BUNGKUSAN POS LAJU bersaiz XL terletak elok di atas meja guru. Hannah yang baru sahaja tiba di bilik guru selepas habis mengajar kelas 1 Marikh memandang pelik ke arah bungkusan tersebut. Setahu dia, dia tidak memesan apa-apa barang atas talian dalam waktu terdekat ini.
Dia melabuhkan punggung lalu dibelek-belek bungkusan tersebut. Nama pengirim tidak dikenali.
"Hannah?" Mei di sebelah menegur.
"Ya?" Dikalih mukanya sekilas melihat wanita berbangsa Cina itu yang sedang memegang satu tin kopi di tangan buat menghilangkan rasa mengantuk.
"Tadi ada abang posmen hantar barang you. You beli apa tu?" Soal Mei berminat ingin tahu.
Hannah angkat bahu, "I tak ada beli apa-apa barang pun baru-baru ini. Itu yang I pelik."
"You serious? Maksudnya hadiah ni daripada peminat rahsia you ya." Mei tersengih mengusik.
"Ish, you ni merepek tau. Siapa jelah yang nak minat dekat perempuan macam I ni."
"Dahlah. Bila I cakap, mesti you buat ayat macam tu. Malas I nak dengar tau. Cepatlah buka bungkusan tu, I tak sabar nak tengok." Mei seakan-akan terlebih teruja dan tak sabar-sabar melebihi dirinya.
"Ya, sekejap. I nak bukalah ni." Hannah mengambil gunting di dalam kotak pensel miliknya lalu dia menggunting hujung bungkusan tersebut lalu dikeluarkan isi di dalamnya.
Oh em gee!
2 buah kotak berwarna ungu jenama duck. Hannah menekup mulut tidak percaya. Siapa pula yang menghadiahkan tudung yang berharga ratusan ringgit ini kepadanya.
"Wah, siapa yang hadiahkan you duck scarves ni? Cantiknya, Hannah." Kelihatan Mei seperti teruja. Dia mengintai-intai dari meja sebelah.
Perasaan terkejut masih belum hilang. Tidak pernah dia mendapat hadiah semahal ini. Bukan sekotak, tetapi dua kotak tudung berjenama duck. Tanyalah mana-mana perempuan yang ada di Malaysia ini, pasti tiada siapa pun yang tidak tahu tetang tudung duck ini. Sedangkan Mei yang bukan beragama Islam pun tahu tentang kewujudan tudung ini.
Dengan rasa tidak sabar, Hannah membuka kedua-dua buah kotak di atas mejanya sambil diperhatikan oleh Mei. Dua helai tudung satin bercorak abstrak, satu berwarna coklat cair manakala satu helai lagi berwarna biru muda. Serius cantik, dia tak tipu!
Kedua-dua buah kotak diselitkan dengan kad sebesar saiz tapak tangan yang ditaip dengan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pembeli. Hannah cuba mencari petunjuk lain untuk mencari gerangan siapakah yang memberikannya hadiah semahal itu. Setelah puas membelek-belek kotak tersebut, dia terjumpa sehelai kertas putih bersaiz kecil.
"Special for you. Yours truly, SRD."
Serta merta senyuman manis terukir di bibir mungil Hannah kerana dia dapat meneka siapa pemberi hadiah tersebut walaupun hanya ditulis singkatan namanya.
SRD? Tak lain dan tak bukan adalah Syed Rayyan Danial.
Mula-mula diberinya Al-Quran, kemudian tudung. Apakah motif Rayyan memberinya hadiah sebegini? Adakah Rayyan sudah jatuh cinta kepadanya lalu diberikan hadiah-hadiah ini bagi meluahkan isi hatinya? Jika benar perkara itu berlaku, dialah orang yang paling gembira dan bahagia di dalam dunia ini. Tetapi apa yang merunsingkan dirinya adalah Rayyan tidak pernah sekali pun mengucapkan kata-kata cinta mahupun meluahkan isi hatinya. Dia juga tidak pernah menunjukkan sebarang tanda bahawa dia suka kepada Hannah, namun dia hanya menunjukkan sifatnya yang sangat ambil berat dan sentiasa melindungi Hannah. Apakah makna di sebalik setiap perbuatannya jika bukan cinta?
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...