Udai menarik nafas dalam. Bagasinya digenggam erat. Sungguh dia sangat rindukan tanah airnya ini. Inilah pertama kali dia pulang ke malaysia setelah 5 tahun berada di canada hanya disebabkan peristiwa itu.
"Welcome home Udai, sampai bila kau nak lari dari masalah kau kan?" Hatinya berbisik. Sekali lagi dia menarik nafas. Tudungnya yang bertiup apabila disapa angin dibetulkan. Jika dulu rambutnya dibiarkan menjadi tatapan para ajnabi, sekarang satu urat pun dia tak akan benarkan. Peristiwa itu sememangnya mematangkan dirinya.
Mungkin allah ingin berikan hidayah kepadanya dengan cara itu.
"Udai, aku rindu kau babe,kau makin cantik la." sapa anisha separuh menjerit.
"Segan la aku macam ni. Tak baik la." Segan konon! Padahal dalam hati dah ada taman dah. Ye lah, siapa je tak seronok kalau ada orang puji kita kan?
"Kau je ke yang datang jemput aku?"
"Ha'ah, tapi......."
Udai menjongket kening.
"Tapi?"
"Hye kak," tiba tiba ada suara menyapa.
Jantung Udai berdegup kencang melihat kelibat di sebelah adik angkatnya. Dah lama tak tengok dia. Senyuman pahit dihadiahkan buat pasangan yang tampak begitu mesra dihadapannya. Tipulah jika dia langsung tidak terkesan.
"So, ni la kakak you?" Soal zhafran.
Udai tersentak. Tidak ingatkah zhafran terhadapnya? Kemudian dia mengangkuk faham. Mungkin 5 tahun ketiadaannya dapat melupuskan ingatan zhafran terhadapnya.
"Eh, mana ada la. Ni orang gaji kat rumah I je."
"Orang gaji? Paaakai macam ni?" Soal zhafran tidak percaya. Serious tho? Pakaian nampak macam mahal, Baru pulang dari canada, cantik. Takmsesuai langsung dengan orang gaji.
Anisha menjeling. Tak habis habis .
"Anisha jom la, aku balik rumah kau malam ni boleh? Husband kau takde kan?" Pinta Udai.
"Eh, boleh sangat. Aku pun bosan juga. Jom la balik. Dari layan dua ekor lembu yang acah acah sweet depan kita ni." Anisha emosi tiba tiba. Mereka berlalu pergi meninggalkan pasangan tadi dalam keadaan terpinga pinga.
"Kenapa I rasa macam I pernah jumpa dia eh?" Soal zhafran.
"Eh, mana ada. Dia dari kecil tinggal kat canada. Macam mana you pernah jumpa dia."
"Dari kecil tinggal di canada, macammana boleh jadi orang gaji?"
"Erm,erm, alah, tak payah fikir sangat la. Jom, temankan I pergi shopping."
"Tadi dah pergi kan. I penat la macam ni." Rungut zhafran. Entah mengapa moodnya hilang tiba tiba apabila melihat wajah 'orang gaji' tadi.
"Tak payah nak sedih sedih sangat dengan orang macamtu." Sapa Anisha.
"Mana ada la. Buat apa aku nak sedihkan. Lagipun dia dah jumpa pengganti aku." Ujar Udai. Kepalanya ditunduk. Tipu la kalau dia langsung tidak sedih apabila lelaki yang pernah menjadi mahkota dihatinya bahagia dengan orang lain. Bermesra dihadapannya pula tu.
"Takpe aku faham. Eh, jom la kerja jadi setiausaha laki aku." Pelawa Anisha.
"Aku bukan ada kelulusan pun. Kalau lah aku tak...."
"Dah, tak payah ingat menda yang lepas. Kita mulakan hidup baru. Chaiyok!" Anisha memberi semangat.
Udai senyum sebaris.
"Eh, laki kau balik pukul berapa?" Soal udai ingin kepastian.
"Piq cakap dia balik dalam pukul 4.30."
"Kalau cam tu aku balik dulu la eh." Pamit Udai.
"Laa, nak balik dah ke?"
"Haah, segan la aku dengan laki kau." Kata udai. Kakinya mula menapak ingin meninggalkan rumah itu. Dia menoleh sekilas memandang anisha sebelum ditelan perut kereta.
Udai termangu seketika memikirkan tempat tinggalnya. Nak balik rumah baba and mama? Memang tak lah. Rumahnya yang dulu? Tidak dia tidak akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Dengan susah payah dia ingin melupakan peristiwa yang menimpa dirinya, takkan nak balik ke rumahnya pula.
Tulah, kawan kawannya semua dah kahwin. Takkan nak pergi rumah Zafirah pula. Lagipun hubungan dia dengan Arsyad masih lagi akward walaupun dah berkali kali Arsyad meminta maaf darinya. Tak sangka bersatu juga Arsyad dan Zafirah.
Untuk kesekian kalinya udai tersenyum memikirkan rakan-rakannya. Terasa baru semalam mereka berada di universiti.
"Hai, termenung jauh nampak?" Sapa seseorang.
Udai menoleh. Terus dadanya berdegup laju. Ya allah kenapa aku perlu jumpa dia seorang diri?
"Memang tak suka nak bercakap dengan I ke?" Soal zhafran .
"Saya nak balik, assalamualaikum."pamit Udai acuh tak acuh. Bimbang jika air matanya pecah berderai melihat jejaka itu.
"Huh, sombong! " kata zhafran. Matanya tajam melirik kearah Udai yang sudah pun berlalu pergi. Entah mengapa, dirinya seakan - akan sangat dekat dengan wanita tadi.
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...