BAB 48

2.4K 199 18
                                    

BEBERAPA hari selepas mereka pulang dari berbulan madu di Pulau Langkawi, Hannah meminta Rayyan untuk membawanya pulang ke villa milik Tengku Akbar. Kebetulan hari itu hari Sabtu, Rayyan pula tidak bekerja. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sana. Kali terakhir adalah sewaktu dia bergaduh besar dengan Rayyan dan juga Tengku Akbar. Rayyanlah yang bertanggungjawab mengupah orang supaya menjaga kebersihan villa ini. Meskipun telah lama ditinggalkan, tiada satu habuk pun yang dijumpai. Malah setiap ruang dalam rumah itu kelihatan teratur dan kemas.

Saat kakinya melangkah masuk, hatinya dihurung rasa sebak. Rasa rindu yang ditahan-tahan semakin membuak-buak. Tanpa sedar, air matanya merembes keluar.

Rayyan perasan akan wajah Hannah yang berubah murung saat mereka sama-sama memasuki perkarangan villa. Dia tahu isterinya itu menanggung beban yang sangat berat. Ditarik pinggang Hannah supaya rapat ke tubuhnya.

"Sayang, don't cry." Dagu Hannah diangkat supaya menghadapnya lalu diseka setiap mutiara yang menodai lekuk pipi Hannah.

"Abang, I miss them so much." Muka disembamkan ke dada Rayyan. Dia rindukan arwah mummy, daddy dan juga kakaknya. Dulu rumah ini begitu gamat dengan kemesraan antara mereka sekeluarga namun sekarang semuanya sunyi sepi. Kosong seperti hatinya saat ini.

"Ya, abang tahu. Syhhh... Jangan nangis dah sayang. Abang ada dekat sini." Tangan kekarnya mengusap belakang badan Hannah, cuba menenangkan emosi isterinya yang tidak stabil.

"Sayang kata nak tengok-tengok rumah ni. Jom?" Dijarakkan kedudukan mereka lalu dielus pipi Hannah dengan penuh kasih sayang. Terbit senyuman kecil di bibir Hannah, cukup membuatkan dia berasa lega.

"Jom." Hannah menarik lengan Rayyan. Bilik pertama yang mereka pergi adalah bilik Hannah yang dulu. Tidak berusik langsung barang-barang yang dia pernah tinggalkan suatu ketika dahulu. Baju-bajunya yang lama juga masih ada.

"Abang, kalau saya sedekah baju-baju ni pada orang yang memerlukan okey tak?" Dilihat baju yang penuh di dalam almari. Hendak pakai, barangkali sudah tidak muat. Maklumlah, semakin meningkat usia, beratnya juga kian bertambah.

"Okey juga cadangan sayang tu. Abang setuju." Rayyan tidak kisah untuk menurut permintaan Hannah. Dia boleh belikan berpuluh-puluh helai baju baru untuk Hannah.

"Nanti abang suruh orang yang abang upah tu kemaskan baju-baju sayang dan uruskan semuanya." Direngkuh bahu Hannah supaya mendekatinya.

"Okey, abang."

Usai meneroka bilik Hannah, mereka bergerak ke bilik milik kedua ibu bapa Hannah. Seperti ada sesuatu yang mencengkam dada Hannah saat kakinya melangkah ke situ. Di suatu sudut, gambar mereka satu keluarga tergantung. Senyuman terukir di setiap wajah yang dia rindui. Gambar itu ditangkap sewaktu Hari Raya suatu ketika dahulu. Mereka sedondon memakai busana berwarna hijau muda.

"Comotnya sayang dulu-dulu." Pap!

Satu tamparan hinggap di lengan Rayyan.

"Aduh, sakitlah sayang." Rayyan menggosok-gosok lengannya. Batu ke apa ni?

"Cakap lagi orang comot. Tak nak kawan." Bibir dimuncungkan ke hadapan. Baru nak feeling sedih, Rayyan kacau daun pula.

"Dulu je comot. Sekarang bidadari abang ni cantik sangat." Dicubit manja pipi Hannah. Rasa geram nak cubit-cubit je bibir isterinya itu. Muncung berapa inci dia buat.

"Nak bodeklah tu. Tadi sibuk kutuk kita." Hannah menyilangkan tangan ke dada dan berpusing membelakangi Rayyan. Malas layan.

"Hei." Tubuh Hannah dipeluk dari belakang. Dagu direhatkan di bahu Hannah.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now