Part 20

47 9 0
                                    

"Weh, macam mana dengan presentation kita ni." Syaza meluahkan rasa risaunya. Sejak Udai diculik hari itu, kegiatan mereka tertunda. Nasib baik profnya menunda tarikh presentation kerana isterinya bersalin.

"ZNZ Holdings tu laki kau punya kan Udai."soal Zafirah.
Anisha dengan pantas membuat tindakan reflek dengan menutup mulut Zafirah. Dia menjegilkan mata.

"Opss, sorry." Ujar Zafirah.
"Kenapa? Udai dah kahwin?" Soal Syaza teruja.
"Mana ada. Diorang saje je tu gurau-gurau." Balas Udai pantas.
"Ouh," pamit Syaza sepatah.
"Jadi macam mana ni dengan presentation tu?" Sambung syaza lagi.
"Eem, Udai ada kenal sorang ni. Nanti Udai minta dia untuk tolong kita buat temujanji baharu dengan ZNZ Holdings. Bolehkan Udai?" Soal anisha.
"Ermm, aku cuba."



Tok,tok,tok.

Pintu bilik Zhafran diketuk.
"Buka jelah pintu tu." Arah Zhafran.
Pintu terkuak.

"Nak apa? Kau ni tak kacau aku tak sah kan."
"Err, aku nak bincang sikit dengan kau." Kata Udai sedikit gugup.
"Masuklah."

Udai menjenguk bahagian dalam bilik itu. Seram pula nak masuk.kemudian dia menggeleng.

"Taknak. Jom bincang kat sofa depan tu."
"Ya allah, masuk je lah. Bukan aku buat apa-apa pun kat kau. Kalau aku buat apa-apa pun apa masalahnya kan." Kata Zhafran. Matanya dikenyit.

"Hish, taknaklah aku masuk."
"Kau nak masuk bilik aku tak berani. Kau panggil aku masuk bilik kau berani pulak eh?"

"Bila aku ajak kau masuk bilik aku?"
"Masa kau suruh aku tutup lampu haritu. Dahla tu malam pertama kan."
Zhafran semakin nakal mengusik.

"Gile lah kau ni. Kau cakap macam tu lagi la aku taknak masuk."
"Nak masuk ke taknak?"
"Taknak!"
"Masuk atau kita tak payah bincang?"
"Ok aku masuk .hish!" Udai akhirnya mengalah.
"Cakap lah. Satu minit je pastu keluar."
"Satu minit mana cukup."
"One minutes start now!"
"Groupakuperlubuatpresentationpasalperfumepastukitorangsukadenganperfumeyang
ZNZholdingskeluarkanjadibolehakunakmintatolongkaubuatsatulagitemujanjidengan
PegawaiZNZholdings? Fuhh!" Kata udai laju. Yelah nak kejar masakan. Satu minit je kau bayangkanlah.

Loading.. jap erh. Zhafran loading sekejap. Ingat senang ke nak hadam apa yang Udai sebut tadi. Tahap laju tu kalah keretapi yang terlaju didunia.

"Kalau aku taknak?"
"Aku kemain terang panjang-panj.."

"Ok,seminit dah habis. Boleh keluar." Belum sempat Udai menghabiskan ayat, zhafran menyambungnya dahulu.

"Taknak keluar selagi awak tak setuju,"
"Keluar"
"Taknak"
"Aku kata keluar"
"Aku pun kata taknak" udai masih lagi berdegil.
"Aku kira sampai tiga, kalau kau tak keluar jugak, malam ni memang kau takkan keluar dari bilik aku,"ugut Zhafran.

Ni lah yang Udai paling benci. Ada je menda yang Zhafran nak ugut dia. Heh! Aku ni Udai. Kau ingat aku penakut sangat.

"Simpan je lah ugutan awak tu dekat isteri awak lepas kita cerai ni. Saya tak takut pun"

"Betul kau tak takut?" Zhafran bangun dari katil lalu menuju kearah Udai. Udai berundur kebelakang. Setapak zhafran mara kehadapan, setapak jugalah udai berundur ke belakang.
Jantung Udai berdegup laju. Dia berdebar gila sekarang ni. Tapi ekspresi mukanya ditahan agar tidak ketara. Akhirnya dia terpaku disebalik dinding. Zhafran mengunci dirinya menggunakan tangan.
Ah! Satu lagi adegan yang akan ada di setiap drama atau wattpad. Huh! Sungguh cliche. Tapi tu drama. Sekarang ni realiti. Ya allah apa aku nak buat ni.

"Aik, tadi kata tak takut."
"Mmmana adda akku ta...takut."
"So aku buka lagi pilihan sekarang. Nak keluar sekarang ke nak keluar pagi esok?"
"Aku takkan keluar selagi kau tak cakap ok."

Udai tidak mahu mengalah. Dia perlu dapatkan juga temujanji itu. Dia perlu membantu kawan-kawannya. Lagipun dia lah penyebab kerja mereka tertunda.

Dinda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua.
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua..

Udai menahan ketawa. Lagu ni lagi. Nampak beku. Nada dering telefon kemain jiwang. Haha. Comel je.

Zhafran mencapai telefonnya di katil.

"Hello, sayangggg, u okey tak ni. Kenapa lama sangat u tak call I. Udai tak bagi erh? Udai tu mmg macam tu. Suka kongkong hidup orang." Kedengaran suara Sofea dihujung talian.

"Kenapa call I ni?" Soal zhafran acuh tak acuh.

"Sajalah. Rindu. U tak rindu I ke? I kasihan la dekat you. Ye lah you mesti nak kahwin dengan orang yang macam I kan. Tapi last-last terpaksa kawin dengan orang murah macam Si Udai tu."

Udai yang dari tadi mencuri dengar sudah berasap. Eh, bukan mencuri dengar sangat pun. Zhafran yang buat loudspeaker. Lagipun jarak antara mereka hanya beberapa langkah. Udai berpeluk tubuh menanti perkataan apa lagi yang akan keluar dari mulut sofea untuk memburukkannya.

"Kalau U nak tahukan, dia lah yang perangkap you haritu. Dia sengaja perangkap you sebab dia tahu U ni kaya." Sambung sofea lagi.

Udai semakin berang. Eiii, berasap je telinganya sekarang.

"Jap, udai takda dalam bilik U kan? Sebab dia suruh I jangan bagitahu U. Tapi I rasa berdosa lah pula kalau tak bagitahu U. Pastu dia ada satu lagi rahsia besar dalam hidup dia.Dia takda dalam bilik U kan?"

Zhafran memandang kearah Udai. Udai membuat isyarat 'tak ada' menggunakan tangan.

"Ha ah, dia takda dalam bilik ni."





Tq sudi baca. Jangan lupa untuk vote dan comment. Lepas baca tu ajaklah kawan-kawan sekali ye.haha.okeylah. Agak-agak, apa rahsia besar dalam hidup Udai yang sofea nak bagitahu dekat zhafran tu?

Misteri CintaWhere stories live. Discover now