- Toulouse, France.
Tiga bulan kemudian.
TIT-- Navigo Pass berwarna biru discan pada sebuah mesin validator berwarna ungu yang telah disediakan pada entrance stesen metro sebelum dia masuk ke dalam perut tram. Mawar heret bagasi saiz kecil miliknya ke dalam sambil mata diliarkan pada nombor tempat duduk yang tertera pada tiket tram.Hampir lima minit berasak dengan penumpang lain, akhirnya dapat juga Mawar labuhkan punggung pada tempat duduk sendiri. Seperti biasa, perjalanan dari Toulouse ke Bordeoux akan memakan masa lebih dua jam setengah dari sekarang, tapi itulah hakikat Mawar terpaksa telan demi untuk menjenguk Hakan setiap hujung minggu.
Tiga bulan sudah berkerja di Toulouse di sebuah galeri, tak langsung menyusahkan Mawar berpisah dengan si kecil Hakan. Begitu juga dengan Hakan yang seakan-akan mengerti pekerjaan sang ibu. Mengajar Mawar menjadi lebih kuat meski kadangkala dia jika tidak betah mahu berpisah dengan Hakan.
Ipad Air dikeluarkan dari casing, lama Mawar lempar pandangan ke luar tram untuk mencari idea yang hilang setelah terganggu dengan tram ke Bordeoux sudah sampai di stesen sebentar tadi.
"Etes- vous un auteur?" (Kau penulis?)
Tersentak, Mawar tercari siapa yang bercakap tadi. Takkanlah makcik di sebelah aku ni? Shedap-shedap je dia tidur sebelah aku ni...
Mawar alih leher ke belakang. Di sebalik celahan kerusi tram mata Mawar tertangkap pada figura lelaki berhoodie hitam yang tidak dapat dilihat wajahnya dengan jelas kerana ditutupi dengan mask hitam, manakala wajahnya pula tertuju ke arah cermin tram.
Mawar kerut dahi. Macam mana dia boleh tahu aku ni penulis? Skodeng aku ke lelaki ini?
"Oui, Monsieur." (Ya, Encik)
"Quel de genre ecrivez-vous?" (Genre apa yang kau tulis?)
Mawar berhenti sejenak. Jari-jemari yang menari pada keyboard langsung terjeda tidak lama. Hoi, banyak tanya punya stranger ni! Boleh writer block kalau macam ni. Mawar tutup Ipad. Air dalam botol diteguk perlahan.
"Romance." Tukas Mawar bersahaja.
"A' propos de quoi?" (Fasal apa?)
"About my life and my ex husband," Jelas Mawar pada si stranger yang sangat-sangat sibuk ingin tahu. Tak apa, layankan saja sampai tamat nanti tak lah boring sangat dalam tram ni.
"What's the title?"
"The Hayden's Court."
"La cour de Hayden? Est-le nom de votre mari? Hayden." (The Hayden's Court? Jadi itukah nama bekas suami kau? Hayden)
"Raja Hayden Behzad." Beritahu Mawar. Makin rancak berbual dengan si stranger yang ramah tak kena tempat itu.
"Raja Hayden Behzad? I'm also Hayden."
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...