BAB 35

2.4K 242 10
                                    

KELUAR sahaja dari kereta, Hannah ke tempat duduk penumpang lalu membukakan pintu kereta untuk Fateh. Fateh mendepakan tangan minta didukung lalu Hannah menggeleng.

"Mama tak laratlah, sayang." Hannah menggelengkan kepalanya sekali lagi. Fateh sudah makin besar dan berat, jadi dia tidak dapat menampung berat Fateh. Badannya juga keletihan kerana dia tidak cukup rehat beberapa hari ini. Semakin dia sedih, semakin dia fokus pada kerjanya sehingga kadang-kadang dia terlupa untuk menjaga makan dan waktu tidur. Baginya itulah salah satu cara untuk melupakan kesedihan yang dialami.

Fateh turun dengan sendiri seakan-akan memahami. Di tempat parkir kereta bawah kondominium mereka, Fateh dan Hannah berjalan berpimpinan tangan melewati deretan kereta.

"Mama, can you please cook for me something?" soal Fateh sambil matanya dikerdip-kerdipkan beberapa kali.

"What do you want for dinner?" Hannah bertanya kembali. Ubun-ubun Fateh diusap perlahan. Jarang Fateh hendak meminta seperti ini, pasti Fateh rindu akan masakannya kerana sudah beberapa hari mereka hanya makan luar.

"Mac and cheese with chocolate milk shake, can I?" Lancar sahaja dia menyebut, pasti sudah lama dia teringin.

Hannah meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di dagu lalu berfikir sejenak, "Boleh sayang, tapi bahan dekat rumah tak cukup. Kita ke Tesco beli barang sekejap, okay?" Mujurlah esok hari minggu, jadi tidaklah dia berat hati hendak menunaikan permintaan Fateh.

"Okay, mama!" jerit Fateh riang. Yay, mama hendak masakkan makanan sedap untuknya! Lalu mereka pun sama-sama berpatah balik ke kereta untuk pergi ke Tesco. Kalau Fateh beritahunya awal-awal, sudah pasti dia sudah singgah sewaktu mereka dalam perjalanan balik tadi. Tak mengapalah, demi Fateh apa pun dia sanggup lakukan.

Belum sempat Hannah membuka pintu kereta, Rayyan yang entah muncul dari mana menahan pintu kereta lalu menghentikan perbuatan Hannah. Hannah memandang Rayyan kegeraman.

"Awak ni dah kenapa?" marah Hannah.

"Saya cuma nak jumpa dan cakap dengan awak je. Seminggu dah awak lari daripada saya," balas Rayyan.

"Papa!" jerit Fateh lalu dia memeluk kaki Rayyan. Lalu Rayyan mengangkat Fateh dan mencium pipinya berulang kali bagi menghilangkan rasa rindu yang menebal di dada.

"Papa, Fateh rindu sangat pada papa," ujar Fateh.

"Papa pun rindu Fateh juga." Pipi Fateh dicubit perlahan.

Sebelum ini, pemandangan seperti inilah yang Hannah suka tengok. Tapi sekarang perasaan meluat membuak-buak. Dasar penipu!

"Apa semua ini Rayyan? Cukuplah, saya dah tak nak jumpa awak lagi. Kan saya dah kata saya dah tak nak tengok awak depan mata saya selepas ini. Kita dah tak ada apa-apa." Suara Hannah naik seoktaf. Rayyan yang sedang mendukung Fateh tergamam. Tanpa amaran, Hannah mengambil Fateh dari dukungan Rayyan. Tidak dipedulikan Fateh yang meronta ronta kerana enggan berpisah dengan Rayyan.

"Mama, Fateh nak jumpa papa. Fateh rindu papa," ujar Fateh dengan suara yang mendayu-dayu. Dia terkejut kerana mamanya kelihatan begitu marah.

"Fateh, jangan degil boleh tak?" marah Hannah.

"Dah, jom kita balik." Tegasnya.

"Tak nak." Fateh berdegil. Dia berlari dan memeluk kaki Rayyan kembali. Dia takut kerana inilah kali pertama dia melihat Hannah marah seperti ini.

"Hannah, kenapa ini?" Rayyan masih cuba berlembut dengan Hannah.

"Kenapa kau tanya aku? Sudah amnesia atau sengaja buat-buat lupa?" perli Hannah. Tajam sugguh kata-katanya.

"Saya tak lupa, Hannah. Sebab itu saya datang nak jumpa awak dan terangkan perkara yang sebenar. Saya tak mahu awak salah faham." Rayyan memandang Hannah meminta pengertian. Namun Rayyan hanya mendapat jelingan daripada Hannah.

"Ke tepi. Aku tak nak tengok muka kau lagi," kata Hannah.

"Kita bincang," pujuk Rayyan.

"Tak nak." Hannah bertegas.

"Mama jangan macam ini. Fateh takut." Air mata Fateh mula bertakung.

"Fateh diam." Suara Hannah meninggi.

"Hannah." Rayyan tidak suka apabila Hannah bertindak kasar sebegitu.

"Jom Fateh." Tangan Fateh ditarik kasar.

Fateh tidak mahu berganjak, "Fateh nak papa."

Hannah menarik nafas dalam dan cuba untuk bertenang. Dia tahu dia terlalu ikut emosi. Risau dirinya akan bertindak di luar kawalan. Apabila dia berkasar, Fateh juga enggan mengikut katanya.

"Okay Rayyan, kita bincang lain kali boleh? Saya penat sangat hari ini. Saya minta tolong sangat pada awak. Saya harap awak faham." Hannah cuba berberbudi bicara. Tapi sebenarnya dia hanya mahu lari daripada bertemu lelaki itu. Tidak jalan jika dia berkasar, jadi dia cuba berlembut.

"Can you promise me?" soal Rayyan meminta kepastian. Dia tidak mahu terlalu mendesak, mungkin Hannah perlukan lebih masa. Sebenarnya dia hanya ingin menerangkan perkara sebenar kepada Hannah tetapi Hannah langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Mesejnya yang panjang berjela juga dia yakin tidak dibaca oleh Hannah.

Hannah tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia sekadar memandang muka Rayyan tanpa riak. Hatinya masih sakit kerana dia ditipu hidup-hidup.

"Hannah," panggil Rayyan.

"Insha-Allah." Hannah tidak mahu berjanji apa-apa.

"Sini Fateh." Tangan Fateh yang erat memegang tangan Rayyan cuba dicapai. Dia tahu anaknya itu terasa dengan sikapnya.

Fateh memandang Hannah takut-takut. Dia menyorok di belakang Rayyan. Huluran tangan Hannah langsung tidak disambut.

"Fateh." Rayyan menunduk lalu menyamakan kedudukan dia dan Fateh.

"Ikut mama balik ya. Lain kali kita jumpa okay." Rayyan mengusap-usap ubun-ubun Fateh. Dia suka buat begitu. Dia ingin Fateh merasakan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi. Meskipun Fateh bukan darah dagingnya tetapi dia sudah jatuh sayang kepada Fateh.

Fateh menggeleng.

"Sayang papa tak?" Rayyan mula memujuk.

Fateh mengangguk laju.

"Kalau sayang, Fateh ikut cakap mama ya. Lain kali kita jumpa lagi. Nanti papa bawa Fateh makan, okay sayang? Fateh kena jadi good boy."

"Okay papa. Fateh sayang papa."

"Papa sayang Fateh juga." Rayyan memeluk Fateh. Entah bila dia dapat berjumpa dengan anak kecil itu lagi. Dia tahu marah Hannah masih belum surut kepadanya.

"Pergi dekat mama sana," arah Rayyan.

Fateh menurut. Dia mencapai tangan mamanya. Hannah memandang Rayyan dengan pandangan kosong.

"My lady, kita jumpa lagi. Te amo. Jaga diri dan jangan lupakan saya. Saya masih mengharapkan awak dan saya akan pertahankan hubungan kita." Rayyan berikrar lalu memberikan senyuman manis kepada Hannah.

Hannah tidak membalas apa-apa, "Salam papa cepat."

Fateh mencapai tangan Rayyan sepantas kilat lalu menciumnya dengan penuh kasih sayang, "Bye papa, I love you!"

"I love you too, Fateh. I'm gonna miss you so much. Bye!" balas Rayyan.

Lalu mereka berdua pun berlalu menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas. Terbantut niat Hannah untuk masakkan makanan istimewa untuk makan malam buat Fateh. Tak apalah, lain kali pun boleh buat. Dia sudah tiada mood untuk buat apa-apa. Sungguh dia penat dengan semua benda. Jika boleh lari dari realiti, sudah lama perkara itu dilakukan.

Rayyan menghantar kedua-dua insan yang dicintainya itu melalui pandangan mata. Dadanya dihimpit rasa hiba. Tanpa sedar, dia melepaskan keluhan berat.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now