Part 4

46 11 0
                                    

"Zhaf, oooo zhaf, zhaf" panggil syafiq lembut.

"APA?" Mak aii garangnyaa

"Boleh teman aku pergi kenduri rumah kawan aku tak? Adik dia nak kahwin." Pinta syafiq.

"Patut laa miang bukan main lagi ni, nak ajak aku pergi dating rupenye" ujar zhafran sambil tersengih.

"Euww, daripada aku ajak kau dating, baik aku ajak moyang kau!" Syafiq mencebik.

"Dah tahu lagi baik ajak moyang aku, yang kau ajak aku kenapa?" Soal zhafran pula.

"Alah, kau free x ni? Mana tahu jumpa jodoh kau kat sana kan?" Usik Syafiq. Sengaja ingin menaikkan kemarahan pada Zhafran.

"Tak payah nak jodoh jodoh sangat, benci aku dengar!" Kata Zhafran keras. Dia benci akan perkahwinan. Sewaktu dia kecil, ayahnya telah meninggal. ibu nya pula hilang entah kemana, tapi daripada gosip yang dia dengar ibunya lari dengan jantan lain ! Ayahnya pula mati dalam perjalanan ketika mencari ibunya. Sejak dari itu dia mula membenci ibunya dan semua perempuan dalam dunia ini! Bagi nya semua perempuan adalah sama dan semua perempuan adalah musuhnya!

"Kau nak pergi tak ni?" Soal syafiq sekali lagi.

"Tengok rr cane," pamit Zhafran pendek.

____________________________________________________________
THROWBACK

"Papa pergi cari mama sekejap eh" kata Dato' Zarif sambil mengusap kepala anak sulungnya yang baru menginjak usia 6 tahun.

"Papa pergi sekejap tau, zhaf tunggu papa kat rumah ni,"balas anaknya

"Zhafran, kalau papa dah takda nanti, kalau papa tak sempat nak jumpa mama, zhaf ckp kat mama yang papa dah maafkan semua kesilapan mama, zhaf jangan sesekali benci mama tau, jadi anak yang baik, " dahi anaknya lantas dikucup lama. Hatinya dapat berasa perkara buruk bakal berlaku. Anaknya dipandang lama sebelum kakinya mula melangkah menuju ke kereta.

Zhafran mengerling ke arah jam buat ke sekian kalinya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 2 pagi. Hati kecilnya mula berdegup cemas.

"Mana papa ni?" Dengusnya

'TING TONG'

Zhafran mula melangkah menuju ke pintu. Hatinya mula riang kembali. Senyuman lebar diukir dibibirnya.

"Papa!!"jeritnya ceria. Serta merta senyuman dibibir mati. Bukan papanya yang menanti di muka pintu tapi sebaliknya jirannya , Makcik Timah.

"Mana papa? Mama?" Sayu sahaja kedengaran bunyi suara zhafran bertanya.

"Papa kamu terlibat dalam kemalangan, mama kamu? Tak payah tanya la, dah ikut jantan lari. Memang dah lama aku tak suka mama kau tu" kata makcik Timah seraya mencebik. Dia sememangnya sudah dikenali sebagai Makcik Bawang disitu.

Hancur luluh hati zhafran mendengarnya. Walaupun dirinya masih kecil, tapi perkara itu sudah difahaminya.

Setelah acara pengebumian ayahnya, dia dijaga oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata.

"Maafkan zhafran papa, zhaf tak mampu untuk tak benci mama!! "

____________________________________________________________

Udai bersiap awal. Bukan tak sabar nak pergi kenduri tapi memandangkan rumah syahirah mengambil masa lebih kurang selama satu jam dari universitinya. Tambah pula hadiah sempena perkahwinan kawannya tidak dibeli lagi. Dia mengambil keputusan untuk membelinya hari ini. Dia menilik wajahnya dicermin untuk kali ke 125. Haha. Tudung dibetulkan sedikit. Ni laa susahnya kalau pakai tudung!

"Okey, done. Hish lawa laa aku ni. Kalau aku yang jadi pengantin pon boleh ni," omelnya sendirian. 'Eh, asal aku nak jadi pengantin pula' dia menggelengkan kepala. Kaki nya mula melangkah kearah kereta pemberian babanya.

____________________________________________________________

"Eishh, sesak laa! Tak tahu nak parking mana, kau pun satu dah tahu nak pergi kenduri beli laa hadiah awal awal." Bebel Zhafran.

"Dah aku mana tahu rupanya kau nak pergi, kalau aku tahu kau nak pergi aku pergi beli semalam." Kata Syafiq tidak mahu kalah.

"Ok, kalau macam tu kita patah balik, aku pun taknak pergi. Tapi kau buat muka lembik kau semalam aku pergi laa" kata zhafran bersahaja.

"Eh, muka lembik aku hensem tau! Tu kereta tu nak keluar?" Pintas Syafiq cepat .

"Oh, cantik, kita parking kat situ la" ujar zhafran pula.

Mereka menunggu kereta itu keluar dari parking. Tangan sudah bersedia memegang stereng. Baru sahaja zhafran ingin membelokkan keretanya kearah parking, tiba tiba sebuah kereta terlebih dahulu memarkir kereta disitu.

"Bangang punya kereta, kita bukan main tunggu lama nak parking, dia potong macam tu je?" Bentak zhafran geram.

Dia hanya memerhati pemandu kereta tersebut.

'Huh! Perempuan rupanya, patut laa bawa kereta tak guna otak, eh tapi macam familiar je perempuan ni, aku ada jumpa kat mana eh? Ke perempuan tu? Eh , tak tak gambar yang majid bagi dia tak pakai tudung, ah ikut dia laa' rungutnya dalam hati.

"Zhaf!" Sergah Syafiq.

"Ha? Apa kau cakap tadi," tanya zhafran. Dia tak berapa dengar dengan jelas tadi.

"Tu kereta tu nak keluar, nanti kene kebas pula. Yang kau mengelamun sangat apa hal? Takkan dah terbuka hati nak jatuh cinta kat perempuan pula?" Ejek Syafiq. Bukan dia tak nampak Zhafran tenung muka perempuan tu macam nak makan. Perempuan tadi dah masuk dalam mall pun zhaf masih melihat kearahnya.

"Huh! Tak kuasa" dengus zhafran.



Comment and vote!

Misteri CintaWhere stories live. Discover now