Assalamualaikum semua. Hari ini, Fi nak buat pengumuman. Sekarang sedang berlangsung p r e - 0rder ebook Combo Septiembre. Gabungan bersama sahabat pena, Acesthium Hayyat
❤️❤️❤️❤️❤️
🌸 R M 2 0 S A H A J A ( C O M B O )
🌸 R M 1 0 S A H A J A ( S I N G L E )🌸 D R I S A A C L U T H karya Afiadz
🌸 S E M B U N Y I K H A L I F A H karya Acesthium HayyatTempoh pre-0rder akan berjalan dari 16 September 2021 sehingga 30 September 2021. Fail (PDF) akan diedarkan secara berperingkat mulai 1 Oktober 2021 dan kombo ini B O L E H dibeli secara single
WhatsApp untuk pembelian: 0102786799
❤️❤️❤️❤️❤️
BLURB
DR ISAAC LUTHDisebabkan terlalu kecewa dengan bakal tunangnya yang bertindak untuk memutuskan hubungan meraka yang telah terjalin selama lima tahun lamanya, Aina telah menutup pintu hati serapat-rapatnya untuk semua lelaki.
"Saya bukan lelaki yang terbaik untuk awak. You deserve someone better” – Fakhri al-Razi
Sebagai doktor pelatih yang baru dilantik, Aina ditempatkan di hospital nun jauh terletak di Negeri di Bawah Bayu. Tiada tempat untuk bersandar, tiada bahu untuk bergantung, Aina berasa sunyi. Munculnya medical officer berperangai bapa singa seperti Dr Isaac menambahkan lagi sesak di kepala. Pantang buat silap sikit, mulut laser lelaki itu pasti berbunyi.
“Patutlah documentation pesakit ni tak lengkap. Kerja you berangan je. Kalau macam inilah sikap you, baik you tak payah jadi doktor. Bazir duit kerajaan je gajikan doktor macam you.” – Dr Isaac Luth
“Kalau Dr rasa dah cukup gah sangat sampai boleh layan orang bawahan seperti ini, Dr silap.” – Aina Qistina
Tanpa sedar, bunga-bunga cinta berputik. Dalam diam, Dr Isaac memendam rasa. Tidak nampak muka Aina dalam sehari, hatinya resah. Berbagai-bagai usaha dia lakukan untuk memikat hati si gadis yang rupawan.
“Boleh saya jadi doktor yang merawat luka di hati awak?” – Dr Isaac Luth.
Aina keliru. Antara mengejar kasih bekas buah hati ataupun menyambut huluran cinta si doktor handsome? Mampukah Dr Isaac mencantum kepingan hati Aina yang sekian lama hancur berserpihan?
❤️❤️❤️❤️❤️
BLURB
Sembunyi KhalifahTugasan utama Rahadatul 'Aisy yang perlu menemu ramah seorang penternak lembu di Ulu Yam bermula dengan sebuah kemalangan. Kemalangan yang sama menemukan Ad dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang menjadi tunang sementara, ahli nujum dan sang pelindung daripada perkara buruk yang tidak putus-putus menimpa.
Akan tetapi, Chen Jun Jie menyimpan terlalu banyak rahsia. Rahsia yang tetap mahu dipendam meskipun hampir melayang nyawa. Rahsia yang memaksa Ad untuk tidak lagi peduli sedangkan dia mahu terus-terusan ada, tidak pernah ingin lari dari mula.
"Saya tak nak rasa bersalah sebab tinggalkan awak dan dia semalam. Saya tak nak salahkan diri saya sendiri. Saya dah penat, dah letih sebab asyik salahkan diri saya dari dulu. Dan saya… saya cuma nak tahu. Saya janji saya tak akan pergi lebih dari itu." - Rahadatul 'Aisy
Tiga tahun menanggung kecamuk rasa, Ad dipertemukan semula dengan lelaki itu dalam keadaan yang tidak diduga. Diturutkan kata hati yang telah sekian lama bersenandung di jiwa. Namun begitu, Jun Jie seakan-akan menjauh kerana silamnya yang terlalu hina.
“You grew up so much since, Ad. I understand your concern… but do know that I grew up a little, too.” - Chen Jun Jie
Tunggu itu menyakitkan.
Tunggu itu juga mematangkan dan merelakan.Di antara tiga tunggu itu, apakah mereka akan memilih jalan selamat dengan sekadar berenang di pinggiran pantai yang tenang? Atau dua jiwa yang pernah dan sedang terluka itu sanggup menongkah badai meskipun sedar akan hempasan ombak serta sakit yang mendatang?
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...