Zhafran mendukung anak saudaranya yang baru sahaja mengenal dunia. Pipi bayi itu dicium beberapa kali. Comel!
"Nak anak buat sendiri lah bro" Arsyad masih lagi dalam mood mengusik . Semua mata memandang Zhafran termasuklah Udai. Zhafran mengerling ke arah Udai.
"Syad, apa cakap macam tu." Tegur Anisha.
Udai tidak dapat mengawal rasa sedih yang bersarang didadanya lantas meminta untuk keluar sebentar. Zhafran memberikan Bayi tadi ke pada ayahnya lantas mengekori Udai.
Udai duduk di salah satu bangku di luar wad. Hatinya sangat bercelaru. Tiba-tiba bahunya dipeluk dari belakang.
"Abang minta maaf tak jaga anak kita dulu." Kata Zhafran sayu.
"Menda dah jadikan. Tak perlu nak ungkit. Minta maaf macam mana pun bukan dia boleh datang balik." Kata Udai sebak. Perutnya disentuh.
"Abang tahu abang ayah yang tak guna. Baby tu pun mesti malu nak ada ayah macam abang. Sebab tu dia pergi dulu."Udai semakin sebak mendengar kata-kata Zhafran. Air mata yang mengalir di pipinya diseka oleh zhafran.
"Dah, kita dapat anak saudara baru sepatutnya tak naklah nangis-nangis. Senyum sikit, ha,kan comel tu." Pujuk zhafran.
"Mama rasa nak tutuplah butik sebulan. Nak bermain dengan cucu dulu." Ujar Puan Zara.
"Habis Udai tak kerja la ni?"Puan Zara hanya mengangguk. Matanya masih ralit memandang ke arah cucu perempuannya, damia balqis yang sedang berada di pangkuan ibunya.
"Sayang duduk rumah abanglah." Ajak Zhafran.
Dia ni saja kan tanya depan mama. Dia tahu lah aku akan setuju. Nak taknak Udai hanya mengangguk.
"Ni angkat bagasi." Arah Udai. Zhafran tanpa banyak soal hanya mengurut. Demi isteri tercintalah katakan.
"Kenapa rumah ni berhabuk sangat? Saya nak awak cuci semua ni harini juga, saya taknak ada habuk pun."
Zhafran juga menurut persis orang takut bini. Hahah. Bukan dia takut bini sebenarnya, sayang bini.
Dan begitulah hari-hari yang seterusnya. Semua kerja rumah Zhafran yang buat. Memasak, mencuci pinggang, membersihkan rumah, mencuci baju dan semualah. Udai hanya goyang kaki je. Lepas je Zhafran balik dari office dia akan buat semua tu.
Udai megeluh perlahan. Dia tak suka Zhafran yang sekarang. Semua perintahnya dipatuhi tanpa banyak soal jawab. Kadang-kadang dia buat macam-macam agar lelaki itu marah. Tapi Zhafran tetap sabar tanpa merungut. Entah mengapa, dia tak suka! Dia nak Zhafran yang dulu. Yang suka mengusiknya, suka merajuk sikit-sikit. Yang tu dia suka. Nampak pelikkan? Tapi itulah hakikatnya. Kini Cara zhafran melayannya seolah-olah di guna-guna. Sekarang ni dia buat pelbagai cara nak mencari jalan supaya Zhafran marah lepas tu dia akan merajuk, lepastu zhafran akan pujuk. Tapi tulah. Semuanya tak jadi. Dia suruh zhafran basuh pinggan, basuh bajunya berkali-kali dan macam-macamlah.
"Baru balik?" Sapa Udai.
Udai melihat udai. Dia tersenyum. Hilang semua penatnya di pejabat melihat wanita itu.
"Ha ah. Sayang nak apa-apa tak?"
Ni lah soalan yang selalu keluar dari zhafran yang Udai tak suka. Cuba jadi lelaki sikit. Hish.
"Saya nak makan."
"Jap, nanti abang masakkan."
"Saya taknak nanti. Saya nak sekarang."
"Ok sayang."
"Saya taknak awak masakkan. Saya nak makan dekat luar."
"Ha? Ok jom. Lagi mudah tak perlulah nak masak kan?""Baby!." Panggil sofea riang. Lama dia tidak menatap wajah itu. Hensem gila. Memang cukup pakej lah Zhafran ni. Hensem pun ya, kaya pun ya, berpengetahuan pula tu.
Zhafran menoleh ke arah Sofea.
"Baik kau pergi sekarang sebelum isteri aku fikir macam-macam." Kata Zhafran tegas. Matanya menyorot ke arah Udai yang baru saja melangkah ingin membasuh tangan.
"Perempuan tu? So you dah ingat semua? Dia sebenarnha dah sihir U. Sebab tu you jadi tergila-gilakan dia. Perempuan tu perempuan jalang tau .peremPuan JALANG!"
Zhafran naik angin. Suka hati je cakap isterinya macam tu. Baru tangannya ingin menampar Sofea, udai pantas memegang tangannya. Zhafran berpaling melihat udai yang sedang mencerlung melihatnya.
Pang!
Kini pipinya pula di tampar oleh udai. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan.
"Kau nak tampar perempuan lagi? Jangan jadi dayus lah." Herdik Udai.
Zhafran memegang pipinya.
"Dia cakap sa...."
Belum sempat Zhafran menjelaskan Udai pantas menyampuk.
"Aku ingat kau dah menyesal dan dah tak berdendam. Aku tahu kau dah tahu aku ni anak angkat Suraya dan sofea memang anak suraya. Sebab tu kau nak balas dendam dekat adik aku pula kan. Dah aku nak balik. Tak perlu hantar aku naik teksi dengan sofea. Jom sofea." Ajak Udai.
Mereka beriringan meninggalkan Zhafran disitu.
"Tq udai." Ucap sofea.
"Takda pape."
"Sebenarnya aku yang salah."Udai mengerutkan dahinya.
"Aku cakap kau sihir dia. Dan aku cakap kau perempuan jalang. Sebab tu dia marah sangat, ye lah dia kan sayang kau sangat. Sorry."
Udai terkejut. Dia lantas berlari meninggalkan sofea disitu. Dia mencari Zhafran di restoran itu tapi hampa. Zhafran dah takda. Dia menahan sebuah teksi.
"Dah balik dah? Ni sayang tak sempat makan kan tadi. Abang dah masak. Makanlah. Abang naik dulu.makan tau. Nanti sakit perut" Ujar zhafran sebelum mendaki tangga.
Udai gagal tidak menurunkan air matanya. Dia sangat derhaka pada suaminya. Walaupun dia telah menampar lelaki itu, tapi dia tetap risaukan dirinya. Udai memanjat tangga. Berniat untuk meminta maaf dan ampun. Dia rasa berdosa sangat.
Udai membuka pintu. Matanya terbeliak melihat Zhafran bertiarap diatas lantai bilik.
"Ya allah, Zhaf!"
Tq sudi baca. Jngan lupa vote dan comment. Nak sad ending ke happy ending?😺😺
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...