"Encik Zhafran hanya pengsan. Mungkin terlalu penat. Buat sementara waktu ni biarlah dia rehat tak payah pergi kerja." Nasihat Dr. Faqihi iaitu doktor peribadi Zhafran.
Udai hanya mengangguk sebelum menghantar Dr. Faqihi ke pintu utama. Ucapan terima kasih diberikan. Udai mendapatkan Zhafran semula. Wajah Zhafran yang sedang tidur dipandang. Jelas kelihatan penat di mukanya. Tangannya naik mengusap lembut pipi suaminya. Rasa bersalah semakin menebal dalam dirinya.
Zhafran berasa ada sesuatu berada di atas dadanya. Dia lantas membuka mata. Dia dapat melihat Udai sedang tidur elok diatas dada sambil memeluknya. Zhafran lantas mengubah kedudukan Udai agar lebih selesa. Udai tergerak-gerak kecil sebelum sambung tidur semula. Zhafran tersenyum. Comel je isterinya saat tidur.
Zhafran bingkas bangun untuk ke bilik air. Namun tangannya ditarik menyebabkan dia terbaring diatas katil semula bersebelahan dengan isterinya. Isterinya kalau dah tidur memang macam tu. Kadang tu bangun pagi-pagi isterinya sudah bertukar posisi dengannya.
Udai memeluk lengan Zhafran erat. Matanya masih lagi terpejam rapat. Dan akhirnya mereka lena disitu.
Alarm yang berbunyi membuatkan Udai tersedar dari tidur. Sekarang dia berada betul-betul dalam dakapan Zhafran. Apa yang boleh dia simpulkan adalah selesa. Dia amat selesa berada dalam dakapan manusia yang telah bergelar suami. Ah, malas nak bangun. Kalau boleh dia nak macam ni sepanjang masa. Tapi memikirkan Zhafran belum solat subuh terpaksa juga dia bangun. Air whudu' diaambil.
"Abang, bangun solat subuh." Tubuh zhafran digoyang-goyang.
Zhafran terpisat-pisat.
"Jom solat sama-sama." Ajak Udai.
Zhafran hanya tersenyum. Tangannya lembut mengusap kepala Udai yang sudah beralas dengan kain sembahyang. Kaki diatur ke bilik air.
Salam diberi disebelah kanan dan kiri. Doa dibaca. Usai sahaja membaca doa ringkas, zhafran berpaling ke arah Udai. Tangan Udai yang menghulur kearahnya disambut. Udai lantas tunduk mencium tangan itu. Dia tidak dapat menahan sebak. Air matanya jatuh juga dipipi.
"Hey, kenapa nangis ni. Abang ada buat salah ke?" Soal Zhafran prihatin. Air mata yang keluar di pipi isterinya diseka. Dia tak suka tengok isterinya menangis.
Udai menggelengkan kepala.
"Tak, abang tak ada buat salah apa pun. Udai yang banyak buat salah dekat abang. Udai minta maaf. Udai taknak jadi isteri derha...."
"Shhhh, siapa cakap sayang macam tu. Sayang tak ada buat silap apa pun. Kalau ada pun dah lama abang maafkan. Abang tak suka tengok sayang nangis. Cukuplah sekali abang buat sayang menangis dulu." Udai yang masih tersedu-sedan dibawa ke dalam dakapan.
Udai memeluk Zhafran erat.
"Kita mula hidup baru eh." Ucapan Zhafran disambut dengan anggukan oleh Udai.
"Abang, tolong ambil gula dekat sana jap."
"Mana? Ha, dah jumpa."
Gula bertukar tangan.
"Sayang masak apa tu? Ada apa-apa yang boleh abang tolong?"
"Takda. Harini abang rehat je."
"Marilah abang tolong. Bosanlah. Tak tahu nak buat apa."
"Takpelah. Tak payah. Harini Sayang nak masak special . Khas untuk suami kesayangan saya ni. Pergi duduk depan, jangan kacau." Kata Udai. Satu ciuman dihadiahkan di pipi Zhafran membuatkan Zhafran tersenyum lebar.Udai dipeluk dari belakang. Kalau boleh taknak berenggang pun. Haish, mengalahkan pengantin baru. Padahal dah 5 tahun usia perkahwinan.
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...