Part 26

57 9 0
                                    

Udai mengesat air mata untuk kesekian kalinya. Ya allah aku kena kuat. Sampai bila aku perlu ingat semua benda ni? Peristiwa itu berulang kembali di tubir mata. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Mengapa Zhafran? Kenapa kau perlu datang balik disaat aku cuba untuk move on. Sejujurnya, tempoh lima tahun tidak dapat mengurangkan sedikit pun perasaannya terhadap lelaki itu. Sedangkan lelaki itu melayannya dengan teruk. Dia pernah tipu kau udai, dia pernah bunuh anak kau udai, dan sekarang dia sedang bercinta dengan adik kau. Move on lah.




"Maknanya Udai tu anak angkat Suraya?" Soal Zhafran kepada Aunty Zara.
"Laa.. kamu tak tahu? Ye dia anak angkat suraya. Jadi sekarang kamu dah ingat semuanya?"
"Saya tak ingat macam mana saya boleh hilang ingatan. Tapi saya dah ingat macam mana saya boleh kahwin dengan Udai dan macam mana saya layan dia dengan teruk dulu." Suara Zhafran berubah sayu. Ahh,kejamnya dia.
"Anaqi tinggallah sini dulu satu malam." Pelawa Aunty Zara.
"Saya dah cakap saya tak suka nama tu. Kenapa Aunty suka panggil saya dengan nama hodoh tu." Zhafran naik angin tiba-tiba.
"Entah. Bila aunty tengok Anaqi aunty jadi teringat dekat anak sulung aunty."
"Siapa? Arsyad? Tak sangka pula nama kitorang sama."

Aunty zara hanya tersenyum nipis. Dia yakin di depannya sekarang adalah anaknya. Namun untuk berterus terang bukan mudah. Tidak mungkin Zhafran akan percaya kata-katanya. Mungkin juga Zhafran akan membenci dirinya.

"Mana uncle?" Soal Zhafran sekadar berbasa-basi.
"Uncle Zarif dah takda sebelum Anisha dan Arsyad lahir lagi. Kemalangan."
"Sorry saya tak tahu." Ujar Zhafran dengan nada bersalah. Eh jap, apa nama dia? Zarif? Kemalangan? Kebetulan apakah ini.
"Ayah saya nama zarif juga. Dia juga mati kemalangan." Zhafran membuka cerita.

Aunty Zara bertambah yakin dengan tekaannya apabila mendengar apa yang Zhafran bicarakan.

"Mama kamu?" Soal aunty zara sekadar ingin kepastian.
"Mama? Huh! Entah hidup ke mati dia sekarang." Balas Zhafran sinis. Namun disudut hatinya dia berharap ibunya kembali. Rindu ingin menatap wajah wanita itu walaupun dia dah ingat-ingat lupa.

Aunty zara tersentak mendengar bicara Zhafran. Salahnya juga kerana meninggalkan anaknya begitu saja.

"Mama minta maaf Zhaf..."
"Mama?" Zhafran menyoal hairan.

Tiba-tiba pintu terkuak. Muncul Anisha lalu melangkah menghampiri mereka .

"Mama saya memang macam tu, semua orang kalau boleh nak bahasakan diri mama." Terang Anisha tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Zhafran mengangguk faham.

"Saya tahu Aunty baik. Tak perlulah nak bahasakan diri mama. Tapi kenapa Aunty minta maaf pula?" Ujar Zhafran sopan.

"Sebenarnya Anisha, Zhafran ni abang kamu." Kata-kata Aunty Zara menyentakkan dua manusia yang berada disitu.

"Apa mama mengarut ni?" Dahi anisha berkerut.
"Apa bukti aunty mama saya?"
"Nama mama anaqi Zara kan? Zara binti Saifudin. Nama ayah anaqi pula Zarif bin Zaid. Mungkin dekat surat lahir Anaqi ada nama kami dan IC kami. ZNZ holdingss tu diambil dari nama papa dengan mama juga." Terang aunty Zara bersungguh-sungguh.

Anisha dan Zhafran terkesima. Arsyad dan Zafirah yang baru datang juga terkedu.
Tak sangka mereka adik beradik!

MEGAT ZHAFRAN ANAQI
MEGAT ZARIN ARSYAD
PUTERI ZALISSA ANISHA

Nama mereka juga sama!

"Kalau betul aunty Mama saya, kenapa saya tak duduk dengan aunty sekali?" Soal Zhafran sinis.
"Sebenarnya macam ni, masa tu zhafran baru umur 5 tahun, haritu mama dapat mesej daripada Pakngah kamu, dia suruh mama tinggalkan kamu dengan papa, kalau mama taknak dia akan bunuh papa dan jual kamu. Mama takda pilihan. Mama terpaksa tinggalkan kamu dengan papa. Masa tu mama tak tahu lah pula mama sedang mengandung. Kembar pula tu. Pastu malam tu juga mama dapat tahu yang papa meninggal kemalangan. Mama nak bawa kamu tinggal dengan mama, tapi jiran-jiran dekat situ cakap kamu dah ada orang ambil. Masa tu mama takut sangat anaqi dah dijual. Tapi mama dapat tahu yang zhafran dijaga dengan baik oleh keluarga angkat kamu." Cerita Puan Zara panjang lebar.

"Pakngah? Dia yang suruh Zhaf balas dendam atas kematian papa! Takkan dia yang hantar mesej macamtu." 
"Tah, mama pun tak tahu apa motif pakngah sebenarnya. Sebelum ni, pakngah memang tak puas hati dengan papa. Dia lagi suka kalau papa takda. Senang dia nak bolot harta semua."





Bunyi pintu utama rumah dibuka seseorang mematikan lamunan Udai. Dia menoleh ke luar  bilik. Belum sempat Udai buat apa-apa pintu bilik pula dibuka. Udai terkejut. Lekas tangannya mengambil tudung yang tersangkut elok di hook.

"Kau buat apa kat sini?"
"Saja. Abang nak tidur sini malam ni."

Abang? Dah kenapa dengan zhafran ni.
"Tak eloklah kita berdua-duan macam ni. Kalau pejabat islam datang macam mana?"
"Tunjuklah kad nikah kita. Abang simpan lagi tau." Balas Zhafran selamba.
"Apa yang awak merepek ni? Kita dah sah jatuh talak satu. Awak jangan buat-buat lupa!"








Tq yang sudi baca. Jangan lupa komen and vote. Sorry sangat lama tak update. Internet bermasalah. Idea pun semakin kering. Sebenarnya kalau korang perasanlah cerita ni ada sedikit 'kepelikan' dalam soal umur. Jadi kalau korang perasan abaikan je lah. Malas nak edit. Hehe. Tapi kalau tak perasan buat macam takde pape erh. Btw jom borak-borak. Boleh tambah kawan online. Haha. Kalau ada yang sudi borak dengan saya dm dekat ig saya @shakz_kajaz.

Misteri CintaWhere stories live. Discover now