BAB 15

3.6K 348 32
                                    

"Siapa?" Tanya Rayyan.

"Daddy." Jawab Hannah sepatah.

"Whose daddy? Yours or Fateh's?" Rayyan semakin berminat. Sudah lama dia tertanya-tanya apakah status Hannah yang sebenar.

"Mine. He does no longer have a dad." Jawab Hannah sambil memandang dari jauh Fateh yang sedang lena di katil.

"He's dead." Sambung Hannah lagi.

Rayyan menganggukkan kepala. Masih setia mendengar. Jadi, Hannah merupakan seorang janda dan ibu tunggal rupanya.

"Fateh bukan anak saya."

Pernyataan yang baru disebutkan mengejutkan Rayyan. Sangkaannya terhadap Hannah selama ini meleset.

"Maksud kau?"

"Fateh anak saudara saya. Abang ipar dan kakak saya kedua-duanya sudah meninggal dunia. Saya jaga Fateh sejak dia berusia setahun." Hannah mula membuka rahsia yang disimpannya selama ini.

"Your mum?" Tanya Rayyan.

"Dia meninggal 4 tahun lepas."

"4 tahun dahulu, daddy buang saya setelah arwah kakak dan mummy meninggal. Ada sesuatu yang berlaku dalam family saya waktu tu. Daddy tak boleh terima dan buang saya dan Fateh, sedangkan kamilah satu-satunya keluarga dan darah dagingnya yang tinggal. Sekarang dia datang balik. Perlu ke saya maafkan dia setelah apa yang saya lalui selepas saya dibuang keluarga." Hannah mula teresak kecil.

"Dia halau saya dengan Fateh keluar dari rumah tu sehelai sepinggang. Bapa mana yang sanggup buat anak dia macam tu? Salah orang lain, tetapi kenapa saya yang kena tanggung semua benda?" Tangisan Hannah semakin lebat.

Rayyan buntu hendak buat apa. Hendak diusap belakang badannya, mereka bukan mahram. Hendak dipujuk, dia sendiri tidak berada di tempat Hannah malah tidak tahu apa yang benar-benar berlaku kepadanya kerana Hannah tidak bercerita sepenuhnya apa yang berlaku. Akhirnya dia memilih untuk diam dan hanya mendengar. Risau dia tersalah cakap makin lebat pula tangisan Hannah. Hannah Medina si ratu air mata.

"Fateh ibarat nyawa saya. Saya jaga dia sejak kecil. Saya takut sangat kalau suatu hari nanti ada orang datang untuk ambil dia daripada saya. Waktu tu, saya sanggup buat apa sahaja asalkan saya dah Fateh tak berpisah." Hannah mengesat hidungnya. Ha kan dah meleleh. Tidak berani dia pandang muka Rayyan dengan muka sememeh begitu.

"Nah." Entah dari mana Rayyan dapat sapu tangan, dia hulurkan kepada Hannah.

"Buruk muka kau macam tu." Amboi, sempat mengutuk aku ya!

"Ya, saya tahu memang buruk. Janganlah pandang saya." Huluran sapu tangan disambut disertai dengan gelak kecil di hujung. Macam dalam novel, si hero akan bagi sapu tangan kepada si heroin. Aw, gentleman juga ya Rayyan ni! Bau wood and earth milik Rayyan dapat Hannah hidu di sapu tangan itu. Serta merta hatinya menjadi tenang, dia suka akan bauan milik Rayyan.

"Siapa pandang kau." Rayyan membidas. Padahal sedari tadi dia hanya memerhatikan sahaja wajah Hannah dari sisi. Hannah pula langsung tidak memandangnya. Barangkali tidak mahu diri dia diperhatikan dalam keadaan begitu.

"Yelah..." Hannah mengalah. Bab bergaduh, laju je ek Rayyan membidas.

"Ha, dah sudah pasal saya. Sekarang ni giliran awak pula." Hannah berpaling ke sisi. Mata mereka bertentangan buat seketika. Pandangan mereka terkunci.

Those hazel eyes. Stunning!

"Apa?" Rayyan berdehem buat menghilangkan rasa janggal antara mereka. Sejak bila mereka buat perjanjian ni. Lepas Hannah cerita pasal diri dia, giliran dia pula untuk buat benda sama. Mana boleh, kantoi la nanti.

"Awak tak kerja ke? Oh ya, selalunya awak datang pakai baju santai, hari ini tiba-tiba je pakai baju formal. Awak kerja apa sebenarnya?" Soal Hannah dengan peraaaan ingin tahu yang membuak-buak. Bukan senang tau ada peluang macam ni. Alang-alang peluang itu terbuka, waktu inilah masanya untuk dia mengenali lelaki kacukan Arab itu dengan lebih dalam.

"Oh, aku tolong member buat bisnes. Tadi ada interview kerja, itu yang aku pakai baju macam ni." Rayyan tidak jujur dengan Hannah. Jika Hannah tahu pekerjaan sebenar dia, dia tidak rasa Hannah akan baik dengan dia seperti sekarang. Dia yakin 100% kebaikan Hannah kepadanya akan bertukar menjadi kebencian.

"Jadi awak dapat ke kerja tu?" Soal Hannah lagi.

"Belum tahu lagi."

"Oh."

Jeda seketika antara mereka.

"Haa awak tinggal dekat mana ya? Mesti dekat area rumah saya juga kan. Sebab awak selalu je muncul pada waktu yang tepat. Ke awak stalk saya ni?" Hannah serkap jarang. Saje hendak mengusik Rayyan. Dia percaya pada kuasa jodoh dan takdir. Mungkin kerana mereka berjodoh, sebab itulah mereka selalu terserempak di tempat dan waktu yang sama. Rayyan kan Guardian Angel Hannah. Ceh perasan!

Rayyan telan air liur. Sebaik mungkin dia mengawal riak mukanya. Sejauh mana penipuannya akan kekal dan bilakah kebenaran akan terbongkar. "Ya, aku tinggal area situ juga."

"Wah, jadi lepas ni boleh la saya menyusahkan awak lagi kan." Ucap Hannah disusuli dengan tawa kecil. Meskipun dia belum sepenuhnya mengenali Rayyan, tetapi dia sangat selesa dan selamat apabila lelaki itu berada di sampingnya. Tidak perlu dia bermanis mulut untuk meyakinkan Hannah, tapi cukuplah dengan sifat caring dan protective yang ditunjukkan olehnya. Hati Hannah cair.

Buat pengetahuan semua, Hannah tidak mudah percaya dan rapat dengan orang lain. Setelah keluarganya sendiri membuang dirinya, dia hilang tempat bergantung. Sejak itu, dia tidak bergantung kepada sesiapa pun. Hidupnya sebatang kara. Fateh lah yang menjadi penemannya siang dan malam. Sebab itulah dia tiada kawan yang rapat meskipun di sekolah. Dia mempunyai hubungan yang rapat dengan cikgu-cikgu lain tetapi untuk mempercayai mereka bukanlah mudah. Inikan pula hendak membuka pekung di dada yang sekian lama tersimpan kemas di dada. Dia percayakan Rayyan. Sejak pertama kali mereka bertemu, kepercayaan itu telah terbina apabila dia membiarkan Rayyan yang pertama kali dikenalinya membawa dia pulang ke rumah apabila dia tidak boleh memandu kerana badannya menggigil.

"Sure."

Jawapan ringkas Rayyan mengejutkan Hannah.

"Awak serious? Walaupun saya kacau awak tengah-tengah malam? Walaupun saya kacau hari cuti sabtu ahad awak? Awak sanggup datang tolong saya? Betul ni Rayyan? Sekali awak dah cakap, awak kena kotakan tau. Tak boleh tarik balik dah kata-kata awak tu." Sengaja Hannah menggertak Rayyan untuk menguji lelaki itu.

"Don't you remember what I've told you before?" Rayyan memandang tunak ke dalam anak mata Hannah.

"What?" Hannah membalas renungan Rayyan.

"I'm your guardian angel. Bear in your mind." Suara husky milik Rayyan cuba meyakinkan Hannah.

Pandangan mata mereka terkunci. Satu perasaan halus meresap masuk ke dalam jiwa. Rentak sistolik jantung menjadi tidak sekata. Tangan dan kaki menjadi sejuk serta merta.

"Rayyan." Panggil Hannah.

"Yes?" Mata mereka masih lagi terkunci.

"I want to be..." Kata-kata Hannah terhenti apabila telefon Rayyan berbunyi.

"Maaf, aku kena angkat call ni." Rayyan meminta diri dan terus keluar dari wad tersebut.

"Yours..." Sambung Hannah apabila Rayyan sudah berlalu pergi. Sudah tentu Rayyan tidak mendengar apa yang dikatakan.


Thank you sebab vote dan comment!

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now