SEMI FINAL

52.2K 1.8K 737
                                    

3 BULAN KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 BULAN KEMUDIAN

BAM!Usai pintu wad tertutup, Mawar tercegat agak lama disitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAM!Usai pintu wad tertutup, Mawar tercegat agak lama disitu. Siang berganti malam, malam berganti siang Hayden tetap membisu. Terbaring lesu di atas katil hospital.

Mawar singgahkan punggung perlahan atas sebuah kerusi-berdepan dengan wajah kosong Hayden. Sepi, hening beberapa saat.

"Saya dah menang perbicaraan. Noora dan Hades dijatuhkan hukuman mati. Bukan saya yang menang, tapi kita. Kita, Hayden. Saya tahu ini yang awak nak. Ini yang idamkan selama ini."

"Hayden-"

"Saya nak awak berjuang sekali lagi. Bukan ini pengakhiran yang kita nak. Kita layak ada pengakhiran yang baik seperti kisah-kisah lain di luar sana. Kisah kita belum berakhir. Kita baru bermula. Jadi saya merayu, awak kena berjuang sekali lagi."

"Saya datang kesini fasal saya nak maklumkan saya dengan Hakan akan pergi dari sini. Mencari diri saya sendiri yang hilang. Saya nak awak tahu, kalau awak sedar satu hari nanti saya nak awak kejar saya balik. Sejauh mana saya lari, awak mesti kejar saya. Sepertimana awak melihat seekor 'maripossa' di taman indah, awak teringin memiliki rama-rama cantik itu lalu awak mesti dapatkannya tak kira apa cara sekalipun."

"Hakan dah pandai cari awak. Seperti mana saya dah bagitahu awak, saya bagitahu awak ayah yang jahat. Jahat kerana buat kami ternanti-nanti kepulangan awak. Nama Hakan dah jadi pewaris seperti mana awak nak. Saya sendiri yang izinkan."

Mawar baringkan kepala pada dada Hayden. Dapat didengar detak jantung Hayden yang lemah.

"Hayden-"

"Saya bersyukur saya masih mampu dengar detak jantung awak. Like always. Jika ia berhenti, jantung saya juga akan berhenti...."Dada Hayden diramas perlahan.

"Seperti apa yang terjadi pada malam itu."Sambung Mawar. Tidak pernah lupa sedetikpun malam tragis dimana Hayden terpaksa diselamatkan dengan volt elektrik dengan hitungan tujuh kali.

"Kalaulah awak tak pergi..."

Ya, kalaulah Hayden tidak pergi membuat perhitungan dengan Hades malam itu, Hayden tidak akan terlantar sepi disini dan tidak membiarkannya merintih pilu berhari-hari disini. Hayden dan Hades sama-sama dikejarkan ke hospital. Hasil pergaduhan, Hayden terkena tembakan dan tikaman di bahagian perut. Malah semakin parah ekoran Hades berjaya membocorkan brek keretanya.

"Kisah kita unik, Hayden. Kita berkenalan dengan satu tragedi yang menyakitkan. We fight and we will get back again. Saya rindu nak bergaduh dengan awak. So do you, i know. Awak memang tak nak kalah dengan saya. That's why saya benci dengan awak."

"Awak nak bawa saya dengan Hakan ke Perancis jika semua ni selesai. Saya masih ingat janji awak. Saya dah ingat siapa yang bercakap dengan saya waktu saya koma. Awak inginkan satu peluang, ya peluang sentiasa ada untuk awak tak kira berapa kali awak menyakiti saya."

"Saya belajar untuk faham awak selepas ini sepertimana awak belajar untuk berubah. Saya yakin saya tak terlambat. Kalau saya terlambat pun, saya tahu hati awak akan tetap terbuka untuk saya. Saya kenal awak, Hayden. Awak juga pernah membenci saya tapi tetap kalah dengan hati awak."

"Awak lelaki yang tak sempurna. Saya tak harapkan kesempurnaan awak cukup awak sentiasa belajar untuk memperbaiki apa yang sudah retak. Saya redha dengan ujian Allah ini, Hayden. Allah uji kita sebab dia sayang kita. Sayangkan hubungan kita. So, please comeback...Allah spare our marriage again.."

"Kita sama-sama belajar,okey?"

Mawar pejamkan mata. Sakit dadanya menahan sebak. Lengan Hayden dipeluk kemas. Sedar tak sedar, dia teresak-esak di tepi Hayden.

"Saya-"

"Saya pergi dulu. Kalau awak dah sedar, kejar saya balik. Saya tunggu awak."Mawar lap air mata setelah perasan masanya disitu makin singkat. Kening Hayden dicium lama.

"I love you, Raja Hayden Behzad."

"I love you so much..."

"I love you."

"Saya-pergi."Bibir Hayden dikucup. Bertalu-talu ciuman dia hadiahkan pada ubun-ubun Hayden.

"I love you...."

Tepat pukul 3 pagi, Mawar pergi tinggalkan wad sepi itu. Berat rasa hatinya menarik tombol pintu. Wajah dipalingkan pada tubuh Hayden lagi.

Hayden tetap membatu. Bam! Pintu ditutup kembali. Satu, dua, tiga, Mawar melangkah pergi dengan semangat yang tidak seberapa. Longlai. Malas. Lemah. Tak berdaya.

Beep.

Beep.

Beep.

Mesin pernafasan Hayden masih berlagu, mengharapkan Mawar berpatah balik serta membatalkan niat.

Beep.

Beep.

Beep.

Beep.....................................

Beep.

- T A M A T -
START : JAN 2021
END : JAN 2022

Huwaaaaa! What a long journey! Air mana air? Semput! Semput!

Rasa naik gunung Kinabalu buat cerita ni. Okay, actually Drizellla nak habiskan sbb takut cerita ni melelat macam sinetron. Hah, dah ada orang komen eeeii pakehei cerita ni macam sinetron?! 🤧

Well, this is our ending. Ending yang begitu epik seepiknya i mampu buat. Hehehe. See u in the next battle! +-+

Anyway, i need your thoughts like usual. Komen bawah.

LAST QUESTION:

1. WATAK YANG KORANG PALING SUKA DALAM CERITA NI?

2. WATAK PALING KORANG X SUKA DALAM CERITA NI?

3. PART PALING AWAK SUKA

4. BERAPA BINTANG AWAK NAK BAGI UNTUK MAWAR BEHZAD?

6. REVIEW MAWAE PANJANG LEBAR. DRIZELLA MENERIMA KRITIKAN AWAK SEMUA.

7. HARAPAN TERAKHIR?

8. ADA SOALAN KEPADA DRIZELLLA?

Love,
Drizellla.
2022.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now