BAB 27

2.7K 285 55
                                    


"Fateh, mama kira sampai tiga, kita lari laju-laju balik ke chalet."

"Satu..."

"Dua..."

"Tiga..."

Mereka berlari masuk semula ke dalam pagar yang tidak berkunci. Kereta itu berhenti dan beberapa orang lelaki yang memakai topeng turun dan mengejar Hannah dan Fateh. Mereka berlari selaju yang mungkin. Tangan Fateh dipimpin dengan erat.

"Nialll! Tolong!!"

"Tolong!" Hannah laung sekuat mungkin. Berharap bahawa ada pekerja di situ yang mendengar jeritan Hannah.

Fateh di sebelah juga turut menjerit meminta tolong.

Laju Hannah berlari, lagi laju mereka mengejar. Entah di mana silap, pegangan tangan Hannah terlepas dan Fateh terjatuh. Hannah berpaling semula ke belakang tetapi orang jahat yang bertopeng itu telah pun mengangkat Fateh ke dalam dukungan mereka. Fateh meronta-ronta dan menjerit meminta tolong.

Hannah bergelut dengan dua orang lagi lelaki yang menghalangnya daripada mengambil Fateh yang didukung oleh seseorang di belakangnya. "Tolong! Tolong! Lepaskan anak aku! Tolong! Tolong!"

"Mama! Mama! Tolong!" Fateh menjerit. Air mata berjuraian dari pipinya.

"Lepaskan anak aku! Lepaskan anak aku!" Hannah menjerit bagai nak gila.

"Diamlah perempuan." Pipi Hannah ditampar dan badannya ditolak dengan kuat sehingga dia jatuh ke atas tanah. Kepalanya terhantuk kepada sebuah batu yang bersaiz sederhana besar. Hannah cuba bangun namun kepalanya sakit.

"Ya Allah, tolong aku dan Fateh. Selamatkan kami berdua." Dalam diam Hannah memanjatkan doa. Dia tiada kekuatan untuk melawan.

"Kau dengar sini, kau bagitahu bapa kau, anak dan cucu dia akan mati." Seorang lelaki mencengkam leher Hannah dengan kuat sehingga dia sukar untuk bernafas. Dia cuba bergelut tetapi cengkaman yang kuat pada lehernya membuatkan dia semakin lemah.

Seketika, masa seakan-akan terhenti.

Sebelum Hannah mendengar derapan kaki kuda yang semakin lama semakin kuat bunyinya. Hannah berpaling ke arah punca bunyi tersebut.

"You touch my lady, I will kill you." Rayyan bertempik dari kejauhan.

"Jom blah." Kata lelaki yang mencengkam leher Hannah kepada dua orang lagi rakannya.

Rayyan menunggang maximus, kuda putihnya. Pancaran cahaya matahari membuatkan bulu kuda putih itu bersinar keemasan dan mata birunya berkilau sehingga terbias ke seluruh alam.

Sebelah tangan memegang tali kuda, manakala sebelah tangan lagi memegang busur. Anak panah di dalam bekas digantung pada bahu Rayyan, siap sedia untuk menusuk mangsa.

Rambut Rayyan beralun ke belakang bersama muka bengisnya. Sepasang mata hazelnya bertukar gelap. Seakan-akan menyimpan amarah yang mendalam. Mata helang itu tepat memandang kepada pihak musuh, tanda yang dia sudah sedia untuk bertempur. Satu nak panah diambil lalu dipasang pada busur.

"Hiyaghhhh." Sambil menunggang kuda, satu anak panah dilepaskan dan tepat jatuh pada kaki kanan si musuh yang sedang berlari kejauhan.

"Ah!" Jatuh terduduk. Darah keluar memercik-mercik.

Bunyi ringkik kuda kedengaran kuat. Bersatu dengan suara Rayyan yang bertempik marah.

Hannah melihat Rayyan seperti bidadara tanpa sayap yang turun dari kayangan bersama dengan kuda putihnya. Sayapnya yang tidak kelihatan melebar ke seluruh alam, melindungi sang permaisuri daripada ancaman bahaya.

Mereka bertatapan mata buat seketika. Isyarat dalam diam, Rayyan memberitahunya bahawa dia sudah selamat.

"Get off, you idiot!" Pekikan bergema.

"Don't you ever dare to touch my son!" Rengusan kasar Rayyan jelas kedengaran.

Rayyan menarik tali kudanya lalu Maximus berhenti di sebelah Hannah. Rayyan menghulurkan tangannya kepada Hannah. Melaui lirikan mata, Rayyan menyuruh Hannah supaya naik ke atas kuda bersamanya.

Hannah berusaha untuk bangun dan menyambut huluran tangan Rayyan. Rayyan menarik tangan Hannah, pinggang Hannah ditarik rapat ke arahnya dan entah macam mana, Hannah sudah pun berada di belakang Rayyan menaiki kuda.

"Hold me tight, my lady." Hannah tiada pilihan lain melainkan memeluk belakang badan Rayyan. Bau wood and earth menerjah masuk ke dalam ruang hidung Hannah. Hannah menghirup sedalamnya wangian yang menenangkan itu. Berharap agar apa yang berlaku sekarang hanyalah mimpi dan apabila dia bangun daripada mimpi ini, dia sedang berada di atas katil dalam biliknya.

"Thank you, Rayyan my guardian angel." Bisik hati kecil Hannah.

Dan mereka mula bergerak ke arah Fateh yang masih berada dalam dakapan seorang musuh. Pergerakan dan jiwa mereka bersatu. Hannah hanya mengikut sahaja pergerakan Rayyan.

"Hiyaghhhh!" Sekali lagi, jeritan Rayyan bergema.

Dua lagi anak panah dilepaskan lagi dan jatuh pada kaki kedua-dua orang musuh. Sekelip mata mereka terduduk ke atas tanah dan mengerang sakit. Rayyan kelihatan sangat cekap dan tangkas dalam menunggang kuda sambil melepaskan anak panah, seperti sudah terlatih bertahun-tahun lamanya. Terbit perasaan kagum dengan apa yang terbentang di hadapan mata.

Maximus berhenti betul-betul di hadapan musuh-musuh yang sedang menggelupur sakit. Hannah dan Rayyan turun dan Hannah segera berlari mendapatkan Fateh. Tubuh Fateh Hannah peluk erat dan pipinya dicium berkali-kali bersama linangan air mata. Tidak dapat Hannah bayangkan andai Fateh betul-betul pergi dari hidupnya.

Kereta Alphard yang datang tadi sudah pun tiada. Hannah mengagak dalam kereta itu juga ada kawan-kawan kepada penjenayah tersebut dan mereka melarikan diri sebelum mereka turut tertangkap sama.

Rayyan mengikat mereka dengan tali yang dibawanya bersama dan kemudian dia menelefon polis.

"My lady, please don't cry. I am here with you. You are safe now." Suara garau Rayyan berbisik betul-betul di sebelah telinga Hannah.

"Thank you, Niall."

"Thank you so much." Ucap Hannah dengan ikhlas bersama dengan linangan air mata di pipinya.

"Aku akan korbankan segala-galanya untuk kau walaupun nyawa aku yang menjadi pertaruhan, Hannah." Mata helang Rayyan menikam mata Hannah menghantar satu pandangan hangat yang menggetarkan jiwa.

"Because I am your guardian angel and will forever be.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now