafran. Dia menghulurkan lengannya yang kelihatan sudah memerah akibat dipukul tadi.

"Kau juga yang cari sakit. Kau nak buat apa kat sini?"
"Aku nak tanya kau satu benda. Apa hubungan kita sebenarnya?" Soal Zhafran serius.

Eh,eh,eh. Dia ni memang tak tahu ke buat buat tak tahu? Tak pe. Buat buat tak kenal kan. Ok.

"Hubungan kita hanya sebagai adik dan kakak ipar." Jawab Udai bersahaja.

"Siapa adik kau?"

"Sofealah, tanya lagi. Kau couple dengan sofea sekarangkan."

"Ouh,kau kakak sofea? Tapi dia cakap kau orang gaji"
"Aku orang gaji dia dalam masa yang sama kakak dia. So dah jelaskan. Jadi tolong balik. Tak baik kalau kita duduk berdua duaan macam ni. Tambah lagi kita bukan mahram."

Misteri CintaWhere stories live. Discover now