BAB 50

2.7K 224 16
                                    

CELIK sahaja mata, Hannah keseorangan di dalam bilik tidur mereka. Tahu-tahu sudah ada bubur ayam dan milo panas yang tersedia di atas meja di tepi katil. Tak perlu ditanya siapa, sudah dia tahu siapa yang memasakkan untuknya.

Seketika pintu bilik terkuak dari luar. Kelibat Rayyan muncul di biasan kornea mata.

"Morning, my lady. Baru bangun?" sapa Rayyan mesra sebelum dia melangkah mendekati Hannah. Tadi dia lihat tidur Hannah sangat lena, jadi dia tidak mahu menganggu tidur isterinya itu.

Hannah membalas dengan anggukan kecil. Perutnya yang sangat sakit semalam sudah lega pagi ini.

"Makan ubat dulu, kemudian baru makan bubur ni, okey?" Rayyan melabuhkan punggung di sisi Hannah. Dulang yang berisi makanan diletakkan di atas pahanya. Dia ingin menyuap Hannah makan.

Rayyan menghulurkan beberapa biji ubat kepada Hannah lalu ditelan. Kemudian, Hannah meneguk air bagi melancarkan pergerakan ubat tersebut untuk masuk ke dalam saluran esofagus.

"Sini, abang suap sayang." Rayyan memecah kebisuan antara mereka.

Hannah menggeleng.

"Sayang kena makan. Nanti kena gastrik lagi," pujuk Rayyan selembut yang mungkin. Tidak mahu kedengaran terlalu memaksa.

"Tak nak." Hannah berdegil. Dia tak nak Rayyan suap.

"Sayang, please," rayu Rayyan. Dah sakit pun masih berdegil dan nak melawan lagi. Geram pula Rayyan.

"Saya boleh suap sendiri. Tak payah nak susah-susah suapkan saya. Tangan dan kaki saya masih boleh bergerak." Senada Hannah berkata. Dingin.

Rayyan memujuk hatinya supaya bersabar.

"Tak apalah, abang okey je kalau sayang nak suap sendiri. Yang penting, sayang kena makan. Abang risaukan sayang dan abang tak nak tengok sayang jatuh sakit dah selepas ini," ujar Rayyan. Akhirnya, dia mengalah.

"Eh, tak payahlah awak nak susah-susah risaukan saya. Bukan awak nak tengok hidup saya hancur ke, Syed Rayyan Danial? Puaslah hati awak, kan? Dapat permainkan saya dan tipu saya hidup-hidup." Hannah kembali sinis.

Rayyan mengucap di dalam hati, "Sayang, abang tak nak bergaduh. Sayang makanlah dulu." Dia cuba memujuk Hannah, tetapi Hannah tidak habis-habis menekan dan mendesaknya. Sudahnya, dia hanya diam. Tidak mahu bertekak dan memburukkan lagi keadaan.

"Kenapa? Sebab apa yang saya cakap tu semua betul? Rahsia awak dah pun terbongkar dan sekarang awak pura-pura tak tahu. Betul, kan?" Kening Hannah jongket sebelah, sengaja ingin mencabar Rayyan. Dalam sakit-sakit dia, mulut dia tetap lancang bersuara. Puas dia dapat sakitkan hati Rayyan seperti mana hati dia disakiti dan dicincang lumat oleh lelaki itu.

"Muhammad Al-Fateh bin Abdullah, anak kandung awak, kan?" Akhirnya terkeluar juga apa yang disimpan selama berhari-hari. Puas dia mencari jawapan, namun langsung tidak diketemui.

Riak wajah Rayyan jelas terpempan dengan soalan Hannah dan berjaya menimbulkan senyum sinis di bibir Hannah.

"Kenapa? Terkejut ke sebab rahsia yang awak simpan selama ini terbongkar? Sejak dari awal awak dekati saya adalah sebab awak nak rampas Fateh dari hidup saya, kan? Dan awak gunakan alasan untuk menjadi pembantu peribadi saya semata-mata untuk dekati Fateh. Betul, kan?" Mulut Hannah bertubi-tubi mengeluarkan andaian sendiri.

Dilihatnya Rayyan hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang kata. Berani kerana benar, takut kerana salah.

"Awaklah lelaki yang paling teruk saya pernah jumpa. Saya menyesal sebab pernah mengenali awak. Dan saya rasa perkahwinan ini adalah satu kesilapan sebab awak memang tidak ikhlas sayangkan saya. Awak buat semua ini sebab pentingkan diri awak seorang sahaja." Hannah bercakap lepas. Sudah tidak dia peduli hati suaminya yang perlu dijaga. Penat dia menahan rasa, akhirnya semuanya terhambur jua.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now