HANNAH berdiri di sebelah Rayyan. Dia takut-takut. Kini di hadapannya ada ayah dan ibu kepada Rayyan, Syed Ghazali dan Sharifah Hadirah sedang duduk di meja makan. Fateh awal-awal lagi sudah duduk di sebelah Sharifah Hadirah apabila dia sudah dipelawa. Dia melayan Fateh dengan baik sekali sehingga Hannah juga berasa senang melihat pemandangan seperti itu. Syed Ghazali dan Sharifah Hadirah baru sahaja pulang dari Melaka kerana mereka ada urusan yang perlu diselesaikan. Hari ini merupakan hari kedua Hannah berada di rumah Rayyan dan malam ini merupakan malam terarkhir dia berada di sini. Sebenarnya, Hannah mahu pulang ke rumah tetapi Rayyan menegahnya kerana risau akan keselamatan Hannah dan Fateh. Hannah hanya akur kerana dia sendiri masih berasa takut.
"Hannah, mari sini duduk dengan kami sekali. Jangan malu-malu." Sharifah Hadirah melemparkan suatu senyuman manis buat Hannah.
Rayyan berpaling ke sebelahnya memandang sekilas kepada Hannah, "duduklah tuan puteri. Awak nak suruh saya dukung awak ke?"
Hannah menjegilkan mata kepada Rayyan. Mukanya serta merta berbahang.
Rayyan tergelak kecil. Dia lantas menyorong kerusi dan mempelawa Hannah untuk duduk. Dia mengambil tempat di sebelah Hannah. Fateh pula berada di hadapan Hannah. Syed Ghazali pula berada di hujung meja.
"Terima kasih." Hannah mengucap kata.
"You're welcome, dear." Rayyan mengenyit mata.
Hannah sudah terkejut beruk. Sudah kenapa Rayyan hari ini? Buang tabiat ke apa? Depan bonda dan ayahandanya dia buat perangai seperti itu.
"Hannah, makanlah. Bonda masak tak seberapa sebab penat sedikit baru balik dari Melaka. Bibik Santi dan Bibik Ria banyak tolong. Tapi harapnya Hannah sudilah rasa masakan bonda." Sharifah Hadirah menguntum senyum manis.
"Aaa... terima kasih... aunty..." Hannah tidak tahu hendak menggelarnya apa.
"Jangan panggil aunty. Panggil bonda. Tak lama lagi Hannah akan tetap panggil bonda juga kan?"
"Betul tu, Hannah. Panggil saya ayahanda. Jangan malu-malu. Anggaplah kami seperti ibu dan ayah Hannah sendiri." Syed Ghazali pula menyampuk.
"Bonda... ayahanda..." Rayyan berdehem membetulkan tekaknya. Hannah di sebelah yang tidak tahu apa-apa seakan-akan bingung. Baru pertama kali berjumpa mereka, mereka kelihatan begitu ramah dengannya. Tambahan itu, mereka menyuruh Hannah menggelar mereka dengan panggilan yang istimewa.
"Baik... bonda... ayahanda..." Hannah tergagap-gagap jadinya.
"Hannah makanlah. Rayyan, tolong." Sharifah Hadirah memberi arahan kepada anak bujangnya. Sudah diajar dari kecil supaya Rayyan membuat kerja rumah jadi anak bujangnya langsung tidak kekok.
"Tak apa, saya buat sendiri." Segan Hannah jadinya.
"Nak lauk apa?" Rayyan menyendukkan nasi ke dalam pinggan Hannah tanpa mengendahkan apa yang Hannah katakan.
"Kari ayam?" Hannah angguk.
"Pajeri nanas?" Hannah angguk lalu Rayyan mengambil sedikit untuk Hannah.
"Ikan 3 rasa?" Hannah menggeleng.
"Sambal tempoyak?"
"Nak!" Hannah terjerit. Dia memang suka sambal tempoyak.
"Hannah suka makan sambal tempoyak ke? Bonda pun suka juga tau." Sharifah Hadirah berasa senang apabila Hannah suka dengan masakannya.
"Suka, bonda. Hannah paling suka sambal tempoyak udang petai." Ujarnya teruja.
"Wah, tu makanan kegemaran bonda juga. Kalau bonda tahu Hannah suka makan makanan tu, bonda dah masak dah tadi."
"Tak apa, bonda. Apa yang bonda masak ini pun berjaya buat air liur Hannah kecur." Hannah mengambil hati.
"Ada-ada sahajalah Hannah ni. Nanti Hannah datang sini lagi, bonda masak untuk Hannah ya." Ujar Sharifah Hadirah.
"Tak apa, bonda. Tak perlu susah-susah. Nanti Hannah yang masakkan untuk bonda, okay."
"Eh, awak reti masak ke?" Sudah bertukar panggilan Rayyan. Mesti nak coverline depan bonda dan ayahanda. Kalau tak duk beraku engkau sahaja.
"See the leg, Rayyan." Hannah mendabik dada.
"Leg? Tak ada apa-apa pun dekat kaki awak." Sambil itu, Rayyan mengintai-intai di bawah meja, sengaja dia hendak mengusik Hannah.
Hannah menjegilkan matanya. Rayyan ni kan...
"Mama, papa. Jom makan. Fateh, nenda dengan atuk dah lama tunggu ni." Fateh yang sedari tadi diam tak bersuara akhirnya berkata. Terdiam Hannah dan Rayyan. Mereka berpandangan sesama sendiri. Nenda? Atuk?
"Ha, betul tu. Jom makan. Kesian Fateh. Kalau nak tunggu mama dengan papa dia habis bergaduh, kebulurlah gamaknya." Sharifah Hadirah pula mencelah. Tidak sangka anak bujangnya begitu rapat dengan Hannah dan Fateh sehingga Fateh menganggap Rayyan seperti ayahnya sendiri. Namun, dia dan suaminya langsung tiada halangan. Malah mereka berasa gembira apabila Rayyan akhirnya membawa pulang perempuan ke rumah untuk bertemu dengan mereka. Saat yang sudah lama dinanti-nantikan. Bertahun-tahun anak bujangnya memendam rasa, akhirnya terbuka sudah hatinya. Syukur, terima kasih Ya Allah.
"Jom kita makan." Kali ini Syed Ghazali pula yang bersuara dan akhirnya mereka sama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa makan yang dibaca oleh Rayyan sendiri.
Dan mereka sama-sama menikmati hidangan makan malam, bertukar-tukar cerita dan bergelak ketawa seperti sebuah keluarga bahagia.
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...