Part 31

67 8 0
                                    

"Dah sampai, masuklah. Baba tengah solat ni." Sapa Sofea.
"Mama mane?" Soal Udai sekadar bertanya.
"Mama keluar dengan kawan-kawan dia lah. Shopping. Sekejap lagi baliklah tu. Eh tercegat kat situ lagi buat apa. Masuklah. Bilik Udai tu dah lama tak da orang duduk. Berhabuk lah sikit."





Syahrizal memalingkan kepala kekanan dan kekiri sebelum menadah tangan untuk berdoa. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kotak kecil bersaiz kotak kasut dibawah katil. Sebelum ni tak nampaklah pula. Tangannya lantas mencapai kotak itu lalu membuka dengan berhati-hati. Syahrizal terkejut melihat isi kotak itu. Bau busuk menerpa di seluruh ruang hidung. Organ badan seperti jantung tersimpan elok didalam kotak itu. Ia juga kelihatan berlubang-lubang seolah-olah telah dicucuk beberapa kali. Sekeping gambarnya dan juga seorang perempuan ditatap.

"Abang buat apa ni!" Herdik satu suara. Kotak ditangan syahrizal di rampas kasar.

"Cuba jelaskan dekat abang, apa yang ada dalam kotak tu?" Tengking syahrizal.

Sofea, udai dan zhafran bergegas menuju ke bilik babanya apabila mendengar bising-bising.

"Ni, bbbarang mmmake-up je." Bohong suraya tergagap-gagap. Ah, sudah. Dia perlu menjaga rahsia ini sebaik mungkin.

"Barang make-up apa macam tu. Awak ingat saya bodoh ke?" Tengking Dato syahrizal lantang dan nyaring.
"Betullah ni, barang make up je, saya nak cuba buat barang make up sendiri. Tak sedar pula tertinggal bawah katil."
"Kenapa ada gambar saya dengan mawar?"
"Ab..ab..abang dah ingat mawar?"

Dan, rahsia yang dijaga dengan rapi selama berpuluh-puluh tahun itu kini terbongkar.






Datin Suraya dibawa ke balai polis dengan diikuti semua yang terlibat untuk siasatan lanjut. Siapa sangka bomoh itu tak meninggal lagi. Rumahnya terletak betul-betul dihadapan rumah Syahirah. Ingat lagi kan syahirah?

Sofea? Sofea mestilah sedih. Siapa tak sayang emak kan. Tapi dia redha kalau itulah keadilannya. Dan dia perlu berterima kasih kepada Zhafran sekeluarga kerana langsung tidak mengaitkannnya. Walhal dialah penyebab zhafran hilang ingatan.

Macam mana pula dengan Anisha? Cuba teka? Haha, Anisha sekarang bakal jadi mommy. Syafiq adalah orang paaaling gembira.

Dato Syahrizal? Dato Syahrizal sekarang Zhafran dah bawa pergi berubat mengikut rawatan Islam. Ye lah bertahun-tahun terkena penangan nasi kangkang. Dato Syahrizal
pun dah semakin pulih.







"Bestnya kalau dapat jadi mummy kan." Keluh Udai. Matanya melirik kearah pantai dihadapan.
"Takpelah tak de rezeki lagi. Mungkin allah nak bagi peluang untuk kita hidup berdua dulu. Nanti dah ada anak mesti berkepit dengan anak je."
"Betul juga kan. Nanti mesti abang dah tak hiraukan sayang kan bila dah ada anak." Udai mencebik bibir.
"Hey, dengan anak pun nak jealous?"

Udai hanya tersengih.

"Abang,"
"Hmm"
"Nak pick up line satu."
Asal aku jadi gedik tiba-tiba ni? Biarlah. Suami aku juga.
"Buat apa bagi pick-up line." Balas Zhafran malas.

Muka udai berubah masam. Dia berpaling kearah lain tanda protes. Entah mengapa sejak kebelakangan ini dia mudah terasa. Nak kata pembawakan budak dia tiada langsung simptom orang mengandung. Cuma dia lewat datang bulan je.

"Alololo, merajuk ke?" Zhafran cuba memujuk. Tapi Udai tetap keras.
"Bagi pickup line dulu."
"Buat apa bagi pickup line........"
  Kali ini Udai rasa nak menangis pula.
".......sebab abang dah terpikat dengan sayang." Sambung Zhafran.

Udai tersenyum lebar, lebarnya sampai kat telinga. Gembira sangat nampaknya. Badan Zhafran dipeluk erat. Kalau boleh taknak lepas. Zhafran membalas pelukan isterinya. Dia tersenyum bahagia.






Uwerk.. satu, dua, tiga, uwerk.

Udai megira dalam hati. Dah lebih dari 5 kali Zhafran muntah-muntah. Persisnya seperti orang mengandung saja. Udai menggosok-gosok belakang zhafran bagi memudahkan zhafran mengeluarkan isi perutnya.

"Abang makan apa tadi?" Soal Udai risau.
"Makan makanan yang sayang masak lah." Jawab zhafran. Mulutnya dicuci.
"Sumpah sayang tak buat nasi kangkang." Kata Udai.
"Apa sayang merepek ni. Abang tak cakap apa pun."
"Ke, abang mengandung?" Kata Udai dengan ketawa mengekeh. Terasa lucu dengan soalannya barang kali.
"Ha ah, abang dah pergi buat check up. Dah tiga bulan. Eee, apa punya soalan ni." Seloroh Zhafran sambil mencubit pipi Udai geram. Ketawa Udai semakin menggeledak kuat. Zhafran mengandung? Tak boleh bayang.

Mereka melangkah ke arah katil.

"Jom pergi klinik." Ajak udai.
"Kan abang dah cakap, abang dah pergi. Mengandung tiga bulan."
"Dah, dah la tu. Tak lawak dah."

Telefon berdering.

"Hello, mama. Ada apa?" Sapa Udai.
"Saja je. Nak tanya khabar dengan anak menantu mama ni. Bila boleh balik sini?" Soal Puan Zara.
"InsyaAllah nanti Udai tanya Zhafran bila dia nak balik sana. Menantu mama yang lain ada kat rumah ke?"

Zhafran menggerakkan mulut supaya Udai membuat loudspeaker.
"Takda lah. Diorang balik hujung minggu ni. Sebabtu mama telefon. Kalau Zhafran free boleh kita berkumpul ramai-ramai."

"Zhafran free je ma." Sampuk zhafran.
"Ma, abang hari ni asyik muntah-muntah je. Tapi dia taknak pergi hospital." Adu Udai.
"Ye ke? Alhamdulillah."

Jawapan Puan Zara mengejutkan Udai dan zhafran.

"Amboi mama, gembiranya bila tahu zhafran sakit." Kata zhafran. Suaranya diacah-acah merajuk.

"Takdalah.  Papa kamu juga macam tu dulu masa mengandungkan kamu. Mama yang mengandung papa pula yang alahan. Pergi lah hospital check." Terang Puan Zara. Jelas kelihatan kecerian disebalik suaranya.

Zhafran memandang udai. Matanya bersinar-sinar seolah-olah begitu mengharapkan sesuatu.





"Udai takut lah bang." Udai meluahkan rasa takutnya.
"Kenapa nak takut pula."
"Macam mana kalau negative. Mesti Udai kecewakan banyak orang. Mama, abang dan semualah."
"Tak , abang tak kesah pun."

Alat ujian kehamilan dipegang. Selang beberapa minit udai keluar dari tandas. Udai menunduk ke bawah, tidak mahu melihat wajah kecewa Zhafran nanti. Zhafran hanya mengeluh. Sekiranya isterinya begini maknanya negative lah. Tangannya naik mengusap bahu isterinya untuk memberi kekuatan.

"Sorry abang."
"Takpa, kita boleh cuba lagi." Zhafran cuba senyum. Tipulah kalau tak kecewakan.

"Sayang POSITIVE." jerit udia tiba-tiba.

"Sayang! Seriously?"

Udai ganya mengangguk. Alah, saja je nak test tadi.

"Abang dah nak jadi papa? Tq sayang." Zhafran mengucup dahi isterinya. Tasa terujanya sekarang hanya allah yang tahu.








Ok, tq sbb baca . Jangan lupa vote tau, boleh comment nak baby boy ke girl? Pastu bagilah idea nak name macammana. Saya nak huruf depan dia huruf UZ atau ZU . Nama-nama yang berikut adalah nama-nama yang dilarang erh
1-uzair
2-umar
3-zharfan
4-zaqwan
5- uwais

Tolong sangat-sangat comment. Saya tak tahu nak bagi nama apa ni. Sebab kalau ada masa, saya nak buat buku kedua. Dan buku tu anak kepada Zhafran dan Udai ni akan jadi hero/heroin. Sebabtu kene pilih betul-betul.
Tapi kemungkinan jelah.

Lepas ni dah last chapter dah.

Misteri CintaWhere stories live. Discover now