BAB 17

3.4K 352 33
                                    

HANNAH MENGELUARKAN BEG KERTAS pemberian Rayyan petang tadi. Baru sekarang dia ada masa terluang untuk melihat isi kandungan beg tersebut. Petang tadi, sebelum pulang ke rumah, mereka singgah makan di Restoran Ikan Bakar. Itu semua idea Rayyan. Katanya lapar kerana sedari pagi tidak menjamah apa-apa makanan. Jadi, perut yang kosong sudah berbunyi minta diisi. Setelah mengisi perut, Rayyan bawa mereka ke pasar raya untuk membeli barang dapur serta keperluan penting. Sudah berkali-kali ditolak, namun Rayyan tetap berdegil. Akhirnya, dia hanya mengikut sahaja arahan Rayyan dan sudahnya Rayyan lah yang membayar kesemua barang yang dibeli. Hannah sudah tidak berdaya untuk menolak. Cakap dengan Rayyan seperti bazir air liur sahaja. Apabila Rayyan bertanya sesuatu kepadanya, sebenarnya dia bukanlah meminta pendapat, tetapi hakikatnya dia memberi arahan dan arahan itu harus dipatuhi. Jika dia kata hitam, maka kita kena buat hitam juga. Bukan putih dan bukan juga kelabu.

Timbul perasaan gembira di dalam diri Hannah. Dapatlah dia meluangkan saat-saat yang terakhir bersama Rayyan. Selepas ini entah bila mereka boleh ketemu lagi. Masing-masing pasti akan sibuk dengan kerjaya dan hal-hal lain. Tambahan pula, mereka tiada apa-apa penting untuk dibincangkan selepas ini.

Hannah mengeluarkan hadiah yang bersaiz A6 setebal 2 ½ inci. Dibuka dengan berhati-hati kertas yang membaluti hadiah tersebut agar tidak terkoyak walau sedikit pun. Sudahlah ada perkataan dan tulisan berangkai sebagai hiasan bagi menambahkan lagi seri pada bungkusan tersebut. Hannah begitu teruja kerana dia sangat minat dengan hadiah yang old school seperti itu. Akan dia simpan sebagai kenangan walaupun hanya sehelai kertas pembalut hadiah.

Mulut Hannah ternganga saat melihat hadiah di dalamnya. Senaskah Al-Quran terjemahan yang dibalut dengan cover material kain yang tebal berwarna biru tua yang disulam dengan begitu kemas.

Tengku Hannah Medina.

Terukir namanya dalam bahasa Jawi di atas muka hadapan Al-Quran tersebut dengan sulaman berwarna emas. Hannah tidak dapat menahan dirinya daripada menitiskan air mata. Ya Allah, sungguh terharu apabila mendapat hadiah sedemikian rupa.

Terdapat satu kertas yang ditaip dengan mesin typewriter. Mana Rayyan dapat semua ini?

Bait kata yang tertulis pada kertas itu dibaca satu persatu dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan.

"Kebahagiaan itu bukan terletak pada cinta, kekayaan, kemewahan serta kejayaan dalam hidup. Jika itu yang menjadi kayu ukur, nescaya manusia pasti tidak akan pernah bahagia. Tetapi, kebahagiaan yang sebenar terletak pada hati yang mengenal Allah."

Di hujung sepucuk surat itu tertulis, "Jangan sedih, Allah kan ada."

"Yang benar, Syed Rayyan Danial."

Mata Hannah terpandang pada satu sticky note kecil yang terjulur keluar dari naskah Al-Quran tersebut. Dibuka muka surat yang dilekat dengan pelekat kecil itu. Terdapat satu ayat yang diwarnakan dengan highlighter kuning di muka surat tersebut.

Firman Allah, "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." Surah al-Ra'd ayat 28.

Salah satu cara mengingati Allah adalah dengan zikrullah. Menurut Al-Mawardi "zikrullah" ditafsir sebagai ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.

Manakala Ibn Asyur mentafsirkan "zikrullah" sebagai perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.

Secara ringkasnya, "zikrullah" bererti kita menguatkan hubungan dengan Allah SWT dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya. Walau bagaimana pun, pengertiannya tidak hanya tertumpu kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.

Rujukan : Majlis Ulama ISMA.

Air mata keluar mencurah-curah. Teresak-esak dia menangis. Satu persatu ujian Allah turunkan kepadanya. Hampir sahaja dia berputus asa di tengah jalan kerana merasakan dirinya tidak lagi mampu menangung segala ujian yang diturunkan.

Hannah yakin asbab Allah menghadirkan Rayyan dalam hidup dia adalah untuk mengingatkan dia kembali bahawa kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya amat luas dan sangat dalam.

"Jangan sedih, Allah kan ada." Dibaca semula apa yang telah ditaip oleh Rayyan.

Dilap air mata yang bersisa dengan sapu tangan yang diberikan oleh Rayyan tempoh hari. Masih kuat bau minyak wangi milik Rayyan yang terlekat pada sapu tangan tersebut. Dicapai telekung yang tersidai di penyangkut lalu disarungkan ke tubuh.

Dia memeluk Al-Quran yang tersulam namanya dengan begitu cantik ke dadanya. Aplikasi kamera dibuka. Satu selfie ditangkap.

Kemudian dia membuka aplikasi Whatsapp. Nombor Mr.Black dicari. Gambar selfie yang baru sahaja ditangkap sebentar tadi dihantar ke Rayyan.

Hannah mengutus satu pesanan yang berbunyi, "Assalamualaikum. Terima kasih untuk hadiah yang terindah dan bermakna ini. Saya akan jaga dengan elok."

Selang beberapa minit, Rayyan online.

Bluetick.

Mr. Black typing...

Hannah menanti dengan penuh debar.

Satu pesanan ringkas diterima, "Waalaikumussalam. Kasih diterima."

Hannah sekadar membaca pesanan tersebut dan tidak membalas apa-apa. Senyuman terbit di bibirnya yang mungil. Wajahnya bersinar-sinar bahagia.

Tanpa pengetahuan Hannah, jejaka kacukan Arab turut sama tersenyum di biliknya mengingati setiap detik perkenalan mereka.

When you fall asleep tonight,

Just remember that we lay under the same stars.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now