"Weh kau ada dengar tak Sofea dah ada pengganti abang aku?" Soal Anisha
"Serius?" Udai 'menyoal' kembali.
"Aku tengok kekasih baru dia tu hensem gile nak mati weh. Cair!" Kata Anisha gedik.
"Wow, bukan senang nak tengok kau gedik macam ni. Kenapa hensem sangat ke. Muka dia macam huang junjie? Atau gao weiguang? Atau denglun? Or thassapak Hsu? Ke vingay jin? Atau cute macam niu junfeng ke comel macam lin yi? Atau hensem dia macam......."
"Dah, dah. Serabut aku, " pintas Anisha.
Udai ketawa mengekek. Kan dia dah sebut semua nama artis china.
"Kalau kau nak tahu hensem dia macam siapa, hensem dia macam L...."
"Tak payah nak menipu la, mana ada orang kat dunia ni hensem dia macam lee min ho," pintas Udai cepat. Kan tak pasal pasal dia pergi rebut bf adik sendiri. kalau muka sama macam lee min ho lah.
"Bukan la, Macam Liu Te sekali tengok. Dua kali tengok pon macam Liu Te." Seloroh Anisha.
"Ouh, Liu Te je, tak la hensem sangat." Cebik Udai.
"Gila kau kata tak hensem? Tapi dia lagi hensem dari Liu Te." Bangkang Anisha.
"Yang kau beria sangat tentang bf si sofea tu kenapa?" Tanya udai pelik.
"Hehe, aku x pernah tengok orang se hensem macam tu." Ujar Anisha.
" ok lah, aku pergi kelas dulu. Layan kau tak masuk kelas aku. Bersiap pon tak lagi. Sibuk nak bergosip je." Ucap Udai lalu berlalu pergi.
________________________________________________________________________________________
"How sweet, thanks hantar I kat U ni. Jom, kita pergi makan kat cafe dulu. I belanja." Ujar Sofea manja.
"Eh sokay, I tak biasa perempuan belanja. Jom lah. I belanja." Balas Zhafran. Matanya melilau lilau ke sekeliling. Mana tahu nampak kelibat yang dia ingin cari.
"You cari siapa?" Soal sofea sedikit gusar.
"Tak de lah, I tengah tengok U you ni. Besar U ni eh." Zhafran beralasan.
"Jom , I tunjuk cafe kat mana." Tangannya lantas memeluk lengan Zhafran erat. Sekali tengok memang seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Sofea tidak menghiraukan pandangan sekeliling. Memang bagus pun begitu. Nanti gosip akan melanda di satu universiti ini.
Zhafran menarik kerusi untuk sofea duduk. Sofea tersipu sipu. Hafiz dulu tak macam ni. Lagi pun dia bukan suka sangat dekat Hafiz tu, hanya sekadar alat untuk sakitkan hati Udai sahaja.
"I pergi ambik makanan eh,"pamit Zhafran seraya berlalu pergi.
"Aunty emma, udai nak ni eh." Kata udai.
"Saya nak ni juga" pinta zhafran. Langsung tidak memandang orang didepannya . Lagipun dia datang sini bukan nak tengok orang. Hanya ingin mengorek rahsia sahaja.
"Minta maaf la,baki ada satu saja. Siapa yang datang dulu lah ye." Terang aunty emma. Dia serba salah sebenarnya. Nak bagi dekat lelaki ni , Udai sangat baik dengan dia. Nak bagi dekat Udai lelaki ni tampan sangat.
"Saya datang dulu." Kata mereka serentak. Seketika mata mereka berpaut.
"Dia datang dulu." Kata mereka serentak lagi.
Zhafran merengus. Dia malas ingin bergaduh dengan perempuan lagi. Aunty emma sudah memegang kepala. Bila nak, kedua dua nak, bila taknak, kedua dua sekali taknak.
"Takpe la aunty, udai dah takde selera dah nak makan ni, udai nak yang ni je la." Putus Udai. Dia ingat dia takkan jumpa lagi mamat ni. Serabut betulla.
"Okey, okey."
Setelah mendapatkan makanan, udai bergerak ke arah meja. Senyuman terukir apabila melihat muka masam Anisha disitu.
"Lambatnya kau," marah anisha.
"Ha, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Ni la apa yang aku rasa setiap kali kau bersiap lambat." Kata Udai selamba.
"Hmm, ye la." Malas nak bergaduh dengan udai ni. Memang langsung tidak memberi peluang untuk orang lain menang.
"Weh, tu la bf adik kau." Kata Anisha seraya menunjukkan ke arah pasangan itu.
Mata udai terbeliak. Laa manusia ni ke yang dikatakan hensem gila nak mati tu? Tolong lah.
"Ni ke yang kau cakap lebih hensem dari Liu Te?" Soal Udai tidak oercaya.
"Ye la, kau tengok tak sama ke? Tapi macam huang junjie pon boleh." Kata Anisha.
"Ya allah macam huang junjie lagi la tak. Kau jangan main main nak samakan retis favourite aku dengan mamat ais ni eh. Kau nak tahu tak muka dia macam apa? Aku tengok Muka dia ada iras iras kau ckit dan 'katak tempuru' tau tak?"
Anisha tersenyum. Dia tahu 'katak tempuru' yang dimaksudkan oleh Udai itu siapa. Sudah tentu kembarnya. Bila mula membandingkan 'katak tempuru' dengan kekasih sofea ni, ada la persamaan sedikit. Tapi, lelaki ini 10 kali ganda lebih hensem dari katak tempuru itu.
"Hmm, panjang umur, cari kau la tu. Memang tak boleh tengok aku senang," ujar udai. Anisha lantas menoleh.
"Abang? Buat apa kat sini?" Soal Anisha.
"Saja, abang join sekali boleh?" Soal Arsyad tak tahu malu. Tanpa menunggu persetujuan , dia lantas duduk di kerusi kosong disitu.
"Sya, tolong pergi ambik makanan, please..." ujar Arsyad.
"Hmmm.." Anisha bingkas bangun. Dia tahu abangnya sengaja ingin berdua duaan dengan Udai.
Please comment and vote
YOU ARE READING
Misteri Cinta
Romance"Udaimatunnur Raisya Rihanna" segaris nama terpancul dari bibir merahnya."kau tunggu balasan aku Suraya!" Megat Zhafran Anaqi. Hadirnya hanya untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada keluarganya diatas perbuatan Suraya. Dia nekad ingin...