"CANTIKNYA menantu bonda ini," puji Sharifah Hadirah. Dia duduk berhadapan dengan Hannah. Wajah putih mulus menantunya itu sentiasa membuat hatinya sejuk. Dia simpati akan nasib yang menimpa menantunya.
Hannah kelihatan begitu anggun apabila dia memadankan busana baju kurung songket putih ditubuhnya. Veil dan mahkota yang terletak elok di kepala menambahkan seri di wajahnya. Makeup tipis dan natural membuatkan wajah Hannah semakin cantik bak bidadari. Rai menawarkan dirinya untuk membuat solekan di wajah kakak iparnya kerana dia meruapakan makeup artist.
"Terima kasih bonda," kata Hannah dan dia memaksa dirinya untuk tersenyum buat kali pertamanya setelah menghadapi saat-saat yang perit dalam hidupnya. Hari ini hari yang sepatutnya membahagiakan buat dia.
"Sama-sama Hannah. Bonda nak ucapkan terima kasih kepada Hannah juga sebab terima anak bonda. Bonda yakin yang Rayyan boleh membahagiakan Hannah sebab dia sangat sayangkan Hannah. Bonda doakan semoga perkahwinan kamu berdua sentiasa bahagia dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Bonda sayang Hannah seperti mana bonda sayang anak-anak bonda. Fateh pun bonda sudah anggap seperti cucu bonda sendiri. Bonda sayang kamu berdua," tangannya naik memegang pipi Hannah dengan penuh kasih sayang. Dia mungkin jarang hendak menunjukkan kasih sayangnya tetapi dia benar-benar ingin Hannah tahu bahawa perasaan sayangnya menggunung tinggi.
"Hannah bersyukur sangat sebab Rayyan, bonda dan seluruh keluarga bonda hadir dalam hidup Hannah dan Fateh. Kalau hendak dibalas kesemua jasa, Hannah tak mampu." Tangan Sharifah Hadirah digenggam dengan erat dan dapat dirasakan kasih sayang yang begitu mendalam daripada ibu mentuanya itu.
"Dah, jangan sedih-sedih. Nanti pengantin dah tak lawa kalau menangis." Dan mereka sama-sama tergelak kecil. Lega dia apabila Hannah sudah mampu ketawa.
***
"AKU terima nikahnya Tengku Hannah Medina binti Tengku Akbar dengan mas kahwinnya RM500 tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah." Dengan sekali lafaz, Tengku Hannah sudah menjadi isteri yang sah buat Syed Rayyan Danial.
Fateh di sebelah Hannah memeluk mamanya lalu Hannah membalas pelukan Fateh. Akhirnya, keluarga bahagia yang dia impikan bakal menjadi kenyataan! Dia sangat gembira melihat mama dan papanya bersatu. Meskipun dia tidak tahu apa itu kahwin tapi apa yang papanya ajar adalah nanti mama dan papa boleh tidur sekali. Mama dah tak perlu pakai tudung lagi selepas ini. Dan yang penting dia boleh dapat adik! Itu sajahlah yang papa dia ajar, kalau lebih-lebih mahu mama dia membebel tak hengat dunia!
Air mata Hannah yang berada di hujung tubir mata dikesat dengan tisu saat dia melihat suaminya menunaikan solat sunat nikah. Rayyan kelihatan khusyuk dan tulus semasa membacakan doa. Meskipun dia tidak tahu doa apa yang dibacakan oleh Rayyan, dia turut mengaminkan doa tersebut.
Kini sesi pembatalan air sembahyang akan dijalankan. Rayyan menghampiri Hannah dan duduk di sebelah Hannah yang berada di atas pelamin. Itulah kali pertama Rayyan melihat Hannah senyum setelah sekian lama dia bermuram durja. Kaki Hannah yang patah masih lagi berbalut dan belum sembuh sepenuhnya.
Hannah menahan debaran di dada yang semakin menggila. Jantungnya terpaksa melakukan kerja lebih masa apabila oksigen yang disedutnya seakan-akan tidak mencukupi.
"Assalamualaikum isteriku," bisik Rayyan dengan suara yang romantis ke telinga Hannah. Serta merta bulu roma Hannah tegak merinding.
Salam dijawab di dalam hati.
"Sejuknya tangan." Rayyan tersenyum nakal saat dia menyentuh tangan Hannah yang sejuk seperti ais. Cincin disarungkan ke jari manis Hannah yang merah diinai.
Dia memegang dagu Hannah, diangkat supaya mata mereka saling bertatapan. Lalu dia mengucup dahi Hannah dengan penuh kasih sayang. Hannah memejamkan mata saat kucupan singgah di dahinya dan mengalirkan perasaan hangat yang tidak pernah dia rasakan.
"Lama lagi pengantin, nak tangkap gambar ni."
"1, 2, 3..."
Dan kerlipan flash kamera mula kelihatan di segenap sudut.
Pembuluh darah mula mengembang dah mendekati permukaan kulit lalu membuatkan kedua-dua wajah Rayyan dan Hannah menjadi merah saat darah dipam laju oleh jantung. Masing-masing menahan malu kerana itulah kali pertama mereka berada dalam kedudukan yang dekat seperti itu.
"Te amo, my lady. Finally, you have been mine," ucap Rayyan sebelum dia mencium dahi Hannah dengan lebih lama. Sesungguhnya dia mencintai Hannah kerana Allah.
Ya Allah, jika dia yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan agamaku, kau panjangkanlah jodoh kami sehingga ke syurga. Kau tautkanlah hati kami agar kami saling mencintai antara satu sama lain kerana-Mu. Semoga perkahwinan ini dilimpahkan keberkatan oleh-Mu.
Dalam diam Hannah berdoa kepada Allah yang Maha Esa.
Siapa happy Rayyan dan Hannah dah kahwin angkat tangan!
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...