Part 12

40 10 0
                                    

"Wah, besarnya. Tak pernah terfikir pun untuk dapat jejak kaki kat sini." Luah Syaza teruja.

"Weh, kita ada temu janji kat mana?" Soal zafirah.

"Ni, dekat restoran berdekatan. Hah, tu." Kata Syaza sebagai petunjuk arah .

"Ok ada lima minit lagi. Jom kita masuk." Arah Anisha.

          "Hish, inilah orang melayu, janji pukul 10 pagi , tapi datang pukul 10 malam tahun depan! Macam la kita tak ada kerja lain lagi nak buat."rungut udai.

"Tu lah pasal," Anisha menambah.

Telahku cuba memintal kasihmu,
Biarr menjadi ikatan abadi,
Namun apa daya
Terlerai janji kita

Deringan telefon berhenti apabila gagang diangkat.

"Hello," sapa syaza.

"Ha, ni cik syaza dari univercity Tun Hussein Ong ke?"

"Ha,ah"

"Saya wakil dari Syarikat ZNZ holdings."

"Ohh, saya dah tunggu lama ni,"

"Duduk kat meja mana eh? Saya duduk dekat bahagian depan restoran ni."

"Saya duduk dekat.........eh, yang pakai baju ungu tu ke? Sini, sini" syaza melambai apabila melihat kelibat orang itu.

              "Saya minta maaf eh lewat. Terlajak tidur." Raih pegawai tadi

"Eii, senang nye dia cakap, kita ni dah tunggu beberapa hari dah berjanggut dah pun dia boleh cakap terlajak tidur? Kalau alasan lain tu ok la. " gumam Udai perlahan. Giginya diketap beberapa kali.

"Apa dia cik?"

"Ha? Takda pape. Jom lah. Dah lewat ni. Straigth to the points." Ujar Udai tegas.

Anisha sebagai pengulas utama assigment kali ini mula memberi penerangan.

"Encik.....?"

"Danish, you can call me den." Ujarnya pantas.

"K, Encik Danish, assigment kitorang kali ini berkisar tentang perfume. Jadi kitorang dapat tahu yang syarikat ni juga mengeluarkan pelbagai jenis perfume, right? Kitorang sangat tertarik dengan perfume yang korang keluarkan ni. Jadi boleh saya nak tahu sedikit sebanyak tentang perfume ni?" Kata Anisha penuh tertib.

"Boleh sangat, tambah tambah dengan perempuan perempuan cantik macam korang ni. Jadi sebelum mula kita perkenalkan nama dulu? Sebab nanti kita akan selalu jumpa. Senang nak panggil. Nombor telefon sekali eh."

Mereka berpandangan sesama sendiri. Nak ke tak nak? Alah, dia nak tahu nama atas kerja je , tak salah kan? Fikir Udai. Cuba mengamalkan husnudzone. Cehh..

"Ok, Saya Udai, yang ni Anisha, syaza, zaf." Kata Udai.

"Udai? Apa tu?"

Dah agak! Memang itu pun reaction orang setiap kali namanya disebut. Apa Udai tu pelik ke? Ok je.

"Udaimatunnur Raisya Rihanna. Panggil Udai. " terang Udai sekali lagi.

"Udai... cantik namanya sesuai dengan tuan badan."kata danish. Matanya mula mmerhati Udai. Adui, susah jadi orang cantik ni!
______________________________________________________________________________________

"Guys, jom pergi jalan jalan. Aku nak beli heels baru, baju baru, kosmetik baru, semua la " pinta Syaza.

"Aku on je, zaf?" Soal anisha.

"Aku? Aku tak tahu nak beli apa. Aku bukan perempuan macam korang." Kata Zafirah.

"Asal tak macam kitorang pula? Kau khunsa ke? Takkan...? so sama je la. Jom. Masa perbentangan aku nak kau pakai baju perempuan. Ingat! PEREMPUAN." Ujar Udai perlahan tapi lebih kepada tegas. Kalau dia cakap A maka A lah. Kalau B, B lah. Tak boleh c ke d atau e.


           "Weh, aku sakit perut la.. korang pergi la beli dulu. Aku gi ladies jap." Udai merungut. Masa mood nak shopping ni la perut dia memulas.

Udai bergegas ke tandas berdekatan. Tapi dia terasa seperti diperhatikan. Ah lantak lah, yang penting sekarang ni perut dia.

Usai sahaja selesai , kaki nya melangkah keluar untuk mencari rakan rakannya. Langkahnya terbantut seketika. Dia menoleh ke belakang. Aduih, seram la pula. Menyesal pergi tandas tadi. Kalau dia tahu macam ni dia tahan sahaja.

Udai mengambil langkah berani. Dia amat merasakan yang orang yang mengekorinya berada di sebalik tiang dihadapannya ini. Langkah diatur untuk 'menyapa' stalker itu. Debaran semakin kuat apabila kaki semakin hampir.

Pap. Udai meronta-ronta apabila mulutnya ditekup. Selang beberapa minit kemudian kepalanya terlentok.

Danish tersenyum puas. Tak sangka peluangnya secepat ini. Udai, tak lama lagi.........

Senyuman jahat terukir sekali lagi.

                 
               "Udai membuka mata dengan perlahan. Kejadian tadi mula terlayar diingatan. Danish! Dia menjadi takut tiba tiba. Hilang semua keberanian yang ada dalam dirinya. Tambah tambah dia berada dalam bilik yang gelap. Tangannya mula meraba badannya. Satu keluhan lega dilepaskan.

Bunyi pintu terkuak menyentakkan lamunan Udai tadi. Dia hanya memerhati lelaki itu di sebalik lilin yang di pegang. Memang Sah! Danish. Perasaan takut, geli, nak menagis semuanya bercampur baur. Lututnya terketar ketar lemah. Dia hanya mampu berdoa.

"Hai," sapa danish.

"Hai kepala hotak kau. Aku kat mana ni? Kau jangan lebih lebih dengan aku eh. " ujar udai cuba berani. Terasa tercabar dengan sapaan lelaki durjana di hadapannya.

"Kau ni kan, macam ni pon berani nak melawan lagi eh. Mentang-mentang aku ni tak hensem macam zhafran kau tu, kau buat buat tak ingat aku ya," ujar danish.

"Apa? Zhafran mana? Aku tak kenal kau pun lah." Bentak udai.

"Kau ingat aku tak nampak kau berdua duan dalam kereta dengan zhafran tu. Masa aku ajak dating, kau cakap tak suka berdua duaan. Kau ingat zhafran tu bagus ke, aku lagi bagus dari dia. " kata danish bengis.

"Aku tak kenal. Memang serius aku tak ingat kau! Tolong lahh."

"Kalau aku buat sampai kau ingat aku, nak tak?" Kata danish.

"Kau memang dah gila! Aku akan pastikan lepas ni kau akan meringkuk dalam penjara." Kata Udai.

"Tak payah nak ugut ugut aku macam tu. Ni, bilik yang gelap ni zhafran beri kepercayaan dekat aku untuk jaga. Takkan ada sesiapa pun yang boleh masuk sini tanpa persetujuan aku. Almaklumlah,pekerja kesayangan.So kau rasa, kau akan terlepas ke?" Kata danish dengan ketawa jahat.

"Kau memang gila!" Udai mula menyumpah. Dia dah tak kisah sekarang ini.

"Memang aku gila. Kalau kau tak muncul dalam hidup aku,aku takkan gila macam ni. Hahahhahahaha."

Tok tok tok.

Mereka berdua berpaling ke arah pintu serentak.

"Duduk diam! Kalau tidak nahas kau." Danish memberi amaran. Kakinya melangkah menuju ke pintu.

"Eh, bos. Buat apa kat sini." Soal danish cuak.

"Aku nak check barang kejap." Kaki zhafran baru sahaja ingin melangkah masuk pantas disekat oleh danish.

"Eh, takpe takpe biar aku tolong check. Kau nak check apa?"

"Macam macam la kau ni. Permohonan dari sungai buloh tu. Aku nak pastikan aku sign ke belum je."

"Oh, kebetulan.aku baru je tengok tadi. Kau tak sign lagi."

"Oh ye ke? Nasib baik aku teringat. Aku nak masuk nak sign la."

"Eh, salah! Kau dah sign. Aku salah sebut. Sorry."

"Berbelit la kau ni. Biar aku masuk!" Bentak Zhafran .

"Tapi..nanti.. orang pejabat..ah, biarlah. Aku pergi dulu." Danish pergi acuh tak acuh lalu berlalu pergi.

Zhafran sejadar menggelengkan kepala. Ada ada je danish sorang ni. Nasib baik dia bos yang berdedikasi. Kalau tak dah lama you're fired.

Misteri CintaWhere stories live. Discover now